CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saban Tahun Bergaduh Berebut Borang Bazar Ramadan

7-4-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6174| Komen: 18

Description: Sementara Itu, Timbalan Pengarah Pelesenan Mbpj, Sharinaz Samsudin Berkata, Kejadian Sedemikian Berlaku Hampir Pada Setiap Tahun Memandangkan Terdapat Segelintir Peniaga Bimbang Borang Yang Disediakan ...
PETALING JAYA - Tindakan luar kawal segelintir peniaga yang bertengkar sesama sendiri menyebabkan suasana pada hari penjualan borang bazar Ramadan tahun ini yang dijalankan di Stadium Kelana Jaya kelmarin bertukar kecoh sehingga memerlukan pengawasan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
       
Insiden kekecohan dikatakan bermula selepas ada pihak yang didapati memotong barisan sebelum kaunter penjualan borang bagi tapak Kelana Jaya dibuka pada jam 9 pagi.
       
Menurut salah seorang peniaga, Ezani Hata, 32, dia telah menunggu di stadium berkenaan sejak jam 6.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan berlaku.
       
“Masa saya sampai dah ada 100 peniaga beratur tunggu giliran sementara kaunter dibuka jam 9 pagi," katanya.
       
Katanya, pada awalnya semua berjalan lancar sehinggalah jam menunjukkan 8.45 pagi apabila semakin ramai peniaga datang memenuhi stadium.
       
"Tiba-tiba ada yang ambil kesempatan nak potong barisan. Datang lewat tapi tak nak tunggu lama. Jadi peniaga yang dah datang dari awal pagi naik berang," katanya.
      

Gambar hiasan


Dalam pada itu, seorang peniaga lain, Halimaton Sa’adiah, 42, berkata, sistem yang diguna pakai MBPJ ketika menjual borang turut menimbulkan kemarahan sebilangan peniaga kerana dianggap tidak adil.
       
"Ada peniaga yang datang lambat tapi dibenarkan ambil borang. Kemudian peniaga lain pula datang serbu kaunter tersebut. Lama-lama kaunter terpaksa ditutup sebab ramai sangat orang berebut," katanya.
       
Tambah Halimaton, pihaknya mencadangkan agar MBPJ dapat menggunakan sistem penggiliran secara bernombor pada tahun akan datang bagi mengelakkan masalah sama berulang.
       
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelesenan MBPJ, Sharinaz Samsudin berkata, kejadian sedemikian berlaku hampir pada setiap tahun memandangkan terdapat segelintir peniaga bimbang borang yang disediakan tidak mencukupi dan mula berebut sesama sendiri.
       
Sharinaz berkata, bagi tapak Kelana Jaya, pihaknya telah menyediakan sebanyak 250 borang permohonan dan jumlah berkenaan adalah mencukupi untuk semua peniaga yang hadir ke kaunter tersebut.
       
“Saya sudah berkali-kali memaklumkan kepada mereka bahawa borang yang disediakan adalah mencukupi namun masih ada segelintir peniaga yang berdegil dan tidak mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.
       
Menurut Sharinaz, disebabkan masalah berkenaan, kaunter tersebut tergendala selama 30 minit.
       
Tambahnya, anggota polis dan penguatkuasa daripada MBPJ serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa dikerahkan ke kaunter berkenaan bagi mengawal situasi yang berlaku.
       
“MBPJ menggunakan konsep ‘first come, first served’ dan ada pihak yang tidak mengikut prosedur serta cuba memotong barisan individu yang datang lebih awal.
       
“Perkara ini menyebabkan berlakunya pertengkaran,” katanya.
       
Jelasnya, keadaan berjaya dikawal oleh pihak penguatkuasa dan hanya kaunter berkenaan yang mengalami kelewatan operasi disebabkan oleh permasalahan tersebut.
3

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kgdangar 6-4-2014 01:16 AM
dh dapat lesen tuh jgn dijual kpd org laen pulak yer....

dh banyak sangat kes2 mcm tuh.....
Quote LavaConcubine 6-4-2014 01:19 AM
keturunan lava jer yang berperangai cam nie
Quote roy3 6-4-2014 01:24 AM
Knp x buat online sj eh..x bole ke?peniaga pn x sakit hati beratur n x bergaduh..those yg da meniaga last year.this year kasi peniaga lain plak.bole je kn.beli tiket bola pn da online skang
Quote lavagold 6-4-2014 01:27 AM
roy3 posted on 6-4-2014 01:24 AM
Knp x buat online sj eh..x bole ke?peniaga pn x sakit hati beratur n x bergaduh..those yg da meniaga ...

Banyak peniaga jalanan buta IT..

Quote LavaConcubine 6-4-2014 01:29 AM
macam la dia tau sesangat pasal IT
Quote lavagold 6-4-2014 01:39 AM
Pasal wa smart IT la wa tau lu sapa..

Bukan cam lu...bongok nak mampos..

Quote LavaConcubine 6-4-2014 01:42 AM
uiks.... mengumpat diri sendiri yang diri tu bongok nak mampos!!!!

Quote Dewa19XKangen 6-4-2014 04:05 AM
berebut macam ikan kolam lapaq kedarah makan dedak taboq..
Quote alinone78 6-4-2014 06:37 AM
Ngeri aku tgk MN puny reply

Btw perangai mcm budak2 sekolah beli  mnn kt kantin jah
Quote TuntungReturn 6-4-2014 06:44 AM

gune nombor la senang..amik number,,masuk dalam kotak,,pas tu cabut undi...takde sape pun nk pertikaikan...yg tak dapat selalu bising,tak telus,tak ikot prosedur,kabel kuat .bla,bla,bla..
Quote Al-Patih 6-4-2014 07:09 AM
maso nak buwek duit ....
Quote aechae 6-4-2014 07:42 AM
spesis apa la yg suka sgt potong q tu.org lain awal2 subuh dh menunggu..alih2 dia dtg mcm vip plak ye..org mcm ni nk meniaga? org gini la kot suspek yg jual tapak nnt...
Quote roy3 6-4-2014 08:35 AM
lavagold posted on 6-4-2014 01:27 AM
Banyak peniaga jalanan buta IT..

X pn buka 2 kaedah la.online bole traditional pn bukak juga..xde la crowded sgt
Quote blackred99 6-4-2014 08:55 AM
tah2 runner jah, tak pun japgi alibaba kat orang lain.
Quote jengkoil 6-4-2014 10:11 AM
Al-Patih posted on 6-4-2014 07:09 AM
maso nak buwek duit ....

Untung buwek duit...rugi xdapat terawikh kat mesjid...


Ok..ok...mode bersangka baik..terawikh kat rumah adja...
Quote brownstone 6-4-2014 10:30 AM
maknanya ramadan nak menjelang lah ni..

pastinya musim harga kelapa dan ayam naik akan muncul x lama lagi...
Quote ninja boy 6-4-2014 10:35 AM
sekejap ja nak bulan 6, apsal begitu pantas masa berlalu
Quote kucen_miang 6-4-2014 10:43 AM
LavaConcubine posted on 6-4-2014 01:42 AM
uiks.... mengumpat diri sendiri yang diri tu bongok nak mampos!!!!

omg dah beremut-remut abatar ni dlm cari. geli siot.


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.259260 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top