CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terserempak Mayat Perempuan Berbaju Tidur Di Kuburan

22-4-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7777| Komen: 23

Description: Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar Berkata, Mayat Wanita Berambut Pendek Itu Yang Berpakaian Tidur Dan Tanpa Kasut Dijumpai Seorang Pemotong Rumput Dan Anak Perempua ...
Gambar hiasan

MELAKA - Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan sebuah kubur di Tanah Perkuburan Cina Jelutung, Sungai Putat di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, mayat wanita berambut pendek itu yang berpakaian tidur dan tanpa kasut dijumpai seorang pemotong rumput dan anak perempuannya ketika melalui kawasan perkuburan itu pada kira-kira 2.45 petang tadi.

"Mulut wanita terbabit dalam keadaan berbuih dengan beberapa kesan lebam di tangan, leher dan muka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, mayat wanita tanpa pengenalan diri itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemotong rumput, A. Kulanthai, 61, berkata, beliau sedang memandu kereta dengan ditemani anaknya, K. Kistina Kuyil, 17, selepas mencari pelanggan memotong rumput di tanah perkuburan Kristian berhampiran.

Beliau terkejut apabila melihat seorang wanita tertiarap di hadapan sebuah kubur Cina sebelum menghentikan keretanya untuk memeriksa keadaan wanita itu.

"Saya memanggilnya tetapi dia tidak menyahut, saya goyang kakinya tetapi tidak bergerak...saya kemudian menghubung polis kerana rasanya dia telah mati,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 21-4-2014 07:50 PM
berani nye DIa stop & check Mayat tu..:Q
Quote Suchi 21-4-2014 08:01 PM
terlalu sedih meratap sampai ninggal ker?
tp mulut berbuih n ada lebam2 plak
Quote vespa_oren 21-4-2014 08:15 PM
prettymanja posted on 21-4-2014 07:50 PM
berani nye DIa stop & check Mayat tu..:Q

Siang kan, jika malam aku pun respek
Quote donut_1752 21-4-2014 08:15 PM
x kn org tu nk baring kt kubur..mst ade kes ni..siap berbuih n lebam2 lg
Quote MissNigga 21-4-2014 08:17 PM
mangsa culik...???

wang tebusan tak dibayar.. lalu dibunuh
Quote duribisa 21-4-2014 08:18 PM
vespa_oren posted on 21-4-2014 08:15 PM
Siang kan, jika malam aku pun respek

Mesti la siang..

Apa barang malam2 cari customer potong rumput..??


Quote sapp73 21-4-2014 08:18 PM
Nasib siang...kalau mlm memang menakuttkan kawasan perkuburan cins terbesar di negeri melaka ni
Quote yusra 21-4-2014 08:34 PM
woihh....nanti haku siasat
Quote peachRose 21-4-2014 08:41 PM
yusra posted on 21-4-2014 08:34 PM
woihh....nanti haku siasat

aku rasa mayat jumpa kat area jalan dalam tu...kalau jalan besar sah2 keta byk ramai org nampak..
kalau kut luar nampak kubo cina jah..belah dalam ada kubo kristian/bahai/hindu semua...

Quote pakweneelofa 21-4-2014 08:44 PM
melaka???!!!
Quote najib888 21-4-2014 09:13 PM
Ni mayat India ka cina ka melayu?
Quote alinone78 21-4-2014 09:20 PM
Dia kena sawan kot
N kawan dia cuba nak bantu
Quote alinone78 21-4-2014 09:20 PM
Tu yang lebam2 semua
Quote Cik_Andak 21-4-2014 09:26 PM
Nasib la dia jumpa mayat tu ngn anak dia..kalu sorang2 xde kot dia nk g tgk..hehehehe
Quote nebulagazer 21-4-2014 09:30 PM
Kene ketuk kepala kuat sgt kot..
Blund force trauma to the head
Jd muntah berbuih tu kot.
Quote aurora273 21-4-2014 09:38 PM
Tu la, tido lg lepas subuh.. Dah ngigau berjalan ke kubur sampai sawan..
Quote PerKasa 21-4-2014 09:57 PM
cun tak maiyat tu

mana picnya
Quote kakikuDibibirmu 21-4-2014 09:59 PM
dia pakai g string tak?
Quote lima_kupang 21-4-2014 10:58 PM
mulut berbuih mcm bunuh diri ja....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.364092 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top