CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Bukan Lagi Artis Kontroversi

18-4-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12228| Komen: 47

Description: Beralih Mengenai Lakonannya, Kali Ini Masrha Tampil Sisi Berbeza Menerusi Watak Sebagai Cikgu Sally. Menurut Marsha, Telemovie Arahan Jack Ad-Din Itu Bakal Ditayangkan Sempena Hari Guru Nanti.



BIARPUN kerjayanya bermula selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia, namun, selepas kontroversi demi kontroversi meletakkan nama Marsha Milan sebagai antara artis yang memiliki kelas tersendiri, baik dalam lakonan atau nyanyian.

Terpilih untuk menjayakan filem animasi popular, Frozen merupakan antara pencapaian terbesar wanita dari Tamparuli, Sabah ini.

Malah sehingga kini, lagu dendangannya, Bebaskan yang dialih bahasa menerusi lagu tema filem tersebut, Let It Go, mendapat sambutan yang sangat baik.  

Turut muncul bersama muzik video yang dilancarkan sejak dua minggu lalu, Marsha berkata, sehingga kini dia masih terlibat menjayakan promosi lagu tersebut.

“Lagu ini mempunyai 25 versi bahasa dari seluruh dunia. Siri promosi ini melibatkan ramai artis yang terlibat. Malah video klip lagu ini juga berjaya menduduki tempat 10 teratas dalam carta di seluruh dunia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha turut terlibat sama dalam projek khas single terbaharu bersama Caprice berjudul Langit Biru di samping penyanyi Atilia.   

Malah pada Mei depan,  Marsha bakal melancarkan duet bersama Zarul Umbrella. Berpadu suara menerusi lagu Satu Rasa.

Beralih mengenai lakonannya, kali ini Masrha tampil sisi berbeza menerusi watak sebagai Cikgu Sally. Menurut Marsha, telemovie arahan Jack Ad-Din itu bakal ditayangkan sempena Hari Guru nanti.

“Sayateruja sebab ni pertama kali membawa watak sebegini.

“Ia memberi pengalaman baharu kepada saya. Saya melihat sendiri betapa besar menggalas tugas seorang guru,” katanya.

Pilih lelaki Melayu

Tinggalkan mengenai karier seninya, Marsha kini lebih terbuka untuk berkongsi cerita peribadi. Sebelum ini, Marsha mengakui bercinta dengan jejaka Melayu berusia dua tahun lebih muda daripadanya dan mengenali lelaki itu lebih kurang tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun atas pengalaman lalu, dia tidak mahu mendedahkan identiti kekasihnya sehingga hubungan mereka melangkah ke fasa perkahwinan.

"Kalau dah tiba masanya, saya akan perkenalkan dia kepada semua. Tapi buat masa ini, kami masih mengenali hati budi. Kalau ada jodoh, mungkin kami akan kahwin," katanya.

Enggan bercerita panjang mengenai kisah peribadinya, Marsha mendedahkan dia kini dalam perancangan memulakan bidang perniagaan pula.

“Saya sedang berkecimpung dalam bidang perniagaan. Ia lebih kepada penjenamaan saya sendiri iaitu MarshaMilan Fashion akan dikeluarkan tak lama lagi.

“Pakaian itu akan menampilkan variasi fesyen yang menarik dan terkini. Sudah tentu ia juga fesyen yang selalu saya gayakan dan menjadi trend kepada golongan muda,” katanya.

3

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 17-4-2014 11:41 AM
nie mmg pernagai dia mcm tu lh.......... I LIKEEEEEEEEEEEEEE
Quote berun 17-4-2014 11:41 AM
besstnyaaa kucing tu



Quote ais_kosong 17-4-2014 11:54 AM
good luck ya marsha
Quote hensem2012 17-4-2014 11:58 AM
klu marsha nie aku x heran sgt sah2 dia non-muslim..lain la klu pompuan mental Zarina Anjolie dgn sharifah sakinah mmg aku meluat la..
Quote -electrifying- 17-4-2014 12:00 PM
bgsla tu marsha oii. jgn buat hal lgi yer...
Quote tomet05 17-4-2014 02:22 PM
tuh la non muslim nak berluvbite pun xdak hal la kan
Quote mala0n 17-4-2014 02:28 PM
artis sesendu trid
Quote munchkin 17-4-2014 02:57 PM
berani marsha pegang kucing tu. takut
Quote amyainsamad 17-4-2014 03:15 PM
bagusla...
Quote BebeQ 17-4-2014 03:34 PM
munchkin posted on 17-4-2014 02:57 PM
berani marsha pegang kucing tu. takut

kucing je kot, bukan dia pegang singa. kalau pegang singa, ye la ko dgn aku sama2 takut. kucing ko syuh syuh je la.
Quote munchkin 17-4-2014 03:40 PM
BebeQ posted on 17-4-2014 03:34 PM
kucing je kot, bukan dia pegang singa. kalau pegang singa, ye la ko dgn aku sama2 takut. kucing ko ...

aku syuh syuh pun dia tak mo pergi. lagi dia kejar aku
Quote caplimau 17-4-2014 05:41 PM
bagusla tu.. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi berdiri diatas bakat sendri..

ehh tetiba fefeling melodi..
Quote pakweneelofa 17-4-2014 07:55 PM
berun posted on 17-4-2014 11:41 AM
besstnyaaa kucing tu

kalau dapat peluk marsha...mmg seronok....uh ah
Quote HannahMontana 17-4-2014 08:45 PM
pakweneelofa posted on 17-4-2014 07:55 PM
kalau dapat peluk marsha...mmg seronok....uh ah

kesiannnnnnnnnnnnnnnn

so multinick
Quote MissLibra 17-4-2014 09:39 PM
HannahMontana posted on 17-4-2014 08:45 PM
kesiannnnnnnnnnnnnnnn

so multinick

dia multinick apa lagi?
Quote MissLibra 17-4-2014 09:40 PM
marsha yang comel ni. Kalau perangai elok sikit and pakaian pun tutup sikit mesti orang sayang.
Quote HannahMontana 17-4-2014 10:40 PM
MissLibra posted on 17-4-2014 09:39 PM
dia multinick apa lagi?

pakwe tiz zaqyiah kena post banhammer seumur hidup

dia dulu keji dan hina terhadap multinick ,katanya multinick tu *&^%$$#@!$&&  tuttttttttttttttttttttttttttttt************* CARUTTTTTTT SGTTTT

NOW?

dia sendiri multinick

dia jilat muntah kahak hijau , tu yg kini pakwe neelofa pula

Tuhan bayar cash kat dia.

so multinick.
Quote lima_kupang 18-4-2014 12:07 AM
berun posted on 17-4-2014 11:41 AM
besstnyaaa kucing tu

untung al kucing tu...

menyirap aku tngok kucing nie....
Quote imransulaiman 18-4-2014 04:53 PM
munchkin posted on 17-4-2014 02:57 PM
berani marsha pegang kucing tu. takut

Awak takut dengan kucing??? Hihihi...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.106164 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top