CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

buli....buli..buli.....lom habis kisahnya

10-10-2012 09:35 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12375| Komen: 93

GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”
  Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.

  Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.

  Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.


  “Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.


p/s : kalau anak kita diperlakukan begini.....cam ne perasaan anda???





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timahhitam 10-10-2012 09:06 AM
jahatnyeeee budak2 skrg....kesian tengok dibuli mcm tuh sekali.....dlm handset tuh, budak tuh ketakutan....kesiannn...sedihhh betul...
budak2 senior tuh...patut disepak terajang je.....bagi padan skit.....
Quote kenari2101 10-10-2012 09:09 AM
kalu masuk kat youtube lagi kesian budak tu.........
yg sekolah tu pi bancking tukang buli tu apa kes pulak???
Quote noraidil_06 10-10-2012 09:11 AM
Ya Allah.risaunye.my husband insist nk htr anak duk hostel. I mmg x kan izinkan tp kuasa bapak lg besar. I dun trust any boarding school.
Quote Daisy81 10-10-2012 09:13 AM
eiii..hangin betul aku baca berita nie..kesian bdk tu..mesti digelakkan2...
aii..bdk2 zaman sekarang nie dh tk tkut per2 ..extreme gile..
Ya Allah jauhkan la ank2 ku dri keadaan sebegini..jadikan lah ank2 insan yang sempurna dr segi agama dan tingkah lakunya..aminnn
Quote johnazizul 10-10-2012 09:14 AM
Bergantung gak... Kalau junior kerek mesti kena buli.
Quote Munnalicious 10-10-2012 09:19 AM
Kalau anak diperlakukan sedemikian rupa aku pegi panggil budak2 hamjad tu kasi belasah dan ketuk dgn kasut tumit tinggi aku ni!
Quote the_killer 10-10-2012 09:30 AM
tulah bahana tidak boleh dirotan..skang kan cikgu2 tak bleh rotan murid2 sebab nanti mak bapak report polis...ppprrttttsrsrseses
Quote BingkaUbi 10-10-2012 09:32 AM
kuarkan anak dr hostel, pindah sekolah lain then report polis ..... lepas tuh plak saman jah cikgu besar, warden & ibu bapa budak2 tuh... nk saman budak2 tuh blom cukup umo plak...... sumer duit..
Quote timahhitam 10-10-2012 09:33 AM
Munnalicious posted on 10-10-2012 09:19 AM
Kalau anak diperlakukan sedemikian rupa aku pegi panggil budak2 hamjad tu kasi belasah dan ketuk dgn ...

timah pun....timah akan mengamuk n jerit2 kat sekolah...timah tak malu dah kalau anak kena macam tuh...nauzubilllahhhh.......ya allah, takutnyee.....
timah akan mengamuk time perhimpunan....mudah skit nak cari budak jahat.....semua pelajar duk berhimpun situ je....

Quote timahhitam 10-10-2012 09:36 AM
johnazizul posted on 10-10-2012 09:14 AM
Bergantung gak... Kalau junior kerek mesti kena buli.

timah tengok...senior2 ni pun satu hal jugak...tak kira sekolah mane pun...ape, junior nak kena merafak sembah ke..nak kena sujud syukur ke setiap kali berselisih dengan senior...sbb tuh timah time belajo dulu2...tak pernah nak mengada2 senior junior nih...buang masa...baik2 biase2 dahlahh....


Quote zasssssss 10-10-2012 09:42 AM
anak aku dulu pernah kena ugut kat hostel...bila aku dpt tau jer terus aku tepon guru besar bgtau dia hal ni..pastu mlm tu terus datang jumpa warden asrama dan budak yg ugut anak aku tu....aku tanya kejadian sebenar..apa salah anak aku sampai kena ugut nak sepak terajang bagai dahler anak aku baru tingkatan 1.....kalau betul pun anak aku ada buat salah bgtau elok2 dah ler....warden tu memang tak tahu apa2 pun pasal kes tu...last2 aku mintak no tepon mak bapak budak2 yg ugut anak aku tu dan aku bg warning kat budak tu...lagi sekali usik anak aku memang aku akan bgtau mak bapak depa dan terus report ke polis...alhamdulillah dah ok.......
Quote gula_tebu 10-10-2012 09:44 AM
takde keje nak buli bogelkan anak orang, sepak2 anak orang..cuba khisas balik ke budak2 tu..bogelkan masing2 pastu tarik bebird sekor2..baru tau rasanya kena buli..ketok dgn kuali tefal baru tau!!
Quote bunga_kaseh 10-10-2012 09:50 AM
Geram btl baca...eeee....ni lh padah nya..kalu bw hp kamera d sek/asrama...apa2, mesti nk upload dlm utube...skt hati btl...adk aku pun pernah kena buli..mcm ni lh...siap blh rakam lg..
Quote koko2 10-10-2012 10:02 AM
Aku TAK PERCAYA langsung boarding school segala ni...byk yg tak elok drp yg elok...

1. menggalakkan mangsa buli..
2. menjarakkan kaseh sayang adek beradik dan mak pak...

soo...anak aku tak perlu ke boarding school..
anak aku tak perlu straight A's utk bukti kecermerlangan study/idop dia pada aku..

Cukup jika anak aku stabil dan balance antara IQ dan EQ...juga dgn skill kemahiran idop...
Sebab aku tak mau anak aku tertekan utk senantiasa jadik yg terbaik dan terhebat dlm serba serbi...

Anak aku ada pelajaran...dan akhlak (moral) yg seimbang..itu dah cukup baik..add on skill utk survive life..
Quote KarTell 10-10-2012 10:11 AM
kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.
Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.


pastu part mana nye pihak pengrusan sekolah menguruskan kes ni dengan sambil lewa?

Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.

Pening-pening
Quote timahhitam 10-10-2012 10:20 AM
koko2 posted on 10-10-2012 10:02 AM
Aku TAK PERCAYA langsung boarding school segala ni...byk yg tak elok drp yg elok...

1. menggalakk ...

setuju sangat.....
ini duk mengejar....anak umur 3 tahun kena pandai mengaji....anak umur 4 tahun kena pandai membaca....anak umur 5 tahun dah pandai menulis mengira....anak umur 12 tahun dah dapat ijazah...

Quote prettyuglybabe 10-10-2012 10:22 AM
KarTell posted on 10-10-2012 10:11 AM
pastu part mana nye pihak pengrusan sekolah menguruskan kes ni dengan sambil lewa?

kejadian berlaku february. september baru dapat tau.. mungkin itu yang dimaksudkan.



Quote cmf_rambutan 10-10-2012 10:23 AM
kesian budak tuh.. pergi la sekolah duduk asrama nak belajar... tp ada celaka tinggal di situ...



pembuli disekolah patut kena buang sekolah... biar bapak dia meranung kata anak dia tertekan ka apa ka... baru padan muka .. puiiii... samseng
Quote KarTell 10-10-2012 10:31 AM
prettyuglybabe posted on 10-10-2012 10:22 AM
kejadian berlaku february. september baru dapat tau.. mungkin itu yang dimaksudkan.

memang pun. dah tu nak wat camne? mujur la terbukak cerita tu. kalo tak terbukak, lagi haru. pandai nak salahkan org ajek la. Anak sendiri taknak cerita, taknak salahkan anak sendiri ke?

Benda dah berlaku, salahkan budak2 yang buli tu jek la.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.072634 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top