CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Langkawi Di Ambang Modenisasi

16-4-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8602| Komen: 13

Description: Menurut Sejarah Pada Kurun Masehi Ke 17, Pulau Ini Telah Mengalami Kemerosotan Apabila Langkawi Di Sumpah Oleh Mahsuri Bahawa Pulau Ini Tidak Akan Maju Selama Tujuh Keturunan. Sejak Daripada Peristiwa ...
Langkawi Di Ambang Modenisasi
- Sejarah Pulau Langkawi     





Menurut sejarah Pulau Langkawi berasal daripada singkatan perkataan Lang iaitu sejenis burung dan dikaitkan dengan sejenis batu lama bernama kawi yang terdapat di Langkawi. Hasil dari gabungan kedua-dua perkataan ini telah membentuk perkataan Langkawi.

Pulau Langkawi sudah lama terkenal di kalangan ahli-ahli pelayaran dan perniagaan dari barat dan timur sejak abad ke 15 lagi sebagai sebuah pulau yang banyak mengeluarkan hasil rempah dan lada hitam yang sangat diperlukan oleh negara barat.

Laksamana Cheng Ho seorang ahli pelayaran Cina yang termashyur ada mencatatkan Pulau Langkawi di dalam peta pelayarannya ke Melaka dalam tahun 1405 sebagai Pulau Long~ya~kioo~yi. Menurut lagenda daripada seorang General Peranchis yang bernama Augustin De Beaulien dalam buku catatan pelayarannya bahawa dalam tahun 1621 beliau hendak belayar ke Queda (Kedah) tetapi oleh kerana arus terlalu deras, maka beliau terpaksa pergi ke Pulau Lanacui (Langkawi) untuk membeli lada dan berniaga di Langkawi.

Menurut sejarah pada kurun Masehi ke 17, pulau ini telah mengalami kemerosotan apabila Langkawi di sumpah oleh Mahsuri bahawa pulau ini tidak akan maju selama tujuh keturunan. Sejak daripada peristiwa tersebut Langkawi terus mundur dan tidak dikenali lagi.

Peristiwa sejarah menyayat hati tersebut dikenali sebagai Lagenda Mahsuri di mana Mahsuri telah dihukum bunuh kerana dituduh bermukah dan terjadilah sumpahan akibat hukuman tersebut. Peristiwa ini berlaku 200 tahun yang lalu apabila Ketua kampung Pulau Langkawi iaitu Datuk Seri Kerma Jaya ingin mengahwini Mahsuri, anak kacukan Siam yang jelita sebagai isteri keduanya. Hasratnya mendapat tentangan daripada isterinya yang bernama Mahura. Akhirnya Mahsuri dikahwinkan dengan anak Ketua kampung yang tinggal di Kampung Mawat bernama Mat Deris. Mahsuri dituduh bermain kayu tiga dengan Deramang semasa suaminya ke medan perang. Mahura yang memang dengkikan Mahsuri telah menabur fitnah mengatakan kecurangannya hinggalah Mahsuri dihukum bunuh. Setelah dilontarkan lembing maka keluarlah darah putih dan berlakulah sumpahan ke atas pulau tersebut iaitu Langkawi tidak akan maju selama tujuh generasi. Selepas peristiwa tersebut, Langkawi diserang oleh tentera Siam hingga menjadi padang jarak padang terkukur. Makam Mahsuri yang tidak bersalah itu masih kekal hingga kini.

Kini tempoh sumpahan tersebut telah pun berakhir dan Pulau Langkawi muncul semula dengan membawa beberapa kemajuan dan pembangunan yang pesat. Pulau Lagenda ini telah berjaya menarik ramai pelancong yang datang dari dalam dan luar negara untuk menikmati keindahan semulajadi dan melawat tempat-tempat bersejarah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 21-4-2014 11:32 AM
aku xpnah g langkawi. hmm =='
Quote tengah_bosan 23-4-2014 10:29 AM
-electrifying- posted on 21-4-2014 11:32 AM
aku xpnah g langkawi. hmm =='

Pergi la

Best jugak langkawi ni..

Tapi kena plan pergi masa cuaca elok
Quote -electrifying- 23-4-2014 10:48 AM
tengah_bosan posted on 23-4-2014 10:29 AM
Pergi la

Best jugak langkawi ni..

itu la... dr dlu nk pegi, tp tula, disebabkan kekangan masa, masih lagi tak dapat melancong ke sana.
Insyaallah, nk pgi tahun dpan, sbb tahun ni dh rancg g tmpt lain dgn family
Quote tengah_bosan 23-4-2014 11:06 AM
-electrifying- posted on 23-4-2014 10:48 AM
itu la... dr dlu nk pegi, tp tula, disebabkan kekangan masa, masih lagi tak dapat melancong ke san ...

Bagus2.

Kalau kau jenis suka nature ni boleh la pergi snorkeling cable car bagai..

tapi yg paling best, shopping cokelattt..hahaha
Quote tanggo 23-4-2014 10:06 PM
Mana cerita modennya,
Quote tanggo 23-4-2014 10:08 PM
Cerita Mahsuri tu cerita palsu karangan Cikgu Mae Hanapiah dan org 2nya.
Quote jefri90 24-4-2014 12:15 AM
rindunya nak melancong ke langkawi...awal tahun hari tu pergi ngan geng2...bapak best hoiiii.... nak pergi lagi tapi syg kat cuti tahunan T.T
Quote tanggo 27-4-2014 02:31 PM
Fush, La ni monyet pun tau tunggu tepi jalan minta makanan.Dia tau org kita baik2.
Quote azilamie2 13-6-2014 01:02 AM
skang langkawi dah semakin meriah
Quote Dark_Vampire 13-6-2014 04:38 PM
beza dah sangat dulu dan sekarang
Quote cowey 13-6-2014 11:04 PM
tak de gmbar ke compare lgkawi dulu ngn sekarang..

btw lgkawi ni panas len macam sikit..

bayu darat bayu laut~
Quote kivio 6-8-2014 11:26 PM














Quote AyamHutanJantan 7-8-2014 11:06 AM
orang kedah sendiri pun baru p 3x..huahua

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.069779 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top