CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video Lihat artikel

Lagu Yuna Diguna Untuk Grand Theft Auto 5 (Gta V)

20-9-2013 12:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4477| Komen: 5

Description: Dari Hanya Seorang Penyanyi Yang Bermula Dengan Gig-Gig Kecil Sekitar 5-6 Tahun Lepas, Kini Yuna Bukan Sahaja Sudah Mengukir Nama Di Peringkat Antarabangsa, Malah Lagunya Juga Telah Digunakan Sebagai ...
http://www.ohbulan.com/lagu-yuna-diguna-untuk-grand-theft-auto-5-gta-v/



Dari hanya seorang penyanyi yang bermula dengan gig-gig kecil sekitar 5-6 tahun lepas, kini Yuna bukan sahaja sudah mengukir nama di peringkat antarabangsa, malah lagunya juga telah digunakan sebagai lagu tema untuk permainan video Grand Theft Auto 5 (GTA).

Berita ini tersebar setelah lagu berjudul Live Your Life yang telah diremixkan itu menjadi bahan bualan dikalangan pemain permainan video GTA 5.

Mereka bukan saja memuji lagu tersebut, malah ada yang terus ke laman Youtube untuk mencari lagu itu semula.

Bagi yang tidak tahu, permainan Grand Theft Auto adalah permainan video bersiri. Ianya mula dilancarkan pada tahun 1997 sebelum menjadi permainan video kegemaran ‘gamers’ pada tahun 2001 untuk sirinya yang ketiga. Dan menariknya pada tahun ini, Grand Theft Auto 5 yang telah dilancarkan pada 17 September lepas telah berjaya mencatat keuntungan 500 juta pound hasil jualan pada hari pertama.

Permainan video GTA 5 ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri di seluruh dunia dan OHBULAN! pasti, ramai yang akan mula mencari nama Yuna di internet selepas ini.

Apa pun, mari kita dengarkan lagu Yuna – Live Your Life (Melo-X Motherland God Mix) selepas ini ya!

Oh ya, tips untuk pemain permainan video Grand Theft Auto 5, bila anda menaiki kereta, sila putarkan radio ke Worldwide FM, anda pasti akan dengar lagu Yuna ini disana. Enjoice!






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lalanoi 20-9-2013 01:47 PM
good job yuna!!
Quote kawankau 21-9-2013 05:18 PM
...fuu...worldwide tu. Gta 5 faham  ni...
lagu2 yg dipasang waktu driving, ...selalunya akan diminati...macam Gta sebelum ni...lagu era lain pun orang jadi minat balik...
termasuk juga dialog2 Dj dlm radio...terhafal la pulak....
Quote irwansuhadi 24-9-2013 11:59 AM
she's good!
bangga sebab dia orang Malaysia
Quote amizul 24-9-2013 01:57 PM
well done Yuna !
Quote -electrifying- 30-9-2013 03:20 PM
nsb bek lgu inggeris, klau ade terukir bintang, tu dh thp terbaik

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.083118 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top