CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Aku Isterinya Adaptasi Novel

14-4-2014 06:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 127457| Komen: 2510

Description: Drama Aku Isterinya Merupakan Drama Adaptasi Daripada Novel Aku Bukan Mistress. Drama Ini Akan Bersiaran Di Slot Akasia Tv3 Mulai 31 Mac 2014. Kisah Percintaan Ini Pastinya Ditunggu Peminat Novel Dan ...




Drama Aku Isterinya merupakan drama adaptasi daripada Novel Aku Bukan Mistress. Drama ini akan bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 31 Mac 2014. Kisah percintaan ini pastinya ditunggu peminat novel dan juga penonton setia slot Akasia. Drama 28 episode ini akan menggantikan Drama Jika Itu Takdirku.
 
PELAKON DRAMA AKU ISTERINYA
  • Mikail - Izzue Islam
  • Mya Arlissa - Anzalna Nasir
  • Adam - Syazwan Zulkifli
  • Lisa - Shera Ayob
  • Datuk Luthfi - Eizlan Yusof
  • Datin Adiba - Marissa Jasmin
  • Mardiana Alwi

OST AKU ISTERINYA

Sixth Sense - lagu Pelangi

SINOPSIS DRAMA AKU ISTERINYA
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?




Thanks dan congrats pada teamproduksi:


Barisan pelakon bersama en director dan penulis novel

Recaps scene minggu ni:








































Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GorgeousRai 12-4-2014 09:30 PM
Lari lari masuk PentHouse bersama babymika yg keletihan


Last edited by GorgeousRai on 12-4-2014 09:38 PM

Quote ZaraPalarae 12-4-2014 09:40 PM
Check in!!
Quote mrsrezza 12-4-2014 09:40 PM
Amboi laju je umah ditukang..
Quote ZaraPalarae 12-4-2014 09:40 PM
Reserved utk my hunny @jozanfan
Nty i tefek pic baby bebanyak
Quote eyrA622 12-4-2014 09:40 PM
GorgeousRai posted on 12-4-2014 09:30 PM
Lari lari masuk PentHouse bersama babymika yg keletihan

pasal apa mika keletihan sgt tu...
Quote eyrA622 12-4-2014 09:43 PM
bawak masuk penghuni penthouse yg indah



Quote GorgeousRai 12-4-2014 09:43 PM
Jemput masuk yer Miss VP #teambabymika #teamMika kak lang @moller ,

cik pengkritik tetap saudari @mrsrezza ,

miss presexden #teamkelaut kak long @eyRA622

Ulang tayang Mika-Mya

Quote eyrA622 12-4-2014 09:44 PM
jgn lupa geng madus yg havoc

Quote eyrA622 12-4-2014 09:46 PM
ZaraPalarae posted on 12-4-2014 09:40 PM
Reserved utk my hunny @jozanfan
Nty i tefek pic baby bebanyak

khas buat teambabyadam...
walau seribu laharan yg dtg setia berada di dpn blkg kiri  kanan adam


Quote GorgeousRai 12-4-2014 09:47 PM
eyrA622 posted on 12-4-2014 09:40 PM
pasal apa mika keletihan sgt tu...

Pasal ummmm ummmm pasal..........................



Quote eyrA622 12-4-2014 09:49 PM
teamkelaut yg tak pernah2 serik untuk terus terjun walaupun tsunami melanda

Quote cess 12-4-2014 09:50 PM
mrsrezza posted on 12-4-2014 09:40 PM
Amboi laju je umah ditukang..

hahahahha...kak uda bab tukang umh mmg produktif...tp di suh wat keje opis..nganga nk siapkan
Quote eyrA622 12-4-2014 09:50 PM
GorgeousRai posted on 12-4-2014 09:47 PM
Pasal ummmm ummmm pasal..........................

ummmm ummmmm ke ahhhhhhhh ahhhhhhh
Quote GorgeousRai 12-4-2014 09:50 PM
eyrA622 posted on 12-4-2014 09:44 PM
jgn lupa geng madus yg havoc

Hahahahahaha

Tenkiuuuu tenkiuuuuu miss presexden #teamkelaut merangkap advisor #teambabymika


Saya nak request ahli2 #teambabymika #teamMika pleaseeeeee
Quote GorgeousRai 12-4-2014 09:53 PM
eyrA622 posted on 12-4-2014 09:46 PM
khas buat teambabyadam...
walau seribu laharan yg dtg setia berada di dpn blkg kiri  kanan adam : ...

Wakakakakakakaka

Dasar buaya tau babyadam nii... dah lar henyak Mya hari tuu... Ini buktiiiii dia,



Quote moller 12-4-2014 09:54 PM
check in

#Teambabymika masukkkk




mekasih buat umah baru kak uda
Quote moller 12-4-2014 09:56 PM
ni pn angkut sekali







Quote cess 12-4-2014 09:58 PM
eyrA622 posted on 12-4-2014 09:46 PM
khas buat teambabyadam...
walau seribu laharan yg dtg setia berada di dpn blkg kiri  kanan adam : ...

wakakakakak....tersedakkk kak uda minum air...masuk kat hidung dahhh
hahahhaha betapaaaa aa nk tunjuk kemesraaan kannn....saje jee adik2 kite tuu...udah2 aaaaa
Quote GorgeousRai 12-4-2014 09:59 PM
Tak boleh tahan nk gelak terjumpa pulak picca kangkangan babyadam supplied by Major #teamkelaut saudari @brums08 from previous penthouse

u/p: @ZaraPalarae @jozanfan

Lihat semua komen(2510)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.230668 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top