CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Pkr Bukan Milik Anwar - Azmin

15-4-2014 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4369| Komen: 19

Description: Bagaimanapun Ketika Ditanya Adakah Beliau Tidak Selesa Bekerja Bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin Meminta Media Supaya Tidak Memaksanya Mengeluarkan Kenyataan Tentang ...
PKR bukan milik Anwar - Azmin
Azmin Ali



PERMATANG PAUH 11 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.


Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di sini hari ini.

Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama Pas dan DAP.


“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih perlukan kepimpinan beliau (Anwar)," katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pada masa sama turut mengingatkan ahli supaya memikirkan masa depan parti sebelum mengundi.

“Saya ingin tegaskan, bukanlah sesuatu perkara mudah berada dalam PKR pada hari ini kerana cabarannya terlalu besar," katanya.

Ditanya mengapa tidak membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Presiden selepas 15 tahun membuktikan ‘kesetiaan’ bersama parti, Azmin memberitahu, perkara itu sukar untuk dijelaskan.

“Mengapa anda bertanya soalan sukar tetapi saya akui selesa bekerja bersama Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah beliau tidak selesa bekerja bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin meminta media supaya tidak memaksanya mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau mengakui pernah mengkritik Abdul Khalid demi kepentingan rakyat terutama dalam isu kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sementara itu, Azmin menjelaskan beliau tidak gentar dengan pakatan yang dibentuk oleh Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR kali ini.

“Saya serahkan kepada ahli untuk membuat pilihan tetapi saya tidak percaya terhadap konsep membentuk gabungan menjelang pemilihan parti," katanya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 12-4-2014 06:48 AM
ais krim milik siapa?
Quote pakweneelofa 12-4-2014 12:20 PM
abis tu?? milik sapa??? samsidar?
Quote Al-Patih 12-4-2014 04:26 PM

“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih perlukan kepimpinan beliau (Anwar)," katanya.



Quote Anak_Nogori 12-4-2014 09:36 PM
PKR tidak harus berpusat kepada tokoh tertentu sahaja - Zuraida

BUKIT MERTAJAM 12 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya berpusat pada tokoh tertentu sahaja sebaliknya harus menjadi sebuah parti berteraskan anggota akar umbi, kata Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata, dalam konteks itu beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden, Azmin Ali bahawa parti itu bukan milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketua umum PKR.

"Parti ini sudah berkembang walaupun tidak dinafikan sebab penubuhannya adalah kerana apa yang berlaku terhadap Anwar," kata Zuraida pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zuraida mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam majlis berasingan di Kepala Batas mendakwa kenyataan Azmin itu menggambarkan PKR sebuah parti yang hanya diterajui keluarga Anwar.

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata terlalu banyak sandiwara dalam PKR dan terbaharu ialah keputusan Anwar yang mahu mencabar isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden dalam pemilihan PKR bulan depan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... raida#ixzz2yg9fEqtQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote AHMADVW 12-4-2014 10:37 PM
Quote tobby 12-4-2014 10:45 PM
AHMADVW posted on 12-4-2014 10:37 PM

itulah kelemahan umno, buat maksiat terang2.  lain kali buat senyap2 mcm stopa ali. klu tak kantoi org takkan tau.
Quote Anak_Nogori 13-4-2014 12:25 PM
Mulakan langkah tinggalkan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 12 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu keluar daripada kepompong Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya benar-benar mahu menjenamakan semula parti tersebut.

Sehubungan itu kata Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, langkah pertama yang perlu dibuat oleh Azmin bagi tujuan tersebut ialah dengan meninggalkan Anwar.

Namun katanya, amat mustahil impian Azmin itu akan tercapai kerana matlamat asal penubuhan PKR adalah demi menjayakan cita-cita besar Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

“Selagi beliau berterusan mempertahankan segala pembohongan Anwar, maka beliau tidak layak untuk membuat kenyataan kononnya PKR bukan milik Anwar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Azmin menyatakan parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan keraguan dan sejuta persoalan memandangkan beliau sendiri mengakui selesa bekerja bersama Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, Muhammad Zahid turut mencabar Ahli Parlimen Gombak itu untuk menyatakan secara terbuka siapakah calon Presiden PKR pilihannya apabila wujud pertembungan pencalonan suami isteri antara Anwar dan Wan Azizah.

Katanya, pencalonan yang disifatkan sebagai `pertandingan luar tabii' itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah politik dunia.

“Saya boleh bayangkan pakatan pembangkang akan teruk menghentam UMNO sekiranya jawatan Presiden UMNO dicabar oleh isteri Perdana Menteri sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor," ujarnya.

Menurutnya, kenyataan Azmin untuk menjenamakan semula parti tersebut amat meragukan dan sekadar untuk memancing undi menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rahim#ixzz2yjlQObH2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote kakikuDibibirmu 13-4-2014 12:33 PM
zuraida pun dah pandai naik suara?






Quote chaintea 13-4-2014 11:57 PM
Sapo kata dia punya?
Pi la bertanding...takat bunyi2 tepi dewan x guna der
Quote mirage_46 14-4-2014 12:03 AM
semua sumber dr utusan :lol

kitab suci tuuuuu
Quote bangcak 14-4-2014 12:22 AM
PKR bukan milik anwart
tapi
milik rakyat.

jom pakat2 sokong PKR utk keluarkan anwart
makin ramai sokong PKR, makin kuat suara rakyat utk tolak anwart
Quote munchkin 14-4-2014 12:49 AM
kakikuDibibirmu posted on 13-4-2014 12:33 PM
zuraida pun dah pandai naik suara?

Selalu ada gambar sorang lagi tu...asik ulang ulang tepek gambar sorang lagi tu. seolah semua yang parti ni tak tido. Ada juga yang tido ye
Quote munchkin 14-4-2014 12:50 AM
Ye kew? Tak percayew sayew
Quote otai_g 14-4-2014 01:30 AM
AHMADVW posted on 12-4-2014 10:37 PM

mm gampang mamat hamjadah ni..

sekali 2 org dia sebat
Quote Anak_Nogori 14-4-2014 01:53 AM
Azmin: PKR bukan parti kaum Melayu
13 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PRK, Azmin Ali menolak kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution bahawa PKR didominasi kaum Melayu semenjak awal penubuhannya.
   
Beliau berkata, prinsip PKR adalah memastikan perjuangan untuk membawa budaya politik baharu dapat disuburkan di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.
   
"Keadilan tidak pernah menjadi parti berasaskan orang Melayu...parti ini mempunyai tanggungjawab besar, untuk pastikan satu budaya politik baharu dapat dibawa ke dalam sistem politik di Malaysia, iaitu politik yang tidak berasaskan agama dan kaum.
   
"Memang benar peringkat awal tak mudah nak kenalkan budaya parti pelbagai kaum. Tetapi setelah hampir 15 tahun, kita (PKR) buktikan bahawa generasi baharu negara kita mampu menerima hakikat politik perkauman harus ditolak, dan politik pelbagai kaum harus disuburkan," katanya dalam sidang media sempena hari pencalonan PKR Selangor yang melibatkan 22 cabang hari ini.
   
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Saifuddin, dalam satu wawancara yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris semalam, bahawa PKR masih didominasi kaum Melayu dan kaum bukan Melayu dalam parti itu harus menerima hakikat tersebut.
   
"PKR masih sebuah parti berasaskan Melayu. Ini adalah hakikat. Saya fikir orang bukan Melayu dalam parti perlu menerima hakikat ini," kata Saifuddin.
   
Sementara itu, Mohamed Azmin yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti kali ini, berkata masa depan parti tidak harus ditentukan dengan strategi berkumpulan atau formasi.
   
"Seperti saya katakan sebelum ini bahawa kebimbangan saya adalah bahawa formasi atau berkumpulan adalah tidak sihat untuk masa depan parti. Saya tegaskan semalam bahawa akhirnya yang akan tentukan masa depan parti ialah anggota, bukan kumpulan, bukan kartel, bukan pasukan," katanya.
   
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan terbuka Saifuddin bahawa beliau sudah membuat pakatan dengan dua calon naib presiden iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli untuk menghadapi pemilihan kali ini.
   
Untuk mempertahankan jawatan nombor dua parti itu, selain Saifuddin, Mohamed Azmin akan berhadapan dengan dua lagi pemimpin parti iaitu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan muka baharu Datuk L. Ramachandran.
   
Bagi jawatan presiden, penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berhadapan dengan ketua umum parti, yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
   
Bagi empat tempat naib presiden, dua penyandangnya iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua, akan berhadapan pertandingan 15 penjuru, dan terdapat 76 calon akan berebut untuk mendapat tempat dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP). - Bernama


P/s:- Masa dalam wawancara tv3 dgn Zul Kulim baru2 ni berkaitan soalan moderator semasa pemilihan PKR nanti..Zul Kulim ada menyebut bahawa Azmin bukan org penting yg akan diangkat oleh Anwar utk menjadi pemimpin tertinggi PKR, tapi hanya dipergunakan oleh Anwar utk menjadi budak suruhannya sahaja...dan beliau akan keseorangan didalam pemilihan PKR kali ini...so..nampak dah...sudahlah Nurul membuat teamnya...Azmin plak kata PKR bukan milik Anwar dan sekarang dia berlaga angin pula dgn setiasuahanya sendiri...so..tinggalah kuda yg gambar dia tidor kat atas tu yg akan backing dia kali ini...silap2 kuda tu pun akan berkubur juga bersama memazmin kali ini...sama2 kita tengok..
Quote Anak_Nogori 14-4-2014 06:55 AM
wow...PKR ada kartel rupanya..berapa tan dadah mereka2 tu bawa..

Azmin didakwa suburkan budaya kartel

KUALA LUMPUR 13 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didakwa sebagai antara pemimpin yang bertanggungjawab menyuburkan budaya kartel dalam parti itu.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata, kartel Azmin memainkan peranan penting bagi memancing undi pada pemilihan PKR yang pertama di Terengganu pada 2001.

Menurut beliau, Azmin yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden PKR pada waktu itu mendapat tentangan sengit daripada kumpulan yang menyokong Dr. Muhammad Nur Manuty.

“Kartel Azmin melakukan pelbagai cara untuk meraih undi termasuk sanggup menampung kos penginapan para penyokong di hotel.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan Azmin agar tidak berselindung di sebalik telunjuk sendiri apabila mengkritik kegiatan kartel dalam PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ruslan mengulas kenyataan Azmin dalam laman blognya di http://azminali.com semalam yang menegaskan masa depan PKR ditentukan oleh ahli dan bukannya oleh kartel.

Beliau menambah, Azmin membuat kenyataan itu sekadar untuk 'menyedapkan telinga’ahli-ahli PKR apabila menyedari kedudukannya di dalam parti semakin goyah.

“Kini, Azmin terpaksa berdepan dengan lebih banyak kartel khususnya puak-puak yang menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Tian Chua," ujarnya.

Sementara itu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar memberitahu, kenyataan Azmin itu sendiri membuktikan budaya kartel memang wujud di dalam PKR.

“Azmin kini sedar dirinya dalam keadaan tersepit akibat diasak oleh puak-puak yang menyokong Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Abdul Khalid," jelasnya.

Beliau berpandangan, menyedari situasi itu, Azmin terpaksa melakukan sesuatu bagi meraih simpati ahli-ahli PKR sekali gus mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi gerakan yang ingin menyingkirkannya daripada pucuk pimpinan parti.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... artel#ixzz2yoGsv4gz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote duniaku85 14-4-2014 11:58 AM
anwar is founder ok..opkos la PKR tu milik dia..yg lain smua menumpang je
Quote Anak_Nogori 14-4-2014 12:36 PM
duniaku85 posted on 14-4-2014 11:58 AM
anwar is founder ok..opkos la PKR tu milik dia..yg lain smua menumpang je

Aaaa baguslah tu..perjuangan parti PKR berteraskan Anwar..dan parti PKR tu bukan milik ahli2 PKR..ahli2 PKR tu semua..kuli dia je..

terima kasih krn mengesahkannya...
Quote duniaku85 14-4-2014 12:46 PM
Anak_Nogori posted on 14-4-2014 12:36 PM
Aaaa baguslah tu..perjuangan parti PKR berteraskan Anwar..dan parti PKR tu bukan milik ahli2 PKR.. ...

wahahaha..motipp plis?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.063084 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top