CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Lebih Banyak Aset Ketenteraan Di Lokasi Pencarian MH370,

1-4-2014 11:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2508| Komen: 0

Description: Ketika Sidang Media Itu Juga Hishammuddin Memberi Jaminan Putrajaya Tidak Menyembunyikan Sebarang Maklumat Berkenaan Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat Mh 370.



Lebih banyak aset ketenteraan di lokasi pencarian MH370, kata Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan meneliti kemungkinan untuk menggunakan lebih banyak aset ketenteraan di lokasi kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menteri Pertahanan itu berkata, cadangan itu akan dikemukakan beliau dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Asean yang dilakukan di Pangkalan Pertahanan Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii bermula 1 hingga 3 April depan.

"ertemuan itu akan dipengerusikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.

"Saya akan menggunakan peluang itu untuk membincangkan kemungkinan meletakkan lebih banyak aset ketenteraan, sekiranya kami perlu memulakan fasa pencarian yang lebih kompleks," kata Hishammuddin, yang juga pemangku menteri pengangkutan pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putrahari ini.


Melalui pertemuan berkenaan juga, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan Amerika Syarikat dan beberapa negara sekutu berkenaan cara terbaik untuk memperolehi aset tersebut.

"Saya akan berbincang dengan Amerika Syarikat, dan rakan-rakan lain kami termasik rakan sekutu, bagaimana cara terbaik kami boleh memperoleh aset diperlukan untuk laut dalam operasi mencari di laut dalam," katanya.

Ketika sidang media itu juga Hishammuddin memberi jaminan Putrajaya tidak menyembunyikan sebarang maklumat berkenaan misi mencari dan menyelamat pesawat MH 370.

"Kami tidak sembunyikian apa-apa... kami hanya melakukan mengikut prosedur," katanya.


Sementara itu, Hishammuddin berkata, misi carian hari ini meliputi kawasan seluas 254,000 kilometer persegi dengan sembilan pesawat tentera dan sebuah pesawat awam daripada Korea Selatan, Jepun, New Zealand, Amerika Syarikat, Malaysia dan China, serta Australia.

Manakala lapan kapal laut mengikuti misi carian hari ini dengan lapan kapal laut China dan tiga kapal laut Australia.

"Banyak objek yang ditemui di kawasan pencarian tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH 370," kata Hishammuddin lagi. 

7

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
11

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046414 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top