CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Maksiat Dalam Banglo Berhantu!

26-3-2014 12:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11655| Komen: 30

Description: Keadaan Dalam Banglo Yang Dipercayai Menjadi Tempat Remaja Melakukan Perbuatan Sumbang Dan Menghidu Gam.

Keadaan dalam banglo yang dipercayai menjadi tempat remaja melakukan perbuatan sumbang dan menghidu gam.

BUKIT BERUNTUNG - Lokasi tersorok dan jauh daripada pandangan awam menjadikan sebuah banglo dua tingkat  berdekatan sebuah kelab golf di sini sasaran golongan remaja melakukan maksiat.

Kegiatan remaja lelaki dan perempuan berusia lingkungan 12 hingga 17 tahun seringkali dihidu penduduk di kawasan sekitarnya.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai nenek, 69, berkata, kumpulan remaja terbabit sering memasuki kawasan  hujung minggu di antara jam 5 hingga 7 petang.
“Selalunya nenek tengok budak naik motor beramai-ramai ke belakang nak hidu gam.

“Nenek dengar budak itu buat perkara tak senonoh lelaki dan perempuan. Lebih sedih perempuan dijadikan habuan bila ada perlumbaan motosikal,” katanya.

Manakala seorang lagi penduduk yang bekerja di kelab golf berkenaan dikenali sebagai Selvadewi, 40, berkata, dia dan suaminya pernah terserempak sekumpulan remaja bermotosikal kemalangan berdekatan banglo tersebut.

“Pakcik (suami) bersama pemain golf pernah tolong seorang budak perempuan yang cedera sebab jatuh bersama motosikal dalam longkang.

“Pakcik tanya budak tu, kamu perempuan buat apa dalam hutan ni dengan ramai budak lelaki, tapi lepas diselamatkan budak tu terus lari,” katanya.

Menurutnya, ini bukan pertama kali dia terserempak remaja bermotor masuk ke kawasan banglo itu kerana hampir setiap hujung minggu dan cuti sekolah pasti ada kumpulan bermotor masuk ke kawasan tersebut.

5

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PerKasa 25-3-2014 06:13 PM
pada satu ketika dahulu (once upon a time)

ada dua tiga budak hisap dadah tengah hayal

datanglah pontianak mengilai bagai nak raqk semasa dia tengah tidur

betul2 di sebelah dia

oleh kerana terganggu dia terus marah dan maki hamum pontianak tu

serta kejar ponti tu

apa lagi ponti tu terus lari bertaburan selamatkan diri

lepas peristiwa tu no more ponti dikawasan tu.
Quote amiraira 25-3-2014 06:28 PM
PerKasa posted on 25-3-2014 06:13 PM
pada satu ketika dahulu (once upon a time)

ada dua tiga budak hisap dadah tengah hayal



patut la dh x de ponti kt situ...
caya la
Quote cubby_qt 25-3-2014 06:37 PM
Pelik.. jika dah selalu terserempak.. awst x tangkap or report polis.. nak glamer masuk paper jer...
Quote ringcat 25-3-2014 06:46 PM
kalau budak laki pompuan nak beromen bersetuuh buat maksiat
segala hantu pontianak tidak akan ganggu

hantu ganggu kalau nak pergi surau masjid tengah malam je...
Quote ice_sky92 25-3-2014 07:02 PM
Ak tergelak baca perenggan ketiga itu.
Quote GhostWalking 25-3-2014 08:53 PM
Misteri btol nama nenek tu 'nenek'
:lol
Quote berancuk 25-3-2014 10:18 PM
GhostWalking posted on 25-3-2014 08:53 PM
Misteri btol nama nenek tu 'nenek'
:lol

dia mahu dikenali sebagai nenek jer tawwww... apa-apa hal panggil dia nenek jer, kalau dia betul betul nenek, itu petanda reporter dah pecah amanah nenek tersebut
Quote enchikfitz 26-3-2014 12:43 AM
PerKasa posted on 25-3-2014 06:13 PM
pada satu ketika dahulu (once upon a time)

ada dua tiga budak hisap dadah tengah hayal

Kahkahkah
Quote mziskandar 26-3-2014 12:52 AM
nenek dah diinterview.
selvadevi dah diinterview.
pakcik (suami) dah diinterview.

hantunya mana? title banglo berhantu.
Quote mak_wa95 26-3-2014 12:53 AM
Budak2 tu la hantunya
Quote underground 26-3-2014 01:27 AM
hantu "nakal" tapi masih ingat Tuhan...
Quote damsel_fiji 26-3-2014 01:37 AM
GhostWalking posted on 25-3-2014 08:53 PM
Misteri btol nama nenek tu 'nenek'
:lol

itula pasal..misteri plak nenek tu..nenek kebayan ke
Quote kambeng_masam 26-3-2014 04:03 AM
mereka2 tulah yang hantu sebenarnya!
Quote GhostWalking 26-3-2014 08:28 AM
berancuk posted on 25-3-2014 10:18 PM
dia mahu dikenali sebagai nenek jer tawwww... apa-apa hal panggil dia nenek jer, kalau dia betul b ...

Hahahahaha wartawan pemalas nak pikir alias agaknya terus letak 'nenek'
Quote wanlya 26-3-2014 08:30 AM
hantu betul budak2 tu.......
Quote gaara_X 26-3-2014 08:51 AM
port baik.....nak cakap apo...
Quote prettyuglybabe 26-3-2014 08:59 AM
kalu dah nampak dan tau ada aktiviti tak bermoral tu, tepon la polis. tepon reporter wat apa. macam la budak-budak tu takut dengan reporter (kalu kisah ni betul la)..
Quote gula_tebu 26-3-2014 09:56 AM
kalau aku jadi nenek tu, aku pakai telekong, jalan bongkok-bongkok bawa tongkok g skodeng bebudak tu..
Quote GhostWalking 26-3-2014 11:32 AM
damsel_fiji posted on 26-3-2014 01:37 AM
itula pasal..misteri plak nenek tu..nenek kebayan ke

Kalau aku jd nenek tu aku g sergah je

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.059742 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top