CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hero Kayu Sampai Pengarah Terpaksa Tukar?

3-12-2014 09:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34767| Komen: 113

Description: "Ia Memang Kecoh Dan Saya Sedar Ada Pihak Menyalahkan Saya Tetapi Saya Beritahu Di Sini Bahawa Saya Hanya Mula Mengarahkan Episod Ke 21 Hingga 130 Dan Kejadian Itu Bukan Terjadi Semasa Arahan Saya. ...
Pengarah Jawab Isu Pelakon Pegang Telefon Terbalik Dalam 'Cinta Ibadah'



PETALING JAYA: Pengarah drama Mazri Mustafa menyangkal dakwaan kecuaiannya ketika mengarahkan drama bersiri Cinta Ibadah apabila babak memperlihatkan pelakon Raja Ilya memegang telefon bimbit terbalik disiarkan sehingga ia dikritik hebat oleh peminat.

Mazri, 43, berkata, episod yang menampilkan babak tersebut diarahkan oleh pengarah sinetron Indonesia, Shiddar Sheety yang hanya mengarahkan 20 episod terawal.

"Ia memang kecoh dan saya sedar ada pihak menyalahkan saya tetapi saya beritahu di sini bahawa saya hanya mula mengarahkan episod ke 21 hingga 130 dan kejadian itu bukan terjadi semasa arahan saya.

"Bagaimanapun saya yakin kesilapan itu bukanlah disengajakan dan pasti pengarah terlepas pandang," katanya kepada mStar Online.

Cinta Ibadah sedang ditayangkan di Astro Prima dan Astro Mustika setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 5 petang.


Dalam pada itu, Mazri mengakui insiden berkenaan banyak memberi hikmah kepada telenovela itu apabila rating menunjukkan peningkatan cukup memberangsangkan sejak ia menjadi viral.

"Semua perkara yang terjadi pasti ada hikmah tersendiri termasuk insiden berkenaan yang pada akhirnya memberi kesan kepada penonton untuk menyaksikan telenovela tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Mazri turut menegaskan penguguran pelakon Fattah Amin dalam siri berkenaan dan digantikan dengan Hisyam Hamid bukan kerana pelakon berusia 24 tahun itu tidak mampu berlakon dengan baik seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, pelakon itu mempunyai komitmen lain dan dia telah memaklumkan kepada produksi sebelum terlibat dalam siri itu lagi.

"Sebelum kita ambil Fattah, dia dah beritahu hanya boleh memberi komitmen sehingga waktu tertentu kerana sudah mempunyai komitmen lain dan sebab itu wataknya dimatikan dan digantikan dengan Hisyam.

"Isu dia tidak boleh berlakon tidak masuk akal kerana dalam siri ini bukan wataknya sahaja dimatikan tetapi ramai artis lain kerana masalah komitmen dan mengikut kesesuaian skrip," jelasnya.




Bagus
2

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 2-12-2014 09:28 AM
firstly, lakonan si fattah tu improved la jugak lately... tp klu betul dia digugurkan sbb kayu, nk wat camne dek...usaha lagi.

secondly, kalau dah nama soap opera mmg la akan ada watak dimatikan, watak hidup balik...sbb xde pelakon pun boleh commit nk berlakon 130 episod...walhal senang2 boleh dpt tawaran lain yg lg better... lainla kalau sinetron indon / pinoy, diorg jaga betul2 main cast...payment masyuk.
Quote kaklehot 2-12-2014 09:30 AM
kesian fattah ..tp mmg pon dia belakon kayu kayan sama gak la mcm heroin citer bila hati berbicara...cemuihhhh sungguh..adeshhh
Quote sepitsiput 2-12-2014 09:31 AM
okay, setelah meols CSI, memang dr awal si hisyam ni tau dia akan terlibat dlm telenovela ni sbb 3 bulan lepas heols dah attend launching cinta ibadah ni. ni bukti bergambar..kedua-dua hisyam dan fatah ada dlm pic.


Quote kakasotong 2-12-2014 09:31 AM
Sbnrnya kalo production negara lain kn, theyols dah biasa main tukar2 pelakon, pastu ganti dgn pelakon lain. Cuma mesia je la xpenah buat mcm ni. Bila dibuat mcm ni, terus kluar mcm2 spekulasi.
Quote hijau88 2-12-2014 09:31 AM
Klu aku, takkan tgk drama dah klu dah tkar2 pelakon di tgh2 episod. Nasib baik la, bkn peminat drama ni.
Quote sepitsiput 2-12-2014 09:39 AM
hijau88 posted on 2-12-2014 09:31 AM
Klu aku, takkan tgk drama dah klu dah tkar2 pelakon di tgh2 episod. Nasib baik la, bkn peminat drama ...

malaysia masih belum biasa dgn budaya daytime soap ...mcm kt negara2 yg rakyatnya berjota2 mcm US, indon, china, mexico, dan pinoy....daytime soap mmg sinonim dgn tv diorg...daytime soap ni ditayang time fringe dan bukan primetime... (fringe ni mcm dari pagi sampai ke petang la...), 6pm ke 12mlm baru primetime....sbb tu slot akasia dan samarinda rating tinggi.... rating time fringe x seramai rting di waktu malam.

kt us contohnya, ada banyak soap yg dah running di tv sejak 70an, 80an, 90an dan masih wujud hingga kini dgn beribu-ribu episod... mcm General Hospital, All My Children, Young & the restless, Days of our Lives (remember joey dlm sitkom friends? heols kerja sbg pelakon soap opera). dalam sejarah drama2 ni. semua mmg bersilih ganti tukar pelakon...siap ada watak yg ditunjukkan dari kecik hingga ke besar sbb drama ni punya panjang sampai 30 tahun....


kita takleh samakan pelakon soap dengan pelakon drama sbb pelakon soap cari makan dgn soap opera sahaja...kalau di US diorg x berlakon siri tv yg gempak2, x berlakon filem...diorg hidup makan gaji dgn berlakon soap tu je... unless tetiba diorg meletop n org nak offer diorg projek lg bagus...mcm eva longoria...marcia cross..diorg semua dr soap opera...lepas tu dpt offer buat desperate housewives.

kalau di malaysia, budaya soap opera ni x menjadi..dulu2 ada HVD yg gajikan pelakon..tp drama diorg variaty sbb tv x boleh terima lagi drama2 yg terlalu panjang utk siaran fringe... mcm RTM, dulu2 dah ada fringe drama mcm opah, anjang aki, fajar di bumi permata.... pelakon diorg pun bersilih ganti...

astro pelopor drama soap sejak Idaman tahun 1996, yg menten dlm siri tu hanyalah Jalaluddin Hassan dan Rozie Othman...pelakon2 lain semua silih berganti. so harap penerangan meols ttg konsep soap opera ni dpt membantu la ya , ikhlas dr bekas pekerja janitor astro merangkap penyanyi latar soap "cinta & ibadah"  #hijabstayar Last edited by sepitsiput on 2-12-2014 10:56 AM

Quote NurAlia14 2-12-2014 09:51 AM
sepitsiput posted on 2-12-2014 09:39 AM
malaysia masih belum biasa dgn budaya daytime soap ...mcm kt negara2 yg rakyatnya berjota2 mcm US, ...

panjang sungguh baru nk tnye kaka ni keje ape sebbek baik bwh tu dh bgtau ...
Quote noraidil_06 2-12-2014 09:58 AM
sepitsiput posted on 2-12-2014 09:39 AM
malaysia masih belum biasa dgn budaya daytime soap ...mcm kt negara2 yg rakyatnya berjota2 mcm US, ...

kalo u gi astro kem salam kt k.izan.iols tatau dia kerja bhgn apa.
Quote sepitsiput 2-12-2014 10:00 AM
noraidil_06 posted on 2-12-2014 09:58 AM
kalo u gi astro kem salam kt k.izan.iols tatau dia kerja bhgn apa.

meols dah pencen jd janitor kat astro...dah serik makan nasik bungkus kt bawah tangga sambil hirup asap rokok retis2
Quote hensem2012 2-12-2014 10:01 AM
sepitsiput posted on 2-12-2014 09:39 AM
malaysia masih belum biasa dgn budaya daytime soap ...mcm kt negara2 yg rakyatnya berjota2 mcm US, ...

Agreed with kak @sepitSiput...klu siapa yg biase tgk SINETRON INDON memang x heran la dgn ISU PELAKON TUKAR GANTI..penonton malaysia nie aku rase ade ckit mcm SAKAI bile ditukar mule lah buat spekulasi sendiri...

NOTA KAKI : Adakah disebabkan FATTAH AMIN nie SESUATU dan terkantoi dgn Sherry Ibrahim menyebabkan Sherry terus buat keputusan utk putus dgn Fattah??
Quote sepitsiput 2-12-2014 10:05 AM
hensem2012 posted on 2-12-2014 10:01 AM
Agreed with kak @sepitSiput...klu siapa yg biase tgk SINETRON INDON memang x heran la dgn ISU PELA ...

dah putus ke?

hensem2 pun kalau muda belia sgt, sherry tu kosser nk stay lama2


Quote anasue 2-12-2014 10:12 AM
entah apa apa laa drama cinta ibadah ni
tajuk bukan main ibadah laa segala
tapi....
jalan citer mengarut..ada kaa ganti isteri...ishh tak kuasa
hentikan laa citer ni mengarut ja...
Quote hensem2012 2-12-2014 10:17 AM
sepitsiput posted on 2-12-2014 10:05 AM
dah putus ke?

hensem2 pun kalau muda belia sgt, sherry tu kosser nk stay lama2

Dah putus ler kak @sepitsiput...ade kuar kt ruangan gosip paper Pancaindera hari ahad hari tue..katenye Sherry dh blocked si Fattah nie dr semua media sosial such as..FB, IG, Twitter, Whatsapp dan sbgnye..dia dh x nak Fattah amik tau lg psl dia skrg..sherry sentap sgt dgn Fattah nie katenye Sherry found out something which is sherry sgt2 x blh accept it..so i speku Fattah Amin kantoi dgn sherry kut bermesej lucah dgn jantan
Quote cutebaby5907 2-12-2014 10:18 AM
kaklehot posted on 2-12-2014 09:30 AM
kesian fattah ..tp mmg pon dia belakon kayu kayan sama gak la mcm heroin citer bila hati berbicara ...

heroin bila hati berbicara x semenggah langsung
kayu balak semua ada
x terkesan langsung tgk heroinnye berlakon
puiii
Quote hensem2012 2-12-2014 10:20 AM
cutebaby5907 posted on 2-12-2014 10:18 AM
heroin bila hati berbicara x semenggah langsung
kayu balak semua ada
x terkesan langsung tgk her ...

Atikah Suhaimie namenye..tp kan suke tgk muke dia...sbb cute and natural beauty
Quote lipstickz 2-12-2014 10:21 AM
X follow pun drama ni sbb x sempat & x minat
Tp bab fattah tu - btol dia ada komitmen lain, dia pegi shooting dkt jakarta.

Sorry xde picca nak tepek, tp ada few telemovie yg dia tgh commit skrg.
Quote sepitsiput 2-12-2014 10:21 AM
hensem2012 posted on 2-12-2014 10:17 AM
Dah putus ler kak @sepitsiput...ade kuar kt ruangan gosip paper Pancaindera hari ahad hari tue..ka ...

at one glance, meols x nampak pun ciri2 keponenan si fattah tu... ig heols pun bersih dr anasir2 ponens 360 hurkeh

tp kita perlu dapatkan khidmat pakar dari Ponen Detector terkenal porem cari


calling2 pawang2 terhebat sis @kakikuDibibirmu , @putehkundor & @september14
Quote sepitsiput 2-12-2014 10:23 AM
lipstickz posted on 2-12-2014 10:21 AM
X follow pun drama ni sbb x sempat & x minat
Tp bab fattah tu - btol dia ada komitmen lain, dia  ...

jakarta ke kuwait? meols baca ig heols kt kuwait dgn fathia..drama zeel production


Quote cutebaby5907 2-12-2014 10:25 AM
hensem2012 posted on 2-12-2014 10:20 AM
Atikah Suhaimie namenye..tp kan suke tgk muke dia...sbb cute and natural beauty

mmg la cantik
tp berlakon xde emosi
marah mcm terkepit2
ntah pape

dier kan yg berlakon kat drama nur hikmah kat astro oasis
yg kisah anak luar nikah tu




Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061362 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top