CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

10 Selebriti ‘Hot’ Berstatus Janda 2014 Didedahkan

21-4-2014 11:47 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16366| Komen: 63

Description: Beberapa bulan lalu , negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira ...
10 Selebriti ‘Hot’ Berstatus Janda 2014 Didedahkan

Beberapa bulan lalu , negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah.


Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan?

Namun, dua orang aktres yang kami sebutkan telah bergelar janda dan mereka ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.

Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.

Bukan mereka berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi kami berjaya menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yang kini sah bergelar janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara.

Kami mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.

Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.

Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.

Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.

Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.

Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.

Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.

Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.

Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 20-4-2014 06:27 PM
Janda2 Hot yg ditakuti oleh bini2 Pak Menteri & yg sewaktu dgn nye Uolss
Quote pakweneelofa 20-4-2014 06:35 PM
dilondehkan lagi best
Quote menjad 20-4-2014 06:46 PM
cun melecun... mgkn demand tinggi!
Quote senahsanasini 20-4-2014 07:00 PM
Liza abdullah tu hot ker??? Ke die x tersenarai??
Quote cepheid 20-4-2014 07:20 PM
Pendapat aku selebriti ni lagi hot. Apasal tak tersenarai?
Quote selipar_hijau 20-4-2014 07:32 PM
Maria farida yg hot tu tak masuk senarai ka?
Quote pakweneelofa 20-4-2014 10:35 PM
cepheid posted on 20-4-2014 07:20 PM
Pendapat aku selebriti ni lagi hot. Apasal tak tersenarai?

"dia masih dara"
Quote maxim 20-4-2014 10:37 PM
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.

xyah masuk la die nih..nyemak suara bingit
Quote cepheid 20-4-2014 10:38 PM
pakweneelofa posted on 20-4-2014 10:35 PM
"dia masih dara"

Anak teruna dia dah besar panjang kira dara lagi ke?
Quote cepheid 20-4-2014 10:39 PM
maxim posted on 20-4-2014 10:37 PM
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat ...

Raja Azura dan Noniswara tak hot langsung. Camne boleh sesat dalam senarai ni.
Quote pakweneelofa 20-4-2014 10:40 PM
cepheid posted on 20-4-2014 10:38 PM
Anak teruna dia dah besar panjang kira dara lagi ke?

baru aku tau dia dah menikah...hmmmm
Quote dahliateck 20-4-2014 11:50 PM
xde dah che ta yg hot itu, bekas janda paling hot meletop
Quote tupaiterbang 21-4-2014 12:22 PM
cepheid: Raja Azura dan Noniswara tak hot langsung. Camne boleh sesat dalam senarai ni.


manusia kan ada macam2 taste..ada yg suka manis,masam and pahit..tu kategori pahit la
Quote alphawolf 21-4-2014 12:28 PM
Kami mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish


siakapkeli ni agak2 le kalau nak bagi status....dah ada anak sorang berhias apekebendenyee
Quote wnazzee 21-4-2014 12:33 PM
memang hot
Quote mizlily 21-4-2014 01:18 PM
lawa2 semuanye..
Quote theflash 21-4-2014 01:47 PM
Janda baik
Quote hensem2012 21-4-2014 02:32 PM
I like JASMIN HAMID
Quote arira_arora 21-4-2014 02:43 PM
maxim posted on 20-4-2014 10:37 PM
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat ...

kan.. sore die ya ampun.. bingit..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.104400 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top