CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Facebook Since 2006

16-4-2014 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4760| Komen: 13

Description: Facebook Ialah Sebuah Tapak Web Rangkaian Sosial Yang Dikendali Dan Dimiliki Secara Persendirian Oleh Facebook, Inc.Sejak 2006, Sesiapa Yang Berumur 13 Tahun Ke Atas Dan Memiliki Alamat E-Mel Yang Sah ...
Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.

Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.

Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.

Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".

Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China, Vietnam, dan Iran. Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.

Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek. Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.



Mark Zuckerberg mencipta Facemash pada 28 Oktober 2003, sebagai pelajar tahun dua di Universiti Harvard. Pada malam itu, Zuckerberg memblogkan cubaan melupakan bekas teman wanita yang baru meninggalkannya:
I'm a little intoxicated, not gonna lie. So what if it's not even 10 p.m. and it's a Tuesday night? What? The Kirkland [dorm] facebook is open on my desktop and some of these people have pretty horrendous facebook pics. I almost want to put some of these faces next to pictures of farm animals and have people vote on which is more attractive.
(Aku rasa mabuk sedikit, tak nak bohong. Buat apa kalau belum pukul 10 pada malam Selasa? Apa? Facebook asrama Kirkland dibuka dalam desktop aku, ada mereka yang buruk sangat gambar facebooknya. Aku rasa nak letakkan beberapa muka-muka mereka dekat dengan gambar haiwan ladang dan jemput orang ramai untuk mengundi gambar mana paling menarik.)
—9:48 malam
Yea, it's on. I'm not exactly sure how the farm animals are going to fit into this whole thing (you can't really ever be sure with farm animals...), but I like the idea of comparing two people together.
(Ya, dah naik. Entahlah bagaimana untuk memasukkan haiwan-haiwan ladang ini ke dalam semua ini, tapi baguslah idea membanding-bandingkan dua orang.)

—11:09 malam
Let the hacking begin.
(Penggodaman bermula.)

—12:58 tengah malam

Menurut akhbar The Harvard Crimson, Facemash "menggunakan gambar-gambar foto yang dihimpunkan dari facebook atas talian dari sembilan Rumah, meletakkan dua gambar bersebelahan sekali lalu meminta para pengguna untuk memilih orang mana yang 'lebih hangat'". Untuk melakukan demikian, Zuckerberg menggodam kawasan terlindung dalam rangkaian komputer Harvard lalu menyalin gambar-gambar ID asrama yang sulit dari setiap rumah.


Ketika itu, Harvard tiada buku panduan pelajar yang diisi gambar dan maklumat asas, dan Facemash berjaya menjana 450 pelawat dan 22,000 tontonan foto sepanjang empat jam terawalnya dalam talian.


Ciri-ciri Facemash yang mencerminkan komuniti fizikal orang ramai, dengan identiti sebenar sekali, merupakan aspek-aspek terpenting untuk Facebook.


Tapak web berkenaan dikirimkan ke beberapa pelayan senarai kumpulan kampus, tetapi beberapa hari kemudian, ia ditutup oleh pihak pentadbiran Harvard. Zuckerberg didakwa mencabuli keselamatan, hak cipta, dan privasi individu oleh pihak pentadbiran, sehingga menghadapi hukuman buang sekolah, tetapi akhirnya tuduhan-tuduhan tersebut digugurkan.
Kemudian, Zuckerberg memperluaskan projek asal ini dengan mencipta alat pembelajaran sosial sebagai persediaan peperiksaan akhir sejarah kesenian dengan memuat naik 500 imej zaman Augustus ke dalam sebuah tapak web, dengan satu gambar sehalaman diiringi seksyen komen.


Beliau membuka tapak tersebut kepada rakan-rakan sekelasnya, dan mereka semua mula berkongsi catatan.


Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Facebook.
Kejayaan Facebook
Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.


Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.


Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joyahglam 18-3-2014 04:26 PM
takde facebook macam tak sah..macam kolot jah
Quote berun 19-3-2014 04:14 PM
joyahglam posted on 18-3-2014 04:26 PM
takde facebook macam tak sah..macam kolot jah

Facebook ni dibina untuk?
Quote joyahglam 20-3-2014 09:24 AM
berun posted on 19-3-2014 04:14 PM
Facebook ni dibina untuk?

kalau ikut pemahaman iols utk networking ler..berkawan2 gitu
Quote bedahmulutpuaka 23-3-2014 01:49 PM
Oooo..baru tau
Quote PostBanhammer 14-4-2014 04:58 PM
Facebook untuk meluaskan bisnes.
Quote dzaraa 15-4-2014 03:12 PM
masa tu...facebook ada tapi tak famous, ada friendster...tagged....tup2..lepas tahun 2007 onward fb jadi famous sampailaaa sekrang so tenggelam semua friendster and tagged
Quote anees~nuhara 17-4-2014 02:51 PM
mcm myspace jugak la kan...lps facebook kua..trus fb malatops di seluruh dunia
Quote ana_w_houb 18-4-2014 01:28 AM
memula tahun 2003 facepic......sape ingat?

pastu friendster....

pastu myspace 2005

pastu baru fb

memula ada fb aku x join pun sbb malas over all of these years dah banyak program lepas satu,satu muncul

x sangka plak fb ni boleh naik
Quote lil_honey 18-4-2014 01:26 PM
kalau tgk the social network boleh tau cite nih.
Quote sepok 19-4-2014 01:13 PM
pada awal kemunculan fb aku antara yg terawal daftar..masa tu sunyi sepi, tak ramai org malaysia lagi..bila dah mcm tu, aku inactive , tak bukak2 dah sehinggalah fb meletop....bila aku register nama lain, tu diaaa, berbilion manusia dlm tu, termasuk malaysia....
Quote MH37O 19-4-2014 02:07 PM
la,ingatkan ada interface/homepage facebook tahun 2006...ada tak?
Quote jaa139 21-4-2014 02:07 PM
bosan FB ramai sangat duk promote produk..
Quote melati_kesuma 23-4-2014 07:13 PM
Bagi mel...pr ramlee adalah owang yang mula buat idea2 facebook...cuba tengok film masam2 manis..masa cikgu shaari update status kat pintu almari dia...heheh..terkejut mel  tengok heheh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.076106 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top