CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dosa Berbuka Puasa Di Premis Jual Arak

9-7-2014 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11409| Komen: 80

Description: Beliau Mengulas Tindakan Umat Islam Berbuka Puasa Di Restoran Menawarkan Bufet Ramadan Yang Turut Menjual Minuman Keras. Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mengadakan Serbuan Di Sebuah ...


Kuala Lumpur: Umat Islam yang berbuka puasa di tempat yang menjual minuman keras turut mendapat dosa, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar).

Justeru, beliau mengingatkan orang Islam supaya mengelak dari berbuka puasa di tempat sedemikian terutama yang diragui status halal.

Puasa tak batal


“Puasa mereka tidak batal tapi dia berdosa sebab reda dengan keadaan macam itu. Hukumnya sama juga dengan mereka yang minum, menghidang atau menjual arak,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas tindakan umat Islam berbuka puasa di restoran menawarkan bufet Ramadan yang turut menjual minuman keras. Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan serbuan di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, di sini dan mendapati restoran yang mempromosi bufet Ramadan turut menjual minuman keras.

Difahamkan restoran itu menjadi tumpuan umat Islam berbuka puasa kerana harga bufet adalah berpatutan iaitu RM75++ bagi dewasa dan kanak-kanak usia tiga hingga 13 tahun RM35++.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata pengurusan hotel atau restoran perlu beretika dengan mematuhi syarat halal JAKIM sebelum menawarkan promosi bufet Ramadan.

Umat Islam juga, katanya perlu memilih restoran yang mematuhi syarak sekiranya mereka ingin berbuka puasa di luar.

“Mencari yang halal itu suatu yang wajib, setiap orang kena pastikan mereka mendapat sumber yang halal dimakan. Oleh itu, kita minta umat Islam sensitif terhadap hukum itu kerana tuntutan halal itu wajib, kalau kita langgar hukumnya berdosa,” katanya.

Patuhi arahan


Beliau juga meminta umat Islam mematuhi arahan pihak berkuasa agama Islam negeri yang mengarahkan peniaga Islam menjual makanan selepas jam 3 petang.

“Apabila ada sesuatu peraturan dari pihak pemerintah, maka hukum itu wajib dipatuhi, kecuali kalau diminta buat benda maksiat,” katanya mengulas tindakan kerajaan negeri Kedah yang akan menarik lesen perniagaan premis makanan yang menjual makanan sebelum jam 3 petang pada Ramadan ini.

6

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 9-7-2014 08:06 AM
baru jer plan nk berbuka di victoria station.
Quote kentel 9-7-2014 08:11 AM
kekdahnya kena beli makanan dekat PaRam lah niii...urghh...risiko cirit birit dan admitted hospital
Quote LUNCH 9-7-2014 08:13 AM
Ini berdosa bagi orang malayooo Islam di Malaysia sahaja kan? Bagi orang Islam di barat tak berdosa kan?
Quote zacrin 9-7-2014 08:26 AM
berbuka megi je kat rumah sob..sob..
Quote azrain98 9-7-2014 08:31 AM
maknanya tkleh buka puasa di hard rock cafe..?
Quote nagapompuan 9-7-2014 08:31 AM
Di sini haram, di sana haram, dimana mana pun semua haramm...*mode bernyanyi*
Quote sup@rm@n 9-7-2014 08:37 AM
nagapompuan posted on 9-7-2014 08:31 AM
Di sini haram, di sana haram, dimana mana pun semua haramm...*mode bernyanyi*

Cam lagu kat skolah rendah je
Quote rosevelvet 9-7-2014 08:38 AM
LUNCH posted on 9-7-2014 08:13 AM
Ini berdosa bagi orang malayooo Islam di Malaysia sahaja kan? Bagi orang Islam di barat tak berdosa  ...

ye kot.. kalau kat obesi yg negara non muslim, biasanya kedai turki jual kebab n nasi kebab dgn arak. semua mcm tu. aku pun x paham. nama islam jual arak
Quote nagapompuan 9-7-2014 08:41 AM
sup@rm@n posted on 9-7-2014 08:37 AM
Cam lagu kat skolah rendah je

Iyolah..lagu kelas musik darjah 2. Layankan jelah
Quote Al-Patih 9-7-2014 08:50 AM
“Puasa mereka tidak batal tapi dia berdosa sebab reda dengan keadaan macam itu. Hukumnya sama juga dengan mereka yang minum, menghidang atau menjual arak,” katanya kepada BH.

abih Tan Sri ..majlis tompatan yang lulus lesen ...pegawai berkenaan pooong kono tak ....
Quote LUNCH 9-7-2014 08:55 AM
rosevelvet posted on 9-7-2014 08:38 AM
ye kot.. kalau kat obesi yg negara non muslim, biasanya kedai turki jual kebab n nasi kebab dgn ar ...

Akak hari hari nampak orang Islam berbuka puasa di nando yang ada jual arak. Tapi mereka tak minum arak lah cuma makan dan minum minuman lain. Malayo yang berbuka puasa kat restaurant Thai pun ada. Kat Malaysia je banyak benda boleh jadi dosa kot.
Quote ninjago 9-7-2014 08:58 AM
banyak pilihan lain lagi kan..
Quote uori 9-7-2014 09:02 AM
azrain98 posted on 9-7-2014 08:31 AM
maknanya tkleh buka puasa di hard rock cafe..?

bukan takat buka puasa, kalau gi makan kat sana ari2 biasa, haram jugak ke tak?
mana lah tau kan
Quote hyie 9-7-2014 09:17 AM
bukan ke boleh je berbuka puasa kat mana2 asalkan kau tak berbuka dengan benda2 yang diharamkan seperti babi, arak, etc...?
Quote Sagoo 9-7-2014 09:22 AM
buke atas moto je
Quote pittjie 9-7-2014 09:28 AM
abih tu .. kalau kita beli barang2 kat kedai yang jual arak .. dosa jgk ke? macam kat 7e tu. speedmart 99 pun.
Quote teky 9-7-2014 09:36 AM
da tu mesia ni pembekal arak dan babi terbesar di asia.. dah tu kita beli makanan keluaran mesia pon haram ar kekdahnye??

mcm tu kaaa??

kalo cam tu xhidup laa
Quote LUNCH 9-7-2014 09:41 AM
teky posted on 9-7-2014 09:36 AM
da tu mesia ni pembekal arak dan babi terbesar di asia.. dah tu kita beli makanan keluaran mesia pon ...

Kalau tak nak berdosa ataupun jadi haram pergi je berhijrah ke negara barat. Kat barat ramai je orang Islam yang lagi Islam dari orang malayu makan kat restaurant yang ada jual arak. Malayooo Malaysia pun ada. Wakakakakaka
Quote lucky_peace 9-7-2014 10:17 AM
puasa nieyh dah beberapa kali i makan kat Chilis, TGIF dgn Tony Romas.... huarrrghhhhh... i tak tau, huhuhu

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.072764 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top