Seorang penunggang motosikal yang memasuki laluan bertentangan maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Simpang Ampat, Nibong Tebal, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Memetik BH Online, Mohamad Imran Mohd Sukri, 21, juga merupakan seorang pekerja kilang maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata motosikal berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu seorang lelaki. "Pemandu kereta tidak sempat mengelak motosikal mangsa lalu berlaku perlanggaran. "Nahas menyebabkan mangsa terbabas dan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah," katanya.
Bagaimanapun, rakan mangsa yang membonceng motosikal berkenaan hanya cedera ringan. "Pemandu dan tiga penumpang kereta tidak cedera," katanya. Mayat dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
|
13
Bagus |
22
Marah |
21
Terkejut |
24
Sedih |
27
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
paz replied at 15-4-2017 04:31 PM
Semalam, almost langgar motor lawan arus Kat AKLEH. Nasib dpt Elak, menyusahkan orang plak nak pikir ...
CARI-MAL replied at 15-4-2017 12:22 PM
Seorang penunggang motosikal yang memasuki laluan bertentangan maut selepas bertembung dengan sebuah ...
ADVERTISEMENT