CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Bekas Isteri, Farazila Dedah Sikap Hipokrit Sham Kamikaze

21-4-2014 11:42 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 68177| Komen: 441

Description: Bekas Isteri, Farazila Dedah Sikap Hipokrit Sham Kamikaze Terkejut beruk Abang Nara membaca pendedahan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila ...

Bekas Isteri, Farazila Dedah Sikap Hipokrit Sham Kamikaze


Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampun. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.
Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu.
Wow. Tak sangka bukan? Kalau anda sering mengikuti akaun sosial Sham Kamikaze, memang Sham sering mengajak pengikutnya ke arah kebaikan. Selalu orang solat berjemaah dan sebagainya. Namun kalau mengikutkan apa yang dikatakan oleh bekas isterinya, itu hanyalah omong kosong. Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Tambah Farazila lagi:-
Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.
Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.
Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.
Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.
Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua ata balik kampung saja.

Ini adalah satu pendedahan yang amat mengejutkan. Tak sangka sungguh. Terkejut sangat-sangat dibuatnya. Kesian pun ada jugak dekat bekas isteri Sham Kamikaze. Sama-samalah kita nantikan penerangan selanjutnya daripada Sham.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 21-4-2014 09:45 AM
panass....
Quote maxim 21-4-2014 09:48 AM
tapibukanaku posted on 21-4-2014 09:45 AM
panass....

apa status dorg ni? iols x follow..da kawen baru ke sham ni?
Quote freekey 21-4-2014 09:48 AM
kenapa perlu timbulkan semula kontroversi Sham ni?

Sham ada keluarkan lg statement ke?





Quote budakmanentah 21-4-2014 09:49 AM
tak selesai lg ke kisah dorg ni?
Quote sayangkid 21-4-2014 09:50 AM
aku meluat org bajet alim tp sebenarnye prangai mcm syaiton.. bnyk je manusia mcm ni..
Quote suterabiru123 21-4-2014 09:52 AM
wohaaaaa... hanya mereka yg tahu kebenaran... don judge books by its cover... kesian ex bini
Quote pittjie 21-4-2014 09:52 AM
aiyoo. busuk2 perangai bekas laki kau ... lagi aku tak suka pangai menjaja perangai buruk orang. nak nak lagi dah bercerai berai begini.
Quote maxim 21-4-2014 09:52 AM
freekey posted on 21-4-2014 09:48 AM
kenapa perlu timbulkan semula kontroversi Sham ni?

Sham ada keluarkan lg statement ke?

isteri die nak meluahkan perasaan la kot..sedeh gile kene tinggal tepi jalan
Quote duniaku85 21-4-2014 09:53 AM
Uiks, igtkan cite lama..kejam jg dia ni.sggp tggl bini kt tepi highway smpai mlm. Mmg hati kering sungguh mamat ni.
Dan mcm panas baran
Quote tapibukanaku 21-4-2014 09:53 AM
maxim posted on 21-4-2014 09:48 AM
apa status dorg ni? iols x follow..da kawen baru ke sham ni?

depa da berpisah rasanya. sham pun da selamat nikah dgn kakak maulana AF, yg dulu maki hamun farazila ni kat twitter..dan kakak maulana ni da berhijab jugak. tapi mulut tetap melahar orang tak hingat. dan dengarnya sham bakal bergelar ayah sebab isteri yg kuat maki2 tu da mengandung
Quote toxicated 21-4-2014 09:54 AM
Another bajet alim....jom solat!
Quote aiskrimpelangi 21-4-2014 09:54 AM
Aku dpt bayangkan sakit nye hati bini sham ni. Sabar la kak, ade org yg baik tu nanti.
Quote CrowneGlory 21-4-2014 09:56 AM
Tak heran pun... Ramai je sekrg yg bajet2 suci... Camou sesangat.. Dh org2 islam senang sgt memuja.. Asal ada kopiah atau hijab labuh je kompom suci murni.. Xhal nya... Kencing kuat...
Quote missyqaldina 21-4-2014 09:58 AM
aku da agak perangai die ni cmne...
suke dgn pujian org..konon baik la sgt..
tp harammm jadahhhh...
bodo punye laki!
Quote ryshaNur 21-4-2014 09:59 AM
tapibukanaku posted on 21-4-2014 09:53 AM
depa da berpisah rasanya. sham pun da selamat nikah dgn kakak maulana AF, yg dulu maki hamun faraz ...

rasanya dah bersalin

Quote amiraira 21-4-2014 09:59 AM
betul la pepatah omputih tu

dnt judge the book by its cover

tapi knapa skg baru nk luah2kn
Quote manehnya 21-4-2014 10:00 AM
bersepah org mcm ni, tgok cara senyuman n air muk pun tau dah
Quote maxim 21-4-2014 10:01 AM
tapibukanaku posted on 21-4-2014 09:53 AM
depa da berpisah rasanya. sham pun da selamat nikah dgn kakak maulana AF, yg dulu maki hamun faraz ...

lor..abistu nape baru keluar cite ni ek..
Quote CrowneGlory 21-4-2014 10:01 AM
tapibukanaku posted on 21-4-2014 09:53 AM
depa da berpisah rasanya. sham pun da selamat nikah dgn kakak maulana AF, yg dulu maki hamun faraz ...

Sesuai la jd laki bini perangai dh sama2 buruk..

tu psl bercerai dgn yg 1st sbb dia baik... So si sham haprak ni bukan la jodoh dia yg sebnrnya... Pompuan yg baik utk lelaki yg baik... Yg tak elok mcm bini baru dia...  

Lihat semua komen(441)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.145481 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top