CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Shiro Nafi Ambil Dadah!

18-4-2014 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11901| Komen: 27

Description: Beralih Mengenai Shahrol Yang Pernah Dikatakan Berselisih Faham Dengan Jep Sepahtu Dan Berdepan Tekanan Hebat Dalam Pertandingan Maharaja Lawak Mega Mlm2012 Sebelum Ini, Shiro Bagaimanapun Enggan Lagi ...



"SAYA tak pernah ambil barang terlarang. Apa yang penting kami (Shiro) memang ‘clean’!,” jelas pelawak, Shahrol Shiro berhubung desas-desus mendakwanya mengambil dadah.

Tegas Shahrol atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 30, dakwaan itu hanyalah tuduhan semata-mata untuk menjatuhkan namanya.

“Baru pertama kali saya dengar cerita yang kaitkan saya dengan bahan terlarang ni. Kalau difikirkan, badan besar macam saya ni takkanlah ambil benda-benda macam tu. Yang penting, saya memang tak pernah ambil ganja atau apa saja jenis dadah.

“Lagipun saya tak percaya dengan benda macam ini. Ia boleh mengganggu perjalanan kerja dan menjejaskan karier saya,” katanya pada program jelajah Komedi di Kedah, anjuran Sinar FM, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Shiro, iaitu Ajak, turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

"Mengapa pula kami nak buat benda yang tidak berfaedah ini? Ia hanya akan menjejaskan periuk nasi kami.

“Saya tak faham kenapa ada tuduhan kepada kami saya harap tiada lagi khabar angin sebegini,” tegasnya.

Beralih mengenai Shahrol yang pernah dikatakan berselisih faham dengan Jep Sepahtu dan berdepan tekanan hebat dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega MLM2012 sebelum ini, Shiro bagaimanapun enggan lagi memperbesarkan isu tersebut.

"Kami dalam satu industri dan hubungan kami juga baik seperti rakan pelawak yang lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shiro bakal ke Perth, Australia bersama Hanez Suraya dan Sheila Rusli untuk penggambaran Ketuk-ketuk Ramadhan awal bulan Mei ini.








Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 17-4-2014 11:34 AM
amik dadah jebis GANJA kot.......................org terlebih mkn NASI GANJA
Quote berun 17-4-2014 11:36 AM
sekel posted on 17-4-2014 11:34 AM
amik dadah jebis GANJA kot.......................org terlebih mkn NASI GANJA

stndard la kan ganja tu mcm xda apa2 konon nya
Quote Pailang 17-4-2014 11:48 AM
hukaloh.. muka sihat wal afiat camtu kata amik dadah. dah habis idea  








Quote irsa 17-4-2014 11:50 AM
wahhh
OT skejap
Iols lebih tertarik pasal shiro nk pegi ke perth utk rakaman ketuk2 ramadan
bersame hanez n kak sheila rusly~

Quote -electrifying- 17-4-2014 11:57 AM
wow bersama Hanez. nyum3
Quote ajak_ajak 17-4-2014 12:17 PM
kaka minat ajak
Tapi yem rempit tak best sgt kan..
blh la.. so so...
Quote chenta_dewi 17-4-2014 12:32 PM
Bikin gosip sendiri ka apa nih..lawak sgt dah
Quote Zumbajunkie 17-4-2014 01:01 PM
buat cerita palsu sendiri untuk up diri sendiri, undi simpati sebab kontroversi dgn jep.

Nanti ada lah yg tuduh jep buat fitnah.

Quote cikSepiT 17-4-2014 02:02 PM
diri sendiri yg kol wartawan..
Quote kgdangar 17-4-2014 02:15 PM
baru2 ni shiro baru lepas shooting raya "cakap melayu lah"
pastu telemfilem "mujibur datang"
pastu bakal shooting ketuk2 ramadan kat Perth Aussie plak..
bulan 6 ni filem diorg SMKB 2 bakal kua...

tak campur lagi ngn event2 luar mcm event kat johor, malam setiausaha TM n event RTM kat pahang aritu dll...

jadi DJ Sinar hari sabtu lagi...pergh !

Alhamdulillah rezeki korg....terus maju shiro! wa support lu beb
Quote juecy 17-4-2014 02:18 PM
ingat ayat bangla dia tu "Pintu x kukuh" hahahaha
Apa2 pun mmg persaingan didlm dunia seni... itu sgt biasa.
Mudah2an dipertemukan penyelesaian.... Jgn gaduh2 ye
Quote tomet05 17-4-2014 02:21 PM
rejeki diorang la kan
Quote munchkin 17-4-2014 02:39 PM
baiklahhh....saya percaya
Quote CrowneGlory 17-4-2014 02:43 PM
Aku trtarik dlm para. yg paling bawah tu.... Sheila rusly ni suka betul dia naikkan betina2 $*%d@L dlm rcgn dia kn disaat org menyampah gila kt dorg... Teringat time si sememeh baru kena tgkp basah angkt tilam dulu.. Dia jugak yg amik berlakon drama... Saja je nk buat org muntah
Quote amyainsamad 17-4-2014 03:23 PM
ketuk2 ramadhon buat kt perth..kelass. slalu kt pasar2 tani je
Quote kuceeng 17-4-2014 07:36 PM
x pelik pon kalo betul...
Quote rose_weedy 17-4-2014 07:44 PM
apakah cerita ini? mcm fitnah je. I pernah jaga dua2 org ni. drg sihat je.
Quote pakweneelofa 17-4-2014 08:05 PM
gi mampos la..dah la tk kelakar..jep je kelakar kat buletin cinta
Quote pakweneelofa 17-4-2014 08:06 PM
rose_weedy posted on 17-4-2014 07:44 PM
apakah cerita ini? mcm fitnah je. I pernah jaga dua2 org ni. drg sihat je.

nama ko pun WEEDy..pernah jaga diorang lak lagi..ntah2 ko yg WEED mamat2 ni..kikikiki

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064698 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top