Oleh : TS LOO Seorang pengunjung wanita di Zoo Shanghai di sini berputih mata apabila beg tangan kulit miliknya terjatuh dalam kandang harimau sebelum ia dibawa lari oleh haiwan tersebut, lapor portal MailOnline kelmarin.
Pengunjung itu, Li Qin Hao, dikatakan telah menggunakan beg tangannya sebagai umpan untuk menarik perhatian harimau yang berada di dalam kandang supaya mendekatinya. Bagaimanapun, beg tangannya yang mengandungi wang tunai, beberapa keping kad kredit dan kunci rumah terlepas sebelum terjatuh ke dalam kolam kandang haiwan ganas itu. Seekor harimau yang berada berhampiran kolam itu kemudian dilihat masuk ke dalam kolam dan berenang ke arah beg tangan yang terjatuh itu sebelum membawanya lari ke sebuah pulau kecil di tengah-tengah kurungan berkenaan.
Kakitangan zoo yang dimaklumkan mengenai perkara itu telah memberikan pas percuma kepada keluarga wanita tersebut untuk berada lama di situ sementara menunggu pekerja zoo mendapatkan semula beg tangannya. Menurut Pengurus Zoo Shanghai, He Ch’in, pihak zoo menunggu sehingga harimau itu diberi makan oleh pekerja zoo dan mengambil semula beg tangan itu yang telah dikunyah.- CARI Infonet sumber info: dailymail.co.uk/
|
15
Bagus |
14
Marah |
26
Terkejut |
25
Sedih |
27
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Knowlee replied at 3-2-2016 11:21 AM
Rimau tu nak pulangkan beg tu sebenarnya tapi dia taktau nak cakap mcm mana.
prettyuglybabe replied at 3-2-2016 12:21 PM
cash la.. masuk zoo tengok binatang diam-diam tak boleh ke..
sibuk nak panggil-panggil binatang tu ...
supernaturalee replied at 3-2-2016 12:29 PM
bajet kucen kt rmh kot
DaisyD replied at 3-2-2016 12:49 PM
hahahaha dia dah try buat meow meow tapi rimau tak layan
zameyla replied at 3-2-2016 11:39 AM
macam yg dekat india yg dia gigit tengkuk laki tu sebab nk selamatkan dari kena baling batu...
imransulaiman replied at 3-2-2016 01:49 PM
Wah! Ada ye kes macam tu? Mati tak orang tu?
ADVERTISEMENT