CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Lelaki Berkapan Di Tepi Jalan!

15-4-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6651| Komen: 35

Description: Beliau Berkata, Mayat Itu Dihantar Ke Hospital Bukit Mertajam Untuk Bedah Siasat Dan Polis Meminta Orang Ramai Yang Kehilangan Anggota Keluarga Atau Mempunyai Maklumat Berhubung Kejadian Agar Menghubu ...
BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki yang dibungkus dengan kain cadar putih seperti dikafan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di sini hari ini.

Mayat dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 8 pagi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletak di kawasan itu.

Polis juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.






MAYAT berbungkus dijumpai di tepi jalan Lorong 4, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak,Penang. Sudah 3 kali penemuan mayat di sekitar kawasan ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roblucci 14-4-2014 07:40 PM
jumpa belah malam orang pakat lari
Quote tongkatwaran75 14-4-2014 07:54 PM




MAYAT berbungkus dijumpai di tepi jalan Lorong 4, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak,Penang. Sudah 3 kali penemuan mayat di sekitar kawasan ini.
Quote annehuda 14-4-2014 07:58 PM
pendtg asing kot. masuk takde pasport. kawan2 pun tak pasport. nnt nk gi report polis ke hantar hospital ke beramai2 kene tahan so tgglkan jelah tepi jalan. rakyat malaysia kan baik hati nnt adelah yg uruskan mayat tu karang
Quote noor2 14-4-2014 08:00 PM
awat i nampak biru...innalillah...takziah
Quote najib888 14-4-2014 08:01 PM
Bukan ka hari tu dah ada satu mayat berkapan jumpa tepi jalan? Kalau tak silap kat belah2 bukit minyak gak..
Ka dah jadi trend? Penang darul kapan
Quote munchkin 14-4-2014 08:07 PM
Salam takziah
Quote pakweneelofa 14-4-2014 08:15 PM
kain putih, selendang putih..mari dibawa..pergi sembahyang
Quote selipar_hijau 14-4-2014 08:22 PM
Sekali baca mcm mayat lelaki berkapel di tepi jalan
Quote dauswq 14-4-2014 08:27 PM
pembunuhan bersiri kah? 2 kali dibunuh ngan cara sebegini
Quote MissNigga 14-4-2014 08:32 PM
skerinya...kalo terserempak pada waktu malam, mau demam seminggu
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2014 08:35 PM
kapan bisa                  
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2014 08:37 PM
pulau pinang darul kafan
Quote rospinki 14-4-2014 08:52 PM
Mcm2 hal skrg ni.
Quote pakweneelofa 14-4-2014 08:56 PM
rospinki posted on 14-4-2014 08:52 PM
Mcm2 hal skrg ni.

ye..tu belum lg hal skandal forumer gayah tua ngn hanak hekan dia yg bela burung punai kecik tu.. kihkihkih
Quote lavatv 14-4-2014 08:59 PM
Terserempak sutun hitam mau demam sebulan la pulak..

Quote clarizsa 14-4-2014 09:02 PM
tu dia... depa bungkuih dlm cadar... klu juoa time mlm, mau kecoh penampakan pocong kt bkt myk nih...

abisla satgi depa yg dok lalu kot jln tu nk p keja...

err.. takziah...
Quote card_reader 14-4-2014 09:03 PM
Bukan sebelom dah ada kes camnie...perrgghhhhh ngeri siot
Quote mak_wa95 14-4-2014 09:03 PM
Hati kering betul...sanggup tinggal mayat kawan macam tu je
Quote poyohabis 14-4-2014 09:08 PM
Adakah mereka ni pati yg keje kongsi kong jatuh bangunan yg x der permit yg taukeh duk campak tepi jln coz x nak uruskan urusan penghantaran jenazah pulang ke tanah air...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.263746 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top