CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa, Anak Kendali Pesawat Komersial Bersama

19-2-2015 12:40 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3413| Komen: 12

Description: GAMBAR lama yang menunjukkan Kapten Peter bersama anaknya, Laura yang masih kecil. BIRMINGHAM – Selepas 30 tahun bertugas sebagai seorang juruterbang, seorang bapa di Britain merakam detik paling ...

GAMBAR lama yang menunjukkan Kapten Peter bersama anaknya, Laura yang masih kecil.

BIRMINGHAM – Selepas 30 tahun bertugas sebagai seorang juruterbang, seorang bapa di Britain merakam detik paling manis dalam hidupnya apabila anak perempuannya menjadi pembantu juruterbang dalam satu penerbangan baru-baru ini.

Juruterbang tersebut, Kapten Peter Elliott yang memiliki pengalaman penerbangan lebih 15,500 jam membuat satu pengumuman khas semasa penerbangan dari bandar ini menuju ke Tenerife untuk memberitahu bahawa dia dibantu oleh anak perempuannya, Laura Elliott, 30.

Walaupun perkara itu satu kebetulan, Laura berharap dia akan mendapat peluang untuk terbang bersama bapanya sebelum lelaki tersebut bersara.


KAPTEN Elliott dan Laura semasa mengendalikan penerbangan pertama mereka secara bersama.

“Ia merupakan sebuah mimpi yang menjadi kenyataan apabila saya berpeluang mengendalikan penerbangan bersama bapa saya,” kata Laura yang pada mulanya bukan bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.

Ujarnya lagi, dia mengambil keputusan untuk mengikut jejak bapanya empat tahun selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang sains sukan. Laura kemudian mengikuti kursus penerbangan selama 14 bulan di Sepanyol sebelum memulakan kerjaya bersama syarikat penerbangan Thomas Cook pada 2009.

“Saya terkejut selepas mendapati kami dijadualkan untuk mengendalikan penerbangan bersama kerana kami berada di pangkalan yang berbeza, namun saya sangat gembira,” kata Laura. – Agensi



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 19-2-2015 08:57 AM
Kapten Peter tu hensem
Quote kentel 19-2-2015 12:55 PM
sweet nya anak beranak handle flight sama2....huhuhu...
Quote batmana 19-2-2015 02:13 PM
lagi sweet klu ada mak skali...
Quote ice_sky92 19-2-2015 02:24 PM
Sweetnya...

btw, teringat pulak pasal tragedi Tanerife. Antara KLM & Pan Am Air. Crash of the century.
Quote nebulagazer 19-2-2015 02:26 PM
Aku nk jd pilot gak la
Quote harimau76 19-2-2015 02:58 PM
like byk2.....
Quote hanamunir 19-2-2015 10:59 PM
waaaaa,sangat2 sweet...
kalau la mak nye pramugari..
Quote EJALTI 19-2-2015 11:01 PM
Sweet nyaaaaaaaa......

Cute pic masa anak baby lagik......
Quote kelana36 20-2-2015 01:42 AM
Kat Malaysia 10 tahun lepas lagi bapak capt anak copilot terbang sama sama dah ada dah..

Kat AA sekarang ni pun ramai anak dgn bapak macam ni..
Quote alinone78 20-2-2015 02:49 AM
Lawo anaknya......
Quote anonims 20-2-2015 04:55 AM
Sweet memories, pix ni harus letak dalam wedding montage anaknya..
Quote mbhcsf 20-2-2015 05:21 AM
Owhhh...so poignantly sweet

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073646 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top