CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Munculnya Ad - Dabbah Tanda Besar Kiamat

25-10-2013 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22653| Komen: 22

Description: Dalam Hadith Yang Mulia, Yang Diterima Dari Abdullah Bin Amr' Bahawa Rasulullah Saw Bersabda : "Sesunguhnya Tanda Yang Mula-Mula Muncul Adalah Matahari Terbit Dari Barat Dan Keluar Binatang Kepada M ...


Salah satu di antara tanda-tanda besar Qiamat besar ialah binatang yang keluar dari bumi (Dabbah). Apakah binatang itu besar atau kecil? Apakah ia dilahirkan oleh bumi atau lahir dari binatang tertentu?

"...dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami " - Surah An-Naml : 82

Huraian Ayat di atas :

"Apabila sudah dekat apa yang Kami (Allah) katakan kepada orang-orang kafir itu, yakni tentang adanya hari Qiamat dan menyeksa mereka disebabkan kekufuran mereka, maka Kami keluarkan kepada mereka binatang besar. Binatang itu akan mencakapi mereka dengan kata-kata yang jelas mereka fahami. Binatang itu akan mengejek mereka atau mengatakan malangnya nasib mereka. Binatang itu berkata : "Sebelum aku datang dan kamu tidak percaya bahawa aku akan datang, dan kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah dan hujahNya. Sekarang sudah dekat masanya kehancuran kamu, sudah dekat masanya hari Qiamat dan hari kebangkitan supaya kamu semua menghadap Allah dan Dia akan menyeksa kamu"

Dalam Hadith yang mulia, yang diterima dari Abdullah Bin Amr' bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesunguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul"

Al-Qurthubi berkata : "Binatang itu akan mencakapi manusia dengan kata-kata yang jelas difahami oleh semua manusia. Suaranya kuat sehingga dapat di dengar oleh semua manusia yang ada di dunia ketika itu, sama ada yang dekat ataupun yang jauh daripadanya". Binatang itu berkata : "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami.

" Apa yang dikatakan oleh binatang itu nanti? Al-Suddi berkata: "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama lain selain Islam tidak benar dan diterima oleh Allah SWT"

PERIHAL DABBAH

Pelbagai cerita mengenai binatang yang keluar dari bumi itu. Ada yang mengatakan binatang itu panjangnya 60 hasta. Orang yang mencarinya tidak akan menjumpainya manakala orang yang lari daripadanya tidak akan dapat lari daripadanya.

Ibnu Juraij berkata : "Binatang itu kepalanya seperti banteng, matanya seperti mata babi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti warna harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta"

Namun cerita-cerita ini tidak mudah diterima akal apatah lagi memang tidak terdapat dalam Al-Quran mahupun Hadith RAsulullah SAW. Menurut Imam Al-Razi "Tidak ada dalil dalam Al-Quran mahupun Hadith yang menyebut tentang mereka (Dabbah). Kalau ada disebut dalam Al-Quran atau jelas keterangan dari Rasulullah SAW maka ia boleh diterima pakai. Jika sebaliknya, sumber itu tidak boleh diterima"

Justeru, orang-orang beriman hanya perlu menyakini bahawa binatang itu sememangnya diutuskan ke dunia untuk menunjukkan bukti kepada orang-orang kafir berkenaan kebenaran agama yang diturunkan Allah. Ertinya apa yang telah dijanjikan Allah SWT dan para RasulNya itu benar adanya. Orang mukmin harus menyakini janji Allah itu kerana kedatangannya itu juga menandakan bahawa pintu taubat sudah pasti tertutup.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 21-10-2013 04:30 PM
Ad-dabbah tu dajjal ke?

yg org duk sama kan dgn mata si pojiah tu...
Quote pestol 21-10-2013 04:36 PM
makton posted on 21-10-2013 04:30 PM
Ad-dabbah tu dajjal ke?

yg org duk sama kan dgn mata si pojiah tu...

lebih kurang
Quote ctaz 21-10-2013 04:51 PM
dajjal tu lain....
binatang melata tu lain....


Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1.. Asap
2.. Dajjal
3.. Binatang melata di bumi
4.. Terbitnya matahari sebelah barat
5.. Turunnya Nabi Isa A.S
6.. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.. Gerhana di timur
8.. Gerhana di barat
9.. Gerhana di jazirah Arab
10.. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."
Quote Dzulqarnain 22-10-2013 07:28 AM
Dabbah tu makhluk melata
kalo kt CARI ni lbh dikenali dgn kata
'ke hulu ke hilir'...
Quote iskans 22-10-2013 07:15 PM
pestol posted on 21-10-2013 04:36 PM
lebih kurang

Bukan, Ad-dabbah atau Dabbatul al-ard (Yang melata di bumi) adalah makhluk yang akan memusnahkan dan melata ke seluruh muka bumi.

Ia akan muncul selepas kematian dajjal di tangan Nabi Isa a.s. dan selepas kewafatan Nabi Isa a.s. yang meneruskan syariat Nabi Muhammad s.a.w.
Quote bluezink 22-10-2013 11:11 PM
Dabbat al-ard (The Strange Beast): The Dabbah , will emerge from the ground & will mark all the true Muslims
ada yg kata rakcacer itu beso mcm godzila... enta betul atau idak w.a
dari apa yg aku bace dari artikel di atas...tugas ia ialah memperlihatkan seseorang itu sama ada dia kafir ataupun org beriman,time nilah baru kita leh tngok sape yg kafir or beriman...kadang berkupiah dan berserban x semestinya jadi org beriman..so tugas nya ialah memperlihatkan tanda2(kafir or beriman) pada diri kita secara fizikal(zahir)di hidung orang yg ia temui.
selama ni pun kan kita agak2 jer kalau tengok muka org..kadang2 muka bersih,bercahaya kita agak2 jer yg dia beriman...so skali dia hantam akan terlihatlah perkataan yg selama ini ghaib(batin) dari pandangan kita...kan dajjal pun ada perkataan di dahinya..so kalau dia ada, kita pun adalahlah..cume tanda kita x diperlihatkan..so kerja dabbat al-ard ni memperlihatkan tanda2 keimanan atau kekafiran seseorang,
sebagai kesempurnaan dari tertutupnya pintu taubat.

Quote AraBellaJuan87 26-10-2013 03:02 AM
Janji ALLAH tu pasti kan~
Quote -electrifying- 28-10-2013 09:51 AM
smoga kita dilindungi oleh Allah dari fitnah dajal. amin
Quote R.A.M.A_mirror 28-10-2013 04:35 PM
astagfirullah hal azim....
astagfirullah hal azim....
astagfirullah hal azim....
astagfirullah hal azim....
Quote bedahmulutpuaka 29-10-2013 01:53 PM
meremang bulu roma baca ni.
Quote larikesurga 30-10-2013 11:36 AM
ada doa kan untuk elak dari fitnah dajjal nih....ke lebih kurang mcm tu la..
Quote rafiz28 1-11-2013 05:44 AM
Menakut kan..semoga diri aku aentiasa keteguhkan iman dgn pancaroba dunia yg semakin menggila. .
Quote dzaraa 1-11-2013 09:53 AM
larikesurga posted on 30-10-2013 11:36 AM
ada doa kan untuk elak dari fitnah dajjal nih....ke lebih kurang mcm tu la..

amalkan atau hafal surah al-kahfi ayat 1-10.
Quote dzaraa 1-11-2013 09:59 AM
S

Quote larikesurga 1-11-2013 02:57 PM
dzaraa posted on 1-11-2013 09:59 AM
S

terima kasih saudara ( ke saudari) ....



Quote donut_1752 3-11-2013 11:07 PM
mekaseh saudari n saudari sbb sudi share cerita ni
Quote lompatikam 11-11-2013 11:03 AM
binatang melata, kalau tgk makna adalah reptilia yg merangkak/ menyusur.

sekadar teori aku...Ad-Dabbah nih NAGA atau mungkin dinosour...
Quote capiloton 11-11-2013 11:33 AM
dajjal, yajuj majuj (gog magog) dan daabatul ardh (dabbat al-ard)..
tu 3 entiti berbeza..

2 batil.. 1 lagi haq..
Quote bangcak 29-11-2013 12:42 PM
yg menyerupai kaum ad pon ada dah dlm negara kita
"allah tuhan seluruh alam" pon disangkal
apatah lagi hukum2NYA dan sunnah2 rasullullah.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.346467 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top