CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Kami professional, tiada masalah cium & dukung !

17-1-2013 09:36 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12998| Komen: 104

Description: Adi cium, peluk Rita BERTEMU dengan pelakon Rita Rudaini pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Sehangat Asmara di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, dia tetap kelihatan ...
Adi cium, peluk Rita



BERTEMU dengan pelakon Rita Rudaini pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Sehangat Asmara di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, dia tetap kelihatan jelita biarpun usianya sudah mencecah 37 tahun.

Jadi, tidak hairanlah ada gosip nakal yang mengatakan ada seorang isteri kepada aktor terkenal cemburu dengan Rita dan tidak membenarkan pelakon wanita itu berlakon dengan suaminya.

Beralih pada pelakon bertubuh sasa Adi Putra pula, hubungannya bersama isteri, Zuhaida Yusof dikhabarkan semakin intim selepas kehadiran anak perempuan Zara Adelia, 3 bulan.

Kedua-dua figura hebat itu digandingkan dalam drama tersebut yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Sofea Aisya yang juga penulis novel Adam & Hawa - sebelum juga turut dijadikan drama bersiri dan sudah disiarkan di TV3.
Rita profesional - Adi

Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, dalam pada itu mengakui selesa dengan sikap Rita kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis.

"Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya," akui Adi Putra mengenai gandingannya dengan Rita dalam drama bersiri Sehangat Asmara.

Ditebak soalan sama ada drama gandingannya bersama Rita itu dapat memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa, ujar Adi, dia yakin dengan kejayaan Sehangat Asmara. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.

"Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal," jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu.

Mengulas mengenai peranannya sebagai pelajar bersama Rita dalam drama tersebut, ungkap Adi, ia tidak menjadi masalah buat mereka.

"Usia tidak tertakluk kepada watak yang kita bawa. Asalkan ia boleh meyakinkan penonton. Jika beri watak itu kepada orang muda, kalau dia tidak dapat warnakan watak itu pun tiada guna. Disebabkan itu Rita dipilih sebab dia berpengalaman.

"Cara dia menggalas beg dengan postur tubuh yang pandai dimainkannya sudah berjaya menampakkan keremajaan dia," ulasnya yang turut memberitahu, tidak akan mengubah bentuk tubuhnya untuk membawa watak sebagai pelajar.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SulurBidar 17-1-2013 02:50 AM
bro.. jarang ko ambik kisah bab retis metis ni..

p/s: 20 tahun akan datang.. anak pompuan Rita jadik pelakon dan kalau aku ditawarkan berlakon jadik suami anak Rita dlm satu filem , adegan persetubuhan dan celop mencelop faraj akan dilakukan demi etika profesional..  aku nak tengok Rita meroyan ke tidak..
Quote lasagnaklcc 17-1-2013 03:14 AM
Kalau dah tau kita buat salah...tak perlu la kot buat statement2 mcm ni...

Sbb tula saya taknak kawen dgn retis...jealous tgk org lain peluk2 hasben kita...
Mcm takde rezeki halal yg lain... (mcm la ada retis yg nak pon )
Quote faraway1 17-1-2013 03:21 AM
sampah...........
Quote tongkatwaran75 17-1-2013 08:01 AM
faraway1 posted on 17-1-2013 03:21 AM
sampah...........

yg ko kata sampah, yg ramai tergila-gila org tgk...

Quote sayawifenikmie 17-1-2013 08:08 AM

.. kalau tidak berlakon pun ...ramaiiii yang berpelok pelok akan ... kucup mengucup bukan setakat di dahi malah di bibir serta bahagian2 badan yang lain ..... so .. tak perlulah nak kutuk  dua orang ni ....

apapun ... haram tetap haram .... tiada apa yang menghalalkan yang haram melainkan ..........

ps: cantiknya rita dan hensemnya adi dalam gambar ni ....
Quote harimau76 17-1-2013 08:14 AM
Rita ni mmg cantik sgt
Quote haryatie 17-1-2013 08:17 AM
sayawifenikmie posted on 17-1-2013 08:08 AM
.. kalau tidak berlakon pun ...ramaiiii yang berpelok pelok akan ... kucup mengucup bukan setakat  ...

yup..kat luar ni..ramai jerk ank2 melayu berpeluk sakan, bercium sakan kat public...
x de kene tegur pun, kena mrah ke , kena kutuk ke..
iya lah org nak tegur pun nnti x psal2 kena mrah lak..
so wat bodoh jerk laaa..

* tp rita menten cntik & sweet..like.........



Last edited by haryatie on 17-1-2013 08:19 AM

Quote shamsadis 17-1-2013 08:21 AM
kami pro mencelup itu perkara biasa
Quote rohzuan99 17-1-2013 08:27 AM
Dunia akhir zaman . Semuanya bolih atas nama professionalism . Yang berlakon berdosa dan yang menuntun pun sama . Rosakkah drama kalau tiada adengan cium dan berpelukkan ? Daghlah tu buat kenyataan tak ingat dunia .  Harap benar ada guideline drp Kementerian
Quote mute 17-1-2013 08:31 AM
ustaz fathul bari x nak komen ke agaknyer??? xrosak akidah ngn akhlak ke camni ek??
Quote Bell 17-1-2013 08:37 AM
Dpt peluk, cium, gomol bini org - saper yg tak mo...
Quote xpdckelate 17-1-2013 08:39 AM
benda haram duk klaim professional...baguslah tegakkan benang yg basah tu,kejap lagi ramai la duk klaim peluk2 cium2 tu sekadar suka2,pegang tangan bukan muhrim xpe sebak x menimbulkan napsu syahwat gilo babeng dasar natam bewok lidah bercabang
Quote xpdckelate 17-1-2013 08:41 AM
mute posted on 17-1-2013 08:31 AM
ustaz fathul bari x nak komen ke agaknyer??? xrosak akidah ngn akhlak ke camni ek??

ustaz fathul bari tu sekadar anak ikan jer,mupti2 nga ulama2 duk diam senyap sepi ketegaq tengok saje jah ko???
semua dh kena bahana ombak windu,ha2....
Quote din_pc 17-1-2013 08:42 AM
untung la...ni la budaya yang dibawa oleh kerajaan BN yang kononnya ISLAM tapi haprak.mane ulamak2 yang nk jawab soal ni?
Quote xpdckelate 17-1-2013 08:42 AM
Bell posted on 17-1-2013 08:37 AM
Dpt peluk, cium, gomol bini org - saper yg tak mo...

suka ko yer,hu2...
Quote novlin 17-1-2013 08:46 AM
SulurBidar posted on 17-1-2013 02:50 AM
bro.. jarang ko ambik kisah bab retis metis ni..

p/s: 20 tahun akan datang.. anak pompuan Rita ja ...

habang sulur... buat  masa skrg Rita ada anak lelaki je... kalo jodh dgn edel pjg dpt lah dia baby lagi lps ni...
Quote craduza 17-1-2013 08:48 AM
haryatie posted on 17-1-2013 08:17 AM
yup..kat luar ni..ramai jerk ank2 melayu berpeluk sakan, bercium sakan kat public...
x de kene te ...

seriously....aku mmg akan tegur kalo aku nampak... mmg slalu pun tegur.. dan x pernah pulak aku kena marah... ;) hihihhi... berani kerana benar...nak tegur, tegur dgn berhemah dan ikhlas..... ;) ada mukaddimah, isi, dan penutup... ;) in sya Allah, mereka akan lebih tenang mendengar teguran kita...
Quote AHMADVW 17-1-2013 08:49 AM
sobab tu aku xponah pocayo ngan artis lagi2 yg dh jd jando
Quote mute 17-1-2013 08:50 AM
xpdckelate posted on 17-1-2013 08:41 AM
ustaz fathul bari tu sekadar anak ikan jer,mupti2 nga ulama2 duk diam senyap sepi ketegaq tengok s ...

xdapat green light, xleh kupas isu ni nanti periuk x berasap....40ulamak mude umngok pon diam...retis punyer pasal....

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.163400 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top