CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Artis-Artis Muda Korea Yang Mati Kerana Membunuh Diri

18-4-2014 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 54201| Komen: 48

Description: Sekalipun Cantik Dan Kacak, Terkenal, Dan Kaya, Kebahagian Tak Mudah Diperoleh Oleh Sejumlah Artis Korea Ini. Mereka Memilih Untuk Mati Muda Dengan Cara Membunuh Diri Menggunakan Tali Gantung Ataupun ...

Sekalipun cantik dan kacak, terkenal, dan kaya, kebahagian tak mudah diperoleh oleh sejumlah artis Korea ini. Mereka memilih untuk mati muda dengan cara membunuh diri menggunakan tali gantung ataupun memotong nadi sendiri. Berikut ialah 8 artis Korea yang mati muda akibat bunuh diri.

Jung Da Bin



Aktres dan penyanyi Jung Da Bin, mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia ditemui membunuh diri di apartemen kekasihnya di Seoul. Jun Da Bin membunuh diri dengan cara menggantungkan diri. Peristiwa itu terjadi pada 10 Februari 2007 lalu. Tidak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatannya di blog peribadinya yang ditulis sebelum dia meninggal dunia, Jum Da Bin mengatakan dirinya sedang dilanda kemurungan dan tekanan.

Dan inilah catatan terakhir Jun Da Bin:

“Semuanya sangat lengkap. Saya marah tanpa alasan, dan merasa saya akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan. Saya berasa sakit. Kepala saya sangat sakit dan membuat saya menangis. Saya seperti budak. Saya berasa seperti kehilangan diri saya, kehilangan identiti. Dan pada masa yang sama saya mendapatkan teguran. Saya berasa tenang. Tuhan sangat mencintai saya. Tuhan telah membuat saya menjadi penting dan memberikan saya keberanian. Dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik-baik saja. Dan saya baik-baik saja.”

Lee Eun Joo


Aktres dan penyanyi Korea ini ditemui membunuh diri di apartemennya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005. Artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun ini membunuh diri setelah beberapa hari lulus dari Universiti Dankook.Lee meninggal dengan cara memotong nadinya dan menggantungkan diri. Keluarganya menyalahkan penyebab kematian artis cantik ini kerana Lee Eun Joo sedang kemurungan dan mentalnya terganggu. Artis itu juga mengalami imsomnia gara-gara melakukan adegan panas dalam filem ‘The Scarlet Letter’.

Sebelum bunuh diri, Lee Eun Joo sempat menuliskan pesanan untuk ibunya. Dia menuliskan pesan itu dengan darahnya sendiri.


Ini pesan Lee Eun Joo untuk ibunya; “Mama, saya minta maaf dan saya mencintai kamu. Saya ingin melakukan banyak perkara. Meskipun saya hidup, tetapi saya tak merasa hidup. saya tak mahu dikecewakan lagi,” pesan Lee Eun Joo.

U-Nee

Januari 2007, dunia hiburan Korea kembali hangat dengan kehilangan artis kebanggaan mereka. U-Nee yang selama ini dikenali sebagai penyanyi dan aktres ditemui menggantung diri di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan. Ibu artis itu mengesahkani U-Nee menderita tekanan perasaan. Gara-gara itu, U-Nee melarikan diri dari rumah. Dia juga selama ini sangat menderita dengan populariti yang diraihnya serta masalah peribadi lainnya yang menimpa kehidupan artis tersebut.

Woo Seung Yoon


Berita kematian artis Woo Seung Yoon sangat mengejutkan dunia hiburan Korea. Woo Seung Yoon ditemui membunuh diri pada ketika fenomena bunuh diri sedang hangat dibicarakan di Korea. Artis itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun. Dia ditemui pada pagi hari di rumahnya dengan keadaan yang mengerikan. Dia menggantung diri di atas almari rumahnya pada 27 April 2009. Penyebab bunuh diri artis cantik ini dipastikan kerana aktres dan penyanyi tersebut menderita tekanan yang berpanjangan. Salah satu anggota keluarga mengatakan Woo Seung Yoon baru saja selesai menjalani pemulihan di hospital kerana tekanannya itu. Tetapi, dia tidak sanggup menghadapi kesedihan dan membuat keputusan yang sangat ekstrem.

Jang Ja Yeon




Kematian Jang Ja Yeon sangat menarik perhatian masyarakat Korea Selatan. Maklum saja, artis cantik ini adalah pendatang baru di dunia hiburan negeri Ginseng tersebut. Jang Ja Yeon ditemui mati bunuh diri di rumahnya. Tewasnya Jang Ja Yeon itu menjadi pembicaraan bukan kerana kematiannya sahaja yang sangat menyayat hati. Dia juga membawa beberapa nama penting dalam bisnes hiburan negara tersebut yang bertanggung jawab di atas keputusannya mengakhiri hidupnya dengan jalan bunuh diri.

Jang Ja Yeon menulis alasannya membunuh diri kerana adanya eksploitasi dan juga gangguan seksual yang dialaminya selama berkarier di dunia hiburan negara tersebut. Dalam 7 catatan yang dibuat artis yang berlakon dalam drama popular ‘Boys Before Flowers’ sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, menceritakan betapa kejamnya dunia hiburan negara itu. Dia dipaksa menjadi budak seks untuk orang-orang kaya di sana demi melancarkan kariernya sebagai artis.

Park Yong Ha




Bintang drama popular Winter Sonata ini mengantung diri dengan kabel camcorder di rumahnya di Seoul pada 30 Jun 2010. Park, 32 tahun, membunuh diri kerana kecewa dan tekanan akibat penyakit kanser perut yang dialami ayahnya. Dia sangat menyayangi ayahnya dan merasa bersalah atas penyakit yang dideritai ayahnya. Park juga yang merawat ayahnya selama sakit, sehingga artis-penyanyi ini terpaksa berehat dari kariernya yang tengah bersinar.

Song Ji Seon


Song meninggal pada 23 Mei 2011, setelah terjun dari tingkat 19 apartemennya di Seoul. Peliknya, sebelum membunuh diri, artis ini sempat menulis di twitternya, agar polis bergegas ke tempat tinggalnya tetapi kemudian memadam tweet tersebut. Setelah disediliki, sebab Song membunuh diri adalah kerana cinta. Dia mengaku mempunyai skandal asmara dengan pemain besbol profesional, Im Taehoon (23). Namun Im meninggalkannya dan Song kecewa.

Chae Dong Ha


Ini kes paling mutakhir, Chae Dong Ha ditemui menggantung diri di kediamannya pada 27 Mei 2011. Bekas ahli SG Wannabe ini dikhabarkan bunuh diri kerana tekanan akibat mantan pengurusnya meninggal dunia 2 tahun lalu akibat menghidu gas di sebuah bilik hotel.

Chae Dong Ha telah menulis pesanan kepada pengurusnya, yang berbunyi,


“Ini adalah saat yang lebih menarik daripada ciuman pertamaku. Pengurus pertamaku. Temanku, dan saudaraku. Pada saat aku bertemu orang itu, aku telah menerima isi seluruh dunia. Pada 9 Jun 2009, dia tidak lagi di sisiku. Separuh hatiku masih hilang. ‘Hyung, Anda harus bahagia, okey? Janji padaku bahawa hyung akan bahagia




3

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 16-4-2014 11:55 AM
jung da bing tu aku minat betol dengan dia...dia nak kata lawa tu takdelah sangat...tp dia berlakon best...selau berlakon cerita kelakar....sayang betol dia pi bunuh diri
Quote ais_kosong 16-4-2014 12:00 PM
majority semua tekanan perasaan bunuh diri kan
Quote pasuoren 16-4-2014 12:06 PM
pernah tengok lakonan Jung Da Bin (My 19 year old sister-in law , Attic Cat) dan Park Yong Ha (Winter Sonat Loving You)...

Quote amiraira 16-4-2014 12:17 PM
pelik la diorg ni kn
x de cara lain ke nak hilangkn kemurungan/stress
knapa mesti bunuh diri
nasib baik kafir
kalau umat Muhammad
x cium bau syurga la gamaknya
wallahualam
Quote anees~nuhara 16-4-2014 12:17 PM
muke lawa n emsem...tp sayang...
Quote kucen_miang 16-4-2014 12:19 PM
sorang pun tak kenal.
Quote munchkin 16-4-2014 12:49 PM
muka semua cam sama.
Quote -electrifying- 16-4-2014 02:29 PM
yg aku kenal pelakon winter sonata tu je
Quote doubleA 16-4-2014 03:46 PM
depression yg sangat tinggi hingga diri sendiri pun tak mampu kawal penyebab utama kenapa korean/japanese bunuh diri.
kesian, sebab dorang memang rasa life hanya di dunia. kalau rasa dah tak mampu nak teruskan kehidupan di dunia, tu yg bunuh diri.
tu la beza orang kafir dgn org islam, sebab kita percaya dan menyerahkan seluruh kebergantungan pada Allah, dan kita rasa nikmat beriman pada Allah tu.
padahal jauh lagi masa depan dorang sebenarnya, tak tahan dan tertanggung lagi dah gamaknya.
Quote sheetRock 16-4-2014 05:33 PM
winter sonata je aku kenal...lain tak kenal..

tapi mmg saper yg bunuh diri kuat betol hati diorg ek..smpai wat keputusan camtuh..kalau dia kuatkan ati tok ngadap real life kan elok...tapi da nama nyer tekanan...hurmm...paper pun...cantik2 wpun plestik
Quote girly.. 16-4-2014 05:54 PM
sayang nyer... muka lawa2 n ensem2 jadik mcm gini...
Quote pakweneelofa 16-4-2014 07:27 PM


mcm altantuya plak
Quote bookehkahkoh 16-4-2014 08:08 PM
Jang Ja Yeon tu paling kesian memang cam drama tragis hidup dia sampai sekarang lelaki2 keparat tu semua tak dapat punishment pun padahal dah terang2 dia tulis semua sbb diorang ada power and influence
Quote CikAffi 16-4-2014 08:40 PM
Aku tak kenal sume nih. maklumlah mase tuh kpop blom popular.
Quote munchkin 18-4-2014 04:45 PM
ramai sangat minat kpop. bukan golongan muda je pertahan kpop. makcik pencen pun pertahan kpop. kalau tak dapat tengok cerita korea boleh bad mood. dari pagi sampai malam layan drama korea. masak pun kadang buat kimchi.
Quote ninja boy 19-4-2014 05:30 PM
org korea ni mereka sendiri mencipta stress dalan kehidupan, kalau kerja dgn company korea macam2 hal, sama jugak org2 negara india yg mencipta adat yg turun temurun meyusahkan
Quote ana_w_houb 20-4-2014 01:48 AM
dorang kat sana nak jadi femes kene merelakan diri sexually exploited......bende tu dah mcm asam garam kat sana .....ada tu time hari ulantahun mak dia mati pun dia kene dilacurkan gak.....sbbtu la dorang stress rasa mcm filthy sgt....pernah baca artikel pasal the dark side of the kpop industry dlm majalah cleo dulu....memang terrible a kiranya kpop industr......keje mcm slave and jarang dapat cuti
Quote bedahmulutpuaka 20-4-2014 11:34 AM
Kesiannya..tengok dorang kt tv, rancangan variety macam dorang happy. Padahal hidup terseksa.
Quote cik_Ti 21-4-2014 01:13 AM
dasat2..harapnya benda2 ni tak jadi kat org kita

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.079707 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top