CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

'I Am Ziana Zain' RM730,000

15-4-2014 03:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13701| Komen: 53

Description: Bakal Berlangsung Selama Dua Jam, Difahamkan Konsert 'I Am Ziana Zain' Menelan Kos Sekurang-Kurangnya Rm730,000 Termasuk Kos Promosi. Pada Konsert Yang Akan Diketuai Oleh Pengarah Muzik Berpengalaman, ...



Setelah lebih dua dekad mengabdikan diri sebagai anak seni dalam industri muzik tempatan, Ziana Zain (ZZ) tetap utuh di kelas tersendiri.

Buktinya meskipun kini hampir menginjak usia 46 tahun, diva bersuara lantang ini masih terus menjadi penghibur kesayangan ramai peminat tanah air mahupun luar negara seperti di Singapura. Sebagai tanda terima kasih dan adia buat peminat, Ziana Zain bakal tampil dengan konsert meganya yang diberi nama 'I Am Ziana Zain'.

Umpama impian jadi kenyataan, itu luahan ibu anak empat ini selepas beliau di datangi pihak penganjur iaitu sebuah syarikat penjualan kereta yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hiburan, Golden Earth Pictures yang optimis dan mahu bertanggungjawab dalam merealisasikan konsert mega beliau.


.

Dan satu kelainan yang dibawakan oleh diva kesayangan ramai ini, konsert itu nanti akan berlangsung di negeri kelahirannya, di negeri bersejarah Melaka iaitu lokasinya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 27 September 2014.

"Saya bersyukur dan sangat berbesar hati kerana akhirnya impian saya selama ini akan menjadi kenyataan apabila pihak penganjur menyatakan hasrat mereka untuk merealisasikan konsert saya. Saya tak sangka pada usia begini, masih ada pihak yang percaya dengan saya kewibawaan saya. Konsert ini juga sebagai hadiah saya kepada para peminat saya yang tidak jemu-jemu menyokong saya. Ini juga berkat doa mereka yang sentiasa menyuarakan hasratt mahu menyaksikan konsert saya.

"Selama ini peminat sedia dihadapkan dengan banyak konsert lain di Kuala Lumpur. Jadi sebagai memberi kelainan saya memilih Melaka. InsyaAllah ini sebagai permulaan dan sekiranya ada peluang dan rezeki, saya berhasrat membawa konsert saya ini ke negeri lain pula dan mungkin kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur nanti. Semoga konsert di Melaka ini akan membuka jalan lebih luas untuk saya pada masa akan datang", kata Ziana Zain penuh teruja ketika ditemui pada sidang media mengumumkan komsertnya ini bertempat di hotel Royal Chulan Damansara, semalam.

Bakal berlangsung selama dua jam, difahamkan konsert 'I Am Ziana Zain' menelan kos sekurang-kurangnya RM730,000 termasuk kos promosi. Pada konsert yang akan diketuai oleh pengarah muzik berpengalaman, Aubrey Suwito ini, Ziana akan mendendangkan sebanyak 22 lagu hits petikan dari album pertamanya hingga terkini termasuk satu single baru istimewa buat para penonton.

Selain itu, persembahan penyanyi yang cukup popular dengan lagu 'Madah Berhelah' dan 'Puncak Kasih' ini akan diiringi oleh 22 pemuzik okestra. Berkonsepkan dramatik, penonton juga akan dipersembahkan dengan beberapa kejutan sekaligus memberikan hiburan maksimum kepada pembeli-pembeli tiket.


Ziana Zain bersama pihak penganjur (kiri) dan pengarah muzik, Aubrey Suwito dan koreografer Shazlan Mat Amin.

"Saya akan nyanyikan lagu dari album pertama hingga yang terbaru termasuk lagu yang saya tak pernah berkesempatan nak nyanyikan di mana-mana persembahan saya sebelum ini. Saya juga teruja dapat bekerja sama dengan pengarah muzik yang saya sangat kagumi iaitu Aubrey Suwito. Dah lama saya nak bekerjasama dengan beliau. Jadi dari segi susunan muzik saya serahkan pada kepakaran dan kretiviti beliau untuk mencantikkan lagi melodi pada lagu-lagu saya.

"Selain itu pada malam tersebut, ada beberapa kejutan untuk peminat. Saya juga akan mengundang penyanyi jemputan istimewa saya. Siapa? Tunggu pada malam itu nanti. Saya juga akan pastikan pada malam itu, peminat akan dibuai dengan dendangan lagu-lagu saya sekaligus mengembalikan nostalgia mereka yang bersama saya sejak awal pembabitan saya dalam industri hinggalah kini", katanya yang kali terakhir mengadakan konsert ialah pada tahun 2001 iaitu 'ZZ in the Park' yang berlangsung di PWTC..

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 15-4-2014 09:43 AM
one of my pebret singer........
Quote ren0_0 15-4-2014 10:11 AM
okay...marked calendar..aritu teater dah la tak dapat pi

bila eh tiket start jual?
Quote pakweneelofa 15-4-2014 10:14 AM
oh ziana lentik
Quote amyainsamad 15-4-2014 10:14 AM
lawo la ZZ............
Quote harkktuih 15-4-2014 10:40 AM
mampu ker nk nyanyi live 22 lagu?
Quote hensem2012 15-4-2014 10:42 AM
Sudah2 la tue makcik oii...zaman ko dh berlalu..
Quote ais_kosong 15-4-2014 10:43 AM
makin lawo acik ziana nih
Quote supernaturalee 15-4-2014 10:47 AM
ala...ada lg ziana ni
aku igt dh xde nk buat konsert
baru je pg kt ib hr tu

hmmm...tengoklah klu ade bajet lbh sket, blh kot
Quote AbukRokok 15-4-2014 11:00 AM
konsert dah xdiharamkan lagi ke?
maklumlah ZZ diminati pakcik2 dan makcik2 yang berselawat perdana bersama Ahjib Ziana
Quote mattzzx 15-4-2014 11:05 AM
Power lagi ZZ tu........
Quote user2012 15-4-2014 11:20 AM
harkktuih posted on 15-4-2014 10:40 AM
mampu ker nk nyanyi live 22 lagu?

Balik2 lagu sama..bosan! Pesta hadek2 lah gamaknya nanti
Quote Santeira 15-4-2014 11:22 AM
'lagu yg sama sejak 90s. They get old. yg datang tu maybe separuh pondan drag.
Quote RatuDunia94 15-4-2014 11:33 AM
confirmed attendance!!!

Quote pakweneelofa 15-4-2014 11:36 AM
RatuDunia94 posted on 15-4-2014 11:33 AM
confirmed attendance!!!

kalau ziana bertudung..pasti dia ni pun ikut bertudung..so ziana..cepat2 la bertudung
Quote solstice 15-4-2014 11:36 AM
stended ayat cliche
"Hadiah kepada peminat"
Bila mana semua org tau kau nak buat untung
Kalau hadiah buat free atau tiket murah2 cover modal jer


Gud luck ziana
Tak pancit ke nanti?
Quote solstice 15-4-2014 11:38 AM
Selat melaka kan ku renangi



Quote edoraixora 15-4-2014 11:41 AM
RatuDunia94 posted on 15-4-2014 11:33 AM
confirmed attendance!!!

ya ampunn...pingsannn
Quote ToungeSoup 15-4-2014 11:43 AM
27 September? makk aii...lama lagi...
Quote mitnick 15-4-2014 12:27 PM
curlass zz konsert bernilai 730k.. mampoo?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.070712 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top