CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mandi Bogel Di Penjara, Memalukan

11-4-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32268| Komen: 102

Description: Sebelum Itu, Marzuk Dalam Soalan Tambahannya Memaklumkan Kepada Dewan Bahawa Beliau Mendapat Aduan Daripada Seorang Banduan Yang Ditempatkan Di Blok Kuarantin Diarahkan Berbogel Di Hadapan Lebih 100 B ...

Gambar hiasan



KUALA LUMPUR:
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju dengan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu banduan mandi berbogel di penjara satu perkara memalukan negara.

Berjanji untuk mengambil perhatian dengan aduan tersebut, Junaidi berkata beliau akan menghubungi pihak penjara, khususnya Penjara Pengkalan Chepa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut beliau, aduan yang mengatakan banduan diarahkan untuk mandi bogel bersama lebih 100 banduan lain itu akan disiasat, selain menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya ambil perhatian berkenaan aduan tersebut dan akan menghubungi rakan saya iaitu pihak penjara untuk penjelasan lanjut. Saya juga setuju perkara tersebut merupakan satu perkara yang memalukan negara," kata beliau ketika menjawab soalan Marzuk, di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Marzuk dalam soalan tambahannya memaklumkan kepada dewan bahawa beliau mendapat aduan daripada seorang banduan yang ditempatkan di blok kuarantin diarahkan berbogel di hadapan lebih 100 banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa.

Selain menyatakan peranan penjara sebagai satu pusat untuk memulihkan banduan, Marzuk dalam masa sama mempersoalkan kemudahan solat kepada banduan, selain keperluan Suhakam untuk mengadakan lawatan ke penjara tanpa notis.

Menjawab soalan tersebut, Junaidi berkata kementerian sudah mengambil kira keperluan tersebut, bagaimanapun menetapkan keperluan memberi notis terse ut.

Katanya, notis itu diperlukan bagi memastikan pegawai atasan berada di pusat penjara ketika lawatan dari Suhakam bagi membolehkan dan memudahkan maklumat disalurkan kepada pihak berkenaan.

"Kalau tiada notis, kita bimbang waktu ada lawatan daripada Suhakam, pegawai tiada untuk memberikan maklumat yang sepatutnya," kata beliau.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 10-4-2014 11:54 PM
ko tgok bana aku...bana kau kulihat...bana kita saling berpandangan......mudah kan..malu ape nye...tak anuar la camni
Quote prettymanja 10-4-2014 11:56 PM
xde pic ke TT oii.. hehe
Quote R2D2 10-4-2014 11:59 PM
mana boleh semua berita ada pic
Quote hanakikan 11-4-2014 12:00 AM
Gangbang
Quote Kassim_Patalon 11-4-2014 12:01 AM
gambar bogel mana gambar bogel?
Quote Kassim_Patalon 11-4-2014 12:01 AM
kalau sabun jatuh jangan kutip
Quote amiraira 11-4-2014 12:03 AM
Janji tinggal janji
Biasa la tu
Quote popjack 11-4-2014 12:04 AM
mane ade gambo TT tenguk kek TB ja....dengaq depa bebel ja
Quote pembawabeca 11-4-2014 12:06 AM
Ceh.. banduan penjara..
Abeh nak kasi ape? Jakuzi?
Quote munchkin 11-4-2014 12:07 AM
hmmm...kat negara lain cam mana. mandi tutup ka? kasi kain pelikat tak leh ke?
Quote MissNigga 11-4-2014 12:10 AM
Kalo ada banduan yg jambu tu... siap lerrrr... hihii
Quote dani-rox 11-4-2014 12:30 AM

Quote ice_sky92 11-4-2014 12:38 AM
Bedah mana bedah? Hehe. Sori la kak BedahCun. Rasa bersalah pd Kak bedah. Sori.
Quote ice_sky92 11-4-2014 12:39 AM
Baru tahu kt Malaysia banduan mandi bogel. Ingatkan kt US je.
Quote clarizsa 11-4-2014 12:40 AM
bukan mmg camtu ke dr dulu?
Quote shamsadis 11-4-2014 12:58 AM
MissNigga posted on 11-4-2014 12:10 AM
Kalo ada banduan yg jambu tu... siap lerrrr... hihii

Amboi, kata pening kunun
Quote shamsadis 11-4-2014 12:59 AM
Nnt banduan tu sorok benda tajam dlm kain pelikat ditikamnya kawan tu x ke naya, sorok pil kuda dlm lipatan kain pelikat...owhhhh kain pelikat
Quote hanakikan 11-4-2014 01:00 AM
Teringat pulak citer starship trooper. Scene bilik mandi. Laki pompan mandi bogel sama2
Quote rheafly 11-4-2014 04:53 AM
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju dengan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu banduan mandi berbogel di penjara satu perkara memalukan negara.

ape benda yang memalukan negara...? kat US, ade yg main ragbi dlm bogel pun ade tau.. smpi benda tu terkontang-kanting lgi n berlaga laga ..... xade pulak dorg declare smpi memalukan negara...

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.198229 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top