CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

Lembu naik minyak mengamuk disangka perompak ..>!!!!

3-12-2012 10:32 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5157| Komen: 37


ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga terpaksa berkurung hampir dua jam dalam bilik di rumah mereka apabila terdengar bunyi bising di luar rumah yang disangka dilakukan perompak sebelum menyedari ia sebenarnya angkara sekumpulan lembu yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Padang Kemunting, Tanjung Bidara di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Rasol Ahmad, 46, bersama isteri, Norliza Wil, 42, dan anak tunggal mereka, Mohd Fakrullah, 4, tidur sebelum terdengar bunyi mendengus diikuti bunyi benda berkecai di depan rumah mereka.
Menurut Rasol, dia menyangka rumahnya dimasuki perompak segera mengejutkan isterinya dan mereka mendiamkan diri kerana bimbang keselamatan keluarga.
“Saya terdengar bunyi pasu bunga pecah, meja dan kerusi diletakkan di anjung rumah diterbalikkan hingga menyebabkan anak yang lena turut terjaga.
“Kami tidak mampu bersuara dan turut mematikan suis lampu bilik sehingga terdengar bunyi azan Subuh. Saya memberanikan diri keluar dari bilik dan mengintai dari tingkap rumah,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, sebaik membuka pintu rumah jam 7 pagi, dia terkejut mendapati 12 lembu dewasa menggeledah depan rumah dan sebahagiannya menyondol pagar kawat duri di rumahnya hingga rebah.



“Siapa tidak marah melihat keadaan sama berulang dan ini adalah kali keempat kumpulan lembu tidak bertuan ini mengganas dalam kawasan rumah saya yang berpagar,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote masa_lalu 3-12-2012 08:32 AM
takkan la perompak nak buat bising macam tu sekali?
Quote leylapple 3-12-2012 08:40 AM
lembu tak bertuan?

kalo tak sudi bela diorang, apa kata sembelih jer dan buat kenduri besar2an kat kampung tu?
Quote xtahumenahu 3-12-2012 08:41 AM
so...apakah sebabnye lembu tu mengganas???
Quote ren0_0 3-12-2012 08:48 AM
lembu tak bertuan..apa lagi tangkap sekor semelih je buat lauk. tangkap sekor lagi jual untuk ganti rugi pagar dan perabot rosak
Quote nexusys 3-12-2012 09:24 AM
tak terdetik ka nak kol pulis??? gigih tunggu sampai subuh
Quote amizul 3-12-2012 09:25 AM
huhuhu...sabo jer larr
Quote cmf_kunyit 3-12-2012 09:26 AM
semasanya isu ini..
Quote Pikir 3-12-2012 09:28 AM
ahahah...lembu mengamok indon kalah sepakbola ke?
Quote PICes_Boy 3-12-2012 09:36 AM
umah aku pon pnah ada vavi tendang pasu bunga & buat bising...nasib baik xtinggal 'hadiah' kat depan umah  
Quote MissNigga 3-12-2012 09:56 AM
alahai... cam cumey jer family nie....

Hubby umo 46... binik lak berumu 42 .... anak tunggal lak berumur 4 tahun ... hopefully umur mak dan pak panjang .. dan anak tu lak, biler dah besau, tak luper nak jaga mak pak dia
Quote crossfire 3-12-2012 09:58 AM
masa_lalu posted on 3-12-2012 08:32 AM
takkan la perompak nak buat bising macam tu sekali?


itu adalah isunya... takde phone ker rumah, tepon kawan2 paling rendah akal...


Last edited by crossfire on 3-12-2012 10:04 AM

Quote cikatilia 3-12-2012 10:26 AM
dah 4 x
sure ada attraction yang buat lembu2 ni nak amok dlm umah dia je
Quote annehuda 3-12-2012 10:29 AM
aku teringat plak pasal kisah jiran2 yg komen kucing masuk laman rumah diorg.. tu pun dah mengamuk2.. kalau lembu masuk mcm ni ntah ape la jadi agaknye? haha
Quote ladygempak 3-12-2012 10:34 AM

12 ekor lembu tak bertuan?
tgh cari tuan baru la tu....
Quote crossfire 3-12-2012 11:15 AM
ladygempak posted on 3-12-2012 10:34 AM
12 ekor lembu tak bertuan?
tgh cari tuan baru la tu....

kalau jual, 12 ekor, kalau sekor rm1000, 12 ekor mau 12 000, kenapa tak tangkap aja....baik bebenor tuan Rumah engko,...
Quote pakwetizzaqyah 3-12-2012 12:10 PM
lembu marah sbb tk terpilih sbagai AHLI LEMBU UNTUK DISEMBELIH
Quote prettyuglybabe 3-12-2012 12:50 PM
lembu mahal pun ada juga yang tak bertuan ye..
Quote iskans 3-12-2012 12:51 PM

Kalaut bang, kalut. Gabra sampai pikir nak lindungi diri dan ahli keluarga dulu. Enset pun dah kemana pergi agaknya....
Quote Esperanza 3-12-2012 12:59 PM
mad cow disease.....

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075337 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top