CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paralimpik Rio : Lakar Sejarah! Malaysia Menang 2 Pingat Emas

11-9-2016 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35814| Komen: 387

Description: Kontinjen Malaysia mencipta sejarah apabila memenangi 2 pingat emas..
Oleh : Dean BZ

Paralimpik Rio : Lakar Sejarah! Malaysia Menang 2 Pingat Emas



Kontinjen Malaysia mencipta sejarah apabila memenangi 2 pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, setakat ini. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman Twitternya menyuarakan keyakinan seorang lagi atlet olahraga negara, Abdul Latif Romli berpeluang meraih kejayaan sama dilakar Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli, hari ini. 

Abdul Latif adalah pembawa bendera negara, Jalur Gemilang pada majlis pembukaan Paralimpik di Rio. 

"We are not done yet! Latif will #GoForGold 9.30pm Malaysia time for Gold number 3. #KamiLuarBiasa #MalaysiaBoleh," tulis Khairy. 


Abdul Latif, 19 yang beraksi dalam acara lompat jauh adalah pemenang pingat emas di Kejuaraan Olahraga Dunia ICP di Doha, Qatar tahun lalu dengan catatan 7.35 meter. Ia kemudian diperbaharui olehnya di temasya Sukan Malaysia Sarawak 2016 dengan catatan 7.46 meter. 

Malaysia setakat ini sudah meraih dua pingat emas menerusi atlet pecut Mohamad Ridzuan memenangi emas dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy). Ia diikuti kejayaan atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dengan kejayaan kedua-duanya melakar sejarah kerana negara tidak pernah memenangi pingat emas di temasya terbesar itu setakat ini. Lebih membanggakan, kedua-dua pingat itu turut mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitternya turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet terbabit yang disifatkan sebagai luar biasa dan meluahkan rasa bangga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di Rio. - CARI




Sumber - Berita Harian
34

Bagus
24

Marah
26

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 11-9-2016 05:07 AM
Tahniah!

Quote Syd 11-9-2016 05:08 AM


Bangga gitu.

Kata tadi macam cipta rekod baru.
Quote hidden_fear 11-9-2016 05:24 AM
Tahniah!!!!
Quote sarajevo 11-9-2016 05:26 AM
Tahniah.  Malaysia mendunia
Quote Syd 11-9-2016 05:45 AM
Edited by Syd at 11-9-2016 05:47 AM

Khairy Jamaluddin added 2 new photos.

Satu lagi emas untuk Malaysia! Ziyad got the gold and the world record!

F20 shot put.
Quote Syd 11-9-2016 05:58 AM
Gitulaah.

World!
Quote Syd 11-9-2016 05:58 AM
Edited by Syd at 11-9-2016 06:27 AM

Malaysia bangga!
Quote dauswq 11-9-2016 06:00 AM
2 emas dpt ni ..tahniah
Quote Syd 11-9-2016 06:06 AM
dauswq replied at 11-9-2016 06:00 AM
2 emas dpt ni ..tahniah

Itulah. Tahniah tahniah.
Kat fb KJ, dorg bantai bgasak.

Quote dauswq 11-9-2016 06:08 AM
Syd replied at 11-9-2016 06:06 AM
Itulah. Tahniah tahniah.
Kat fb KJ, dorg bantai bgasak.

bantai bergasak psl janji ganjaran 1 juta kah? psl media kurang highlight kah?  

bergasaklah korg smpi puas
Quote auntie_girl 11-9-2016 06:09 AM
Sila jangan double standard eh
Quote Syd 11-9-2016 06:13 AM
dauswq replied at 11-9-2016 06:08 AM
bantai bergasak psl janji ganjaran 1 juta kah? psl media kurang highlight kah?  

bergasaklah  ...

Semua ada.

Sah sah dah janji samarata kan??

Ada org angin. Tak menyempat2 ker?

Quote Syd 11-9-2016 06:13 AM
auntie_girl replied at 11-9-2016 06:09 AM
Sila jangan double standard eh

Janji dikota konsepnya.

Tak tahulah kalu janji dicapati (najib)

Quote dauswq 11-9-2016 06:16 AM
Syd replied at 11-9-2016 06:13 AM
Semua ada.

Sah sah dah janji samarata kan??

kan? apelah diorg tak puas hati lg tu
dah sah2 diorg tak well-informed,atau pun ignorant, sbb nak sedapkn hati bile komen rase tak puas hati gtuh
Quote Jagendas 11-9-2016 06:24 AM
sprinter tu break record tak ?
tadi siang kt nadi arena dia mcm yakin dapat gold

hope dapat publisiti meluas & ganjaran sama mcm atlet olimpik
Quote Syd 11-9-2016 06:25 AM
dauswq replied at 11-9-2016 06:16 AM
kan? apelah diorg tak puas hati lg tu
dah sah2 diorg tak well-informed,atau pun ignorant, s ...

Best jah ai tgk dorg beegasak.  

Pening abam KJ  
Quote Syd 11-9-2016 06:26 AM
Jagendas replied at 11-9-2016 06:24 AM
sprinter tu break record tak ?
tadi siang kt nadi arena dia mcm yakin dapat gold


Rekod baru katanya.
Quote genUmi 11-9-2016 07:11 AM
maaf siapa2 boleh share video kemenangan, please
Quote Pajeri_Nenas 11-9-2016 07:13 AM
Yg lontar peluru Tu world record

Lihat semua komen(387)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.530873 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top