Oleh Fyruz Hanna
sumber: google images TAK mudah kita mahu meninggalkan media sosial yang menjadi peranan paling besar dalam kehidupan kita kini. Nak atau tidak, penggunaan media sosial kita gunakan untuk menyampaikan apa sahaja maklumat dan juga menjadi hab perkongsian maklumat kenalan dan juga orang ramai.
Hari ini, merupakan hari terakhir kita berpuasa dan bermula esok seluruh umat Islam di Malaysia akan bersama-sama menyambut kemenangan.
Bagi anak-anak muda dan remaja, pastinya mereka ternanti-nanti saat untuk mengenakan pakaian baru, selfie raya, pose dengan pelbagai gaya.... dan paling penting dimuatnaik ke laman sosial seperti Facebook,Instagram mahupun Whatsapp dengan hashtag yang menunjukkan kemeriahan hari raya yang disambut.
Dan tak keterlaluan pula, bermula esok, ruangan newsfeed di Fb pasti dibanjiri dengan sesi bermaaf-maafan dan kata-kata maaf pasti terpapar diskrin tatkala kita menekan 'recent activity'.
Namun adakah ia mecerminkan nikmat sebenar beraya?
Aidilfitri sebenarnya satu anugerah dari Allah swt kepada umat islam setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa. Aidilfitri juga yang dikenali sebagai perayaan fitrah di Arab membawa maksud kejernihan hati selepas sebulan membersihkan daripada dosa.
Mengapa perlu kita sia-siakan ganjaran tersebut?
Pastinya, jika kita ikhlas untuk bermaaf-maafaan, janganlah kita hanya tunjukkan kemaafkan sekadar hanya di FB atau instagram. Ziarah-menziarahilah sesama kita agar amalan ini kekal mulia dan terpelihara.
Dengan meminta maaf secara zahir, pengalaman tersebut merupakan pengalaman yang tidak dirasakan apabila kita hanya menaip di FB. Bahkan, dengan bersalam sesama kita dan ikhlas meminta maaf, kita dapat rasakan aura keikhlasan mengalir bukan daripada si pemaaf namun pada si penerima.
Yang penting bukanlah sekadar text dengan ucapan maaf itu, tetapi keikhlasan dan ketulusan dalam ucapan maaf itu.
Media sosial ini sekadar penghubung kepada kenalan dan rakan yang jauh terpisah supaya kita kekal berhubung dan masih utuh silaturrahim. Jangan pula jadikan media sosial penyebab kita dilihat 'cacat' untuk menghayati erti sebenar 1 Syawal.
Jangan sampai, jiran sebelah rumah kita sekadar menghantar 'text' ucapan maaf. Nampak cacat kemeriahan raya disitu.
Akhir kata, penulis mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf setulus ikhlas. -CARI Infonet.
|
11
Bagus |
9
Marah |
16
Terkejut |
15
Sedih |
10
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bellaa replied at 16-7-2015 12:43 PM
okies.
selamat hari raya gak tt
ultra78 replied at 16-7-2015 12:59 PM
Salam kosong-kosong
revolusi_30 replied at 16-7-2015 01:01 PM
Jadi Islam tolak kemajuan gitu cari repoter ..?
Senduuuu !!!
CARI-SFG replied at 16-7-2015 12:47 PM
selamat hari raya....
ucapan dari office...
CARI-SFG replied at 16-7-2015 01:09 PM
Tidak lah saya kata begitu.. cumanya dalam kita berevolusi dengan kemajuan.. jangan kita tinggal t ...
bellaa replied at 16-7-2015 01:13 PM
bella pon kat opis le nih
bagi peluang kat staff yg dah bernikah balik kg awal
ultra78 replied at 16-7-2015 01:18 PM
bella belum bernikah ke?
miabebe replied at 16-7-2015 01:22 PM
Selamat hari raya jugaaaaaa...maap salah silap kata..terkasar tergediks tergatai selama miabebe berp ...
bellaa replied at 16-7-2015 01:23 PM
esok tukar avvy pe?
miabebe replied at 16-7-2015 01:25 PM
Uiks nk tuko avvy ka bella??? Mia nk tuko picca mia lah utk 1 hari..exclusive ari raya...kihkihk ...
bellaa replied at 16-7-2015 01:30 PM
esok setan dah keluar.
sat lagi dihencap oleh set2 ustajah / setad jadian
ADVERTISEMENT