Ekoran timbul satu kontroversi yang mengaitkan namanya, Juara Pencetus Ummah musim pertama, Hafiz Mohd Haneefa, 33, atau dikenali sebagai Ustaz Hafiz memberitahu beliau akan membuka akaun Twitternya sendiri dalam masa terdekat ini. "Selama ini saya tidak mempunyai akaun Twitter. Akaun yang wujud dengan nama saya itu semuanya akaun palsu. Saya hanya ada akaun Facebook iaitu UstHafiz -Pencetus Ummah. Malah akaun Facebook atas nama saya pun banyak yang palsu. Tapi selepas timbul kontroversi itu, saya rasa saya perlu buka akaun Twitter dalam masa terdekat ini.
"Malah akaun Facebook atas nama saya pun banyak yang palsu. Apa yang merisaukan saya ialah apabila individu yang menyamar sebagai saya di akaun Facebook palsu itu mengadakan sesi soal jawab. Saya memang akan mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun tersebut", katanya ketika ditemui pada sidang media program Dunia Pencetus Ummah bertempat di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, semalam. Ustaz Hafiz berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai isu yang timbul beberapa bulan lalu, kononnya dia menimbulkan kontroversi apabila dia mengkategorikan rancangan televisyen berteras gosip, Melodi dan MeleTOP sebagai haram. Ajar Anak Mengaji Menerusi Telefon Dalam pada itu ditanya mengenai kehidupannya kini selepas bergelar juara, Ustaz Hafiz berkata, kemenangan tersebut sekaligus memberi perubahan besar dalam hidupnya. Dia kini banyak menerima undangan berdakwah di serata tanah air untuk semua peringkat iaitu daripada golongan biasa, kelas atasan hinggalah ke istana. Namun dalam kesibukannya, Ustaz Hafiz tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarganya terutama dua cahaya matanya iaitu Puteri Humaira (6 tahun) dan Putera Imad (5 tahun). "Isteri saya ada juga bergurau dengan saya katanya, kenapa saya menang... kenapa saya tak dapat nombor empat". Sebab sejak menang ni saya bertambah sibuk. Allamdulillah selain menguruskan rutin harian, saya sering diundang berceramah di merata tempat. "Tapi mujurlah isteri saya seorang yang memahami sebenarnya. Cuma kalau dalam dua tiga hari saya tak berjumpa dengan anak-anak, saya anya akan 3G, bertanya khabar dan ajar mereka baca hadis dan mengaji menerusi telefon", katanya. Perkembangan lain, Ustaz Hafiz akan terlibat dalam menjayakan program 'Dunia Pencetus Ummah' bersama barisan peserta 'Pencetus Ummah' musim pertama. Program tersebut akan mejelajah ke 7 buah negeri mulai 19 April ini. |
5
Bagus |
1
Marah |
12
Terkejut |
4
Sedih |
1
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tomet05 posted on 11-4-2014 10:05 AM
sendunya sampai xde yang nak komen .. kui3 ..
semoga dapat menegakkan kebenaran ye ..
Lula2 posted on 11-4-2014 10:32 AM
beliau juara pencetus ummah astro oasis...ala2 imam muda...
hakak ni layan gossip ja kah...
Ustaz Hafiz berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai isu yang timbul beberapa bulan lalu, kononnya dia menimbulkan kontroversi apabila dia mengkategorikan rancangan televisyen berteras gosip, Melodi dan MeleTOP sebagai haram.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.054780 second(s), 40 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.