CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Rizab Kerajaan Negeri 3,000 Juta

15-4-2014 04:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3788| Komen: 3

Description: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ketika Sesi Penggulungaan Titah Sultan Selangor Pada Persidangan Dewan Negeri Selangor (Dns) Memberitahu, Kerajaan Lebih Perihatin Dan Berhati-Hati Bagi Men ...



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor terus menjadikan strategi belanjawaan seimbang dalam bajet negeri bagi memastikan tiada masalah timbul di kemudian hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika sesi penggulungaan titah Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) memberitahu, kerajaan lebih perihatin dan berhati-hati bagi menggelak berlakunya perbelanjaan defisit.

"Kita sentiasa mengamalkan perbelanjaan seimbang agar tidak timbul perbelanjaan defisit.

"Perbelanjaan seimbang adalah di mana perbelanjaan yang kita keluar itu sama atau seimbang dengan hasil yang kita perolehi," ucap beliau.

Beliau turut menjelaskan setiap belanjawan tambahan yang dibentangkan ia diperolehi dari kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri meletakkan displin yang tinggi dalam soal kewangan negeri.

"Kalau sebelum ini saya akan bertanya kepada Jabatan Akaun Negeri setiap akhir tahun dan sekarang saya tanya setiap minggu bagi mengetahu berapa hasil yang diperolehi.

"Ini memastikan bila orang tanya kepada kita dan jawapan kewangan yang kita beri adalah simpanan terbaru (semalam) bukannya jumlah setiap akhir tahun," sambung beliau.

Khalid turut memberitahu kerajaan negeri senantiasa mengenal pasti dan memperbaiki keadaan dan soal pendapatan negeri bagi memastikan Negeri Selangor ini terus mendapat pengikhtirafan.

"Kalau orang tanya simpanan tunai RM3 bilion itu telah menjadikan Selangor itu kaya, saya katakan tidak RM3 bilion bukan nilai kaya bagi sesebuah negeri.

"Kita perlu perbaiki untuk memastikan hasil masuk negeri terus meningkat," kata beliau.

1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 14-4-2014 04:38 PM
Sultan Selangor puji Khalid sebagai MB cekap dan be....


[youtube]eprCwAEHWIg[/youtube]
Quote leni 15-4-2014 09:22 PM
Meningkat la sbb x belanja..keluar duit kemut....x pe rakyat sgor menurun kualiti hidup janji akaun balance negeri meningkat
Quote ibnur 15-4-2014 10:08 PM
memang tak belanja duit....  orang semua naik bas free jer kayt selangor.  kalo buleh air pun nak free 200 gelen.  aku dah berapa banyak tahun, parking pun free jer.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.193181 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top