CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Mati Terikat Di Kerusi

22-4-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8092| Komen: 32

Description: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah Berkata, Tangan Dan Kaki Mangsa Diikat Pada Kerusi Yang Jatuh Di Lantai Dan Mulut Ditampal Dengan Pita Pelekat.
Gambar hiasan

Melaka: Seorang remaja lelaki ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, mayat mangsa yang berbaju-T dan berseluar jean ditemui sepasang suami isteri ketika meninjau lot kedai dua tingkat terbabit yang ingin mereka beli.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, tangan dan kaki mangsa diikat pada kerusi yang jatuh di lantai dan mulut ditampal dengan pita pelekat.


“Bagaimanapun tiada kesan darah, kecederaan kasar atau tikaman ditemui pada tubuhnya.


“Mangsa dipercayai berbangsa India, namun identitinya belum dikenal pasti dan kita akan membuat semakan dengan semua balai polis sama ada terdapat laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam.



Hadir sama, Timbalanya Superintendan PR Gunarajan.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada remaja berkenaan berkemungkinan menjadi mangsa culik.


“Kita akan siasat bagaimana mangsa boleh berada di sini dan diikat.

Kami juga menunggu laporan bedah siasat.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Saksi dikenali sebagai Yong, 68, berkata, dia mengetahui kejadian selepas dimaklumkan pasangan berusia 40-an terbabit yang terkejut melihat mayat mangsa di dalam premis berkenaan.


“Pasangan berkenaan berlari turun dan memaklumkan kepada saya terdapat seorang remaja lelaki tidur di premis itu.

Saya yang masuk ke premis berkenaan kemudiannya terkejut nampak mangsa dalam keadaan teikat pada kerusi selain mulutnya ditutup dengan pita pelekat,” katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-4-2014 05:00 AM
dipercayai berbangsa India?

susah nak beza ke?
Quote intriQue 22-4-2014 06:40 AM
Takziah....

mcm2 hal skarang
Quote MissNigga 22-4-2014 06:41 AM
mak pak tak bayar wang tebusan ker?

mmg jahat perlaku nie ...
Quote yipun_78 22-4-2014 06:44 AM
semoga beliau menghantui hidup org jahat yg aniaya beliau
Quote batmana 22-4-2014 07:15 AM
kakikuDibibirmu posted on 22-4-2014 05:00 AM
dipercayai berbangsa India?

susah nak beza ke?

putih cm bollywood kot..

Quote batmana 22-4-2014 07:16 AM
Mesti psgn tu terus cancel nk sewa

Xpun kalu sewa.. Msti dpt harga murah gila..
Quote prettyuglybabe 22-4-2014 07:31 AM
mesti murah la kedai tu lepas ni..


Quote pakweneelofa 22-4-2014 07:55 AM
melaka??? hakak senyum sinis jah
Quote fifie_olin 22-4-2014 08:24 AM
drama tamil mggu ini
Quote DeMax 22-4-2014 08:25 AM
kakikuDibibirmu posted on 22-4-2014 05:00 AM
dipercayai berbangsa India?

susah nak beza ke?

Mamak pun India jg, tu yg jadi problem ni
Quote xtahumenahu 22-4-2014 08:28 AM
apa agaknya punca kematian?
Quote gaara_X 22-4-2014 08:33 AM
nak wat cam ne....
Quote ctaz 22-4-2014 08:54 AM
kakikuDibibirmu posted on 22-4-2014 05:00 AM
dipercayai berbangsa India?

susah nak beza ke?

mamak pun warna sama jugak....



Quote twins 22-4-2014 10:09 AM
kakikuDibibirmu posted on 22-4-2014 05:00 AM
dipercayai berbangsa India?

susah nak beza ke?

yer laa...mana tau kut2 mat bangla ker.... ataupun mat indon yg kerja kontrek kan gelap2 berkilat jugak... tu yg 'dipercayai' tu...
Quote _ejat_ 22-4-2014 01:20 PM
manaaa gambar . tak nampakk
Quote cubby_qt 22-4-2014 01:29 PM
Ish.. kebetulan tul.. dijumpai oleh org yg kebetulan nak survey umah.. klu la dah lama n tinggal rangka.. mcm mn la agaknya..
Quote tobby 22-4-2014 02:01 PM
tak pula lawyer2 keling bising anak bangsa mrk mati di tangan bangsa sendiri?
Quote BotakChinPeng 22-4-2014 10:19 PM
Ayyoyyyooo
Quote cubby_qt 22-4-2014 10:20 PM
Konfem kes culik.. kuar berita tadi.. ada minta tebusan rm 20k.. ermmm..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.068078 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top