Skim Caruman Wanita Selangor dijangka akan mula dilaksanakan mulai tahun hadapan selepas beberapa data dilengkapkan. Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata Kerajaan Negeri ketika ini masih dalam proses penyediaan maklumat dan melengkapkan beberapa data. Katanya, hal itu termasuk penyediaan maklumat berhubung struktur mekanisme pembayaran, jumlah bayaran, peruntukan keseluruhan dan cara operasi perlaksanaan itu. “Kita ingin sediakan satu jaringan sosial kepada keluarga dan satu dana kebajikan bagi membantu mereka khusus kepada kaum wanita tidak bekerja terutama ibu tunggal bagi memastikan nasib golongan berkenaan terbela. “Terdapat empat modul yang akan kita kaji antaranya mereka akan dapat caruman seperti Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan boleh gunakan wang itu ketika usia emas,” katanya yang menjawab soalan daripada Haniza Talha (PKR-Taman Medan) di Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini. Skim caruman itu adalah salah satu perkara yang terkandung dalam Agenda Wanita Pakatan yang dijanjikan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 lalu dan sebagai salah satu usaha untuk mengiktiraf wanita yang tidak mempunyai tempat bergantung.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
18-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.145650 second(s), 28 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.