CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Susulan Kucing Tersepit Pagar, Risiko Kaki Lumpuh Seumur Hidup

1-2-2017 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4665| Komen: 17

Description: Sebuah rakaman video seekor kucing tersepit antara pintu pagar rumah automatik yang dimuat naik oleh Md Nazry Md Nassir, 33, di Facebook (FB) menjadi tular di media sosial sejak kelmarin.


Sebuah rakaman video seekor kucing tersepit antara pintu pagar rumah automatik yang dimuat naik oleh Md Nazry Md Nassir, 33, di Facebook (FB) menjadi tular di media sosial sejak kelmarin.

Susulan kejadian, kucing betina tersebut mungkin berdepan dengan risiko lumpuh kedua-dua kaki belakangnya.

Menurut laporan Harian Metro, kucing yang dipercayai terbiar dan dianggarkan berusia lebih setahun itu ditemukan dengan keadaan mengerikan dan menyayat hati kerana sudah tersepit selama lebih dua jam.

Nazry sebelum ini sudah cuba untuk menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi mereka tak berani bantu kerana takut dikatakan menceroboh.

"Kami dah hubungi tuan rumah, tetapi dia balik lambat, jadi kami terpaksa buka jek hidraulik pintu pagar untuk selamatkan kucing itu," tambahnya lagi.

Foto: Fb Nazry
Operasi menyelamat mengambil masa hampir 45 minit sebelum kucing itu dibawa ke Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan.

Walau bagaimanapun, peluang untuk pulih amat rendah kerana melibatkan tulang belakang dan doktor hanya memberikan ubat untuk merawat bengkak.

Haiwan malang itu kemudiannya dinamakan Gate dan buat masa sekarang akan dipelihara oleh Nazry sebelum dibuka kepada mana-mana pihak yang sudi memeliharanya. -CARI
18

Bagus
22

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
22

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 1-2-2017 12:06 PM
Kesiannya Gate
Quote ninja boy 1-2-2017 12:20 PM

Quote prettyuglybabe 1-2-2017 12:57 PM
aduhai.. kesiannya sayang ni..
semoga cepat sembuh ye sayang..
Quote chinta89 1-2-2017 01:09 PM

smoga Gate cepat sembuh
Quote ChildrenOfBodom 1-2-2017 01:15 PM
shit kalau penyangak negara yg kena mcm ni kan bagus
Quote Decaffeinated 1-2-2017 01:34 PM
aku sokong injek ja kasi tidur.....

cuma jangan suruh aku buat lah....

Quote batmana 1-2-2017 04:07 PM
tuan rumah pn satu
tunggula pintu tu dikatup dlu, bru blah
kalu bukan kucing msuk, silap2 pencuri pn msuk
Quote gigahertz 1-2-2017 04:09 PM
batmana replied at 1-2-2017 08:07 AM
tuan rumah pn satu
tunggula pintu tu dikatup dlu, bru blah
kalu bukan kucing msuk, silap2 pencuri  ...

orang pakai gate lektrik diorang tak toleh belaakng selepas press button "close"
Quote gigahertz 1-2-2017 04:15 PM
ChildrenOfBodom replied at 1-2-2017 05:15 AM
shit kalau penyangak negara yg kena mcm ni kan bagus

nanti masa election kita buat. siapa undi dacing. dia kena lalu gate lektrik. hehehehe
Quote makneng 1-2-2017 06:27 PM
Sian nya gate.  Mujur ada yg prihatin
Quote insulin 1-2-2017 06:29 PM
Kesiannya. Semoga kucing ini masih ada peluang untuk sembuh sepenuhnya.
Quote ..Atheist. 2-2-2017 06:00 AM
kesiannya meow tu  
Quote aikee04 2-2-2017 07:54 AM
Simpati.....ai pun jarang tgk belakang bila guna remote utk tutup gate
Quote aTiKah_aYuNi 2-2-2017 09:41 AM
anak buah aku penah tersepit gate auto kat jiran dia..

menjerit2 abg aku mintak owner bukak gate.. nasib sepit kat perut..luka jugak la.

kisah nyer, jiran tu dh tekan suis tutup auto gate, anak buah ni turun dari kereta, terus berlari nak masuk rumah jiran...mmg mendapat laa..
Quote fifie_olin 2-2-2017 09:53 AM
smpi 2 jam...seksanya dia
Quote nyanyan 3-2-2017 03:54 PM
kesian gate harap tuan baru dapat jaga dia elok elok
Quote Aizuzu 3-2-2017 06:31 PM
Kesiannya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.120460 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top