CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sejarah Perkembangan Software Microsoft Office

16-4-2014 05:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5701| Komen: 1

Description: Sejarah Perkembangan Software Microsoft Office - Microsoft Office Merupakan Nama Popular Untuk Pakej Aplikasi Pejabat Buatan Microsoft Dan Dirancang Untuk Dijalankan Di Bawah Sistem Operasi Windows. B ...
Sejarah Perkembangan Software Microsoft Office - Microsoft Office merupakan nama popular untuk pakej aplikasi pejabat buatan Microsoft dan dirancang untuk dijalankan di bawah sistem operasi Windows. Beberapa aplikasi di dalam Microsoft Office yang terkenal adalah Excel, Word, dan PowerPoint yang semuanya pasti sangat familiar bagi pengguna OS windows.




Sesuai dengan namanya, software ini dihasilkan oleh syarikat gergasi bernama Microsoft. Microsoft office pertama kali diperkenalkan pada tahun 1989. Pada tarikh 30 Ogos 1992, Microsoft melancarkan Microsoft Office versi 3.0. Pada versi tersebut Microsoft Office menyertakan Microsoft Word sebagai pemproses kata, Microsoft Excel sebagai pengolah angka, Microsoft PowerPoint digunakan sebagai aplikasi persembahan yang handal dan Microsoft Mail digunakan untuk menerima dan menghantar email. Setelah popular dengan Microsoft Office 3.0, pada tahun 1995-an Microsoft kembali melancarkan Microsoft Office 95 bersamaan waktu itu Microsoft melancarkan sistem operasi Microsoft Windows 95. Pada sistem operasi ini Microsoft merombak total Windows versi 3.1 dan Windows 3.11 for Workgroup, perubahan yang cukup signifikan dalam sejarah sistem operais PC saat itu.

Selaras dengan pekembangan sistem operasi Microsoft Windows, Microsoft Office sendiri terus berkembang dan semakin mapan dan terus digandrungi serta digunakan oleh sebahagian besar masyarakat komputer di dunia, termasuk di Indonesia. Sampai pada tahun 2000-an Microsoft sudah melancarkan beberapa versi Microsoft Office dan sampai saat ini masih tetap digunakan sebagai andalan aplikasi pejabat moden. Beberapa versi dari Microsoft Office yang masih banyak digunakan saat ini antara lain Microsoft Office 2000, Microsoft Office XP (2002) dan Microsoft Office 2003.


Pada kenyataannya sampai saat ini masih banyak keupayaan Microsoft Office 2003 masih belum tersentuh oleh pemakainya. Namun selaras dengan perkembangan teknologi dan sistem operasi yang juga terus berkembang, maka diluar dugaan Microsoft kembali akan melancarkan Microsoft Office 2007 bersamaan dengan Windows Vista yang sebentar lagi akan hadir di tengah-tengah masyarakat komputer dunia. Perkembangan Microsoft Office:


1. Microsoft Office 3.0. Ternyata yang pertama dikeluarkan adalah versi 3.0. Pada versi ini hanya tersedia untuk OS Windows. 2. Microsoft Office 4.0. Dikeluarkan pada tahun 1994. Mengandungi Word 6.0, Excel 5.0, PowerPoint 4.0, Mail and Access. 3. Microsoft Office 4.3. Siri ini merupakan siri dengan 16-bit yang terakhir dan juga versi terakhir yang menyokong Windows 3.x, Windows NT 3.1 dan Windows NT 3.5 4. Microsoft Office 95.Atau juga dikenali dengan versi 7.0. Versi ini menggunakan 32-bit agar sesuai dengan Windows 95. Office 95 terdapat dalam dua versi, Office 95 Standard dan Office 95 Professional. Yang versi standard terdiri dari Word 7.0, Excel 7.0, PowerPoint 7.0 dan Schedule +7.0. Versi professional terdiri dari semua yang ada di standard ditambah dengan Access 7.0. 5. Microsoft Office 97. (Office 8.0), Versi ini dikeluarkan dengan banyak ciri dan pembangunan berbanding versi sebelumnya.

Pengenalan terhadap command bar, sesuatu hal yang baru dimana menu dan toolbar dibuat lebih mirip dengan visual design-nya. Office 97 juga mempunyai ciri Natural Language System dan Sophisticated Grammar Checking. Ini versi yang pertama kalinya menggunakan Office Assistant. 6. Microsoft Office 2000. (Office 9.0) Pada versi ini bayak pilihan - pilihan disembunyikan. Tentunya pilihan tersebut juga penting, tetapi kecil penggunaannya oleh orang awam.

Jika ingin digunakan pilihan ini boleh dimunculkan. Salah satunya adalah Macro. Mengapa disembunyikan? Kerana boleh menyebarkan virus macro. Office 2000 adalah versi terkini yang boleh dijalankan di Windows 95. Pada versi ini juga tidak ada Product Activation. Enak kan? Product activation mulai ada di versi selanjutnya. 7.

Microsoft Office XP. Boleh disebut sebagai versi 10.0 atau office 2002, merupakan upgrade besar - besaran dengan banyak perkembangan dan perubahan. Office XP mengenalkan ciri Safe Mode. Membolehkan aplikasi contohnya Outlook untuk boleh booting ketika terjadi kesalahan. Safe mode membolehkan Office untuk mengesan, membetulkan atau mem-bypass sumber dari permasalahan system, seperti registry yang corrupt. Lalu adanya ciri Smart Tag yang membolehkan mengingatkan user bila ada pengetikan yang salah ejaan. Tetapi pada Office ini Smart Tag hanya boleh dijalankan di Word dan Excel.

Office XP juga bersepadu dengan perintah suara dan pendiktean kata, sebaik mungkin seperti penulisan tangan. Di versi ini ada product activation. Office XP menyokong Windows 98, ME, NT 4.0. Office XP juga dikenali sebagai yang pertama untuk versi Office yang boleh berjalan baik di OS Vista. 8.

Microsoft Office 2003. (Office 11.0). Sesuai namanya, versi ini dikeluarkan pada tahun 2003. Dengan ciri-ciri logo baru. Dua aplikasi baru juga ada iaitu, Microsoft InfoPath dan OneNote. Ini versi yang pertama kalinya menggunakan gaya Windows XP beserta Icon-nya. Outlook 2003 memberikan fungsi yang telah berkembang seperti Kerberos authentication, RPC over HTTP, dan Cached Exchange Mode. Pada versi ini juga ada penapis junk mail yang telah dibangunkan.

Office 2003 merupakan versi terakhir yang menyokong Windows 2000. Versi ini juga merupakan versi yang paling banyak dipakai di Indonesia terutama untuk Sewa dan Warnet dalam kurun waktu akhir 2009. 9. Microsoft Office 2007. (Office 12.0). Versi ini dikeluarkan tahun 2007.

Mempunyai ciri-ciri baru. Juga adanya Groove, sebuah aplikasi kolaborasi. Office 2007 mempunyai design gambaran baru yang bernama Fluen User Interface. Lalu adanya Ribbon UI sebagai pengganti menu dan toolbar. Untuk penginstallannya memerlukan sekurang-kurangnya Windows XP SP 2. Pada tahun 2009 Office ini sudah banyak dipakai sekarang dan mula beralih kedudukan Office 2003. Indonesia memang agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan adanya peningkatan teknologi. 10. Microsoft Office 2010. (Office 14.0). Untuk sekarang sedang dalam perkembangan.

Kemungkinan dikeluarkan adalah pada tahun 2010. Versi 13.0 dilalui kerana adanya kepercayaan karut terhadap nombor 13!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 21-4-2014 11:06 AM
dulu tau pki notepad je, hbs skolah mngh bru tau MO lpas msuk kolej sbb nk wat assignment kopi paste ku

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048815 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top