CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Tan Sri Khalid Ibrahim Sekolahkan Menteri Besar Negeri Sembilan

22-4-2014 12:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7111| Komen: 23

Description: Bercakap Kepada Pemberita Di Teluk Kemang Semalam, Abdul Khalid Menegaskan, Kerajaan Selangor Tetap Dengan Keputusan Untuk Tidak Menerima Tawaran Penjualan Air Seperti Yang Ditawarkan Oleh Menteri Bes ...


ISU NEGERI SEMBILAN NAK JUAL AIR 20JUTA GELEN KEPADA SELANGOR ... TAN SRI KHALID IBRAHIM SEKOLAHKAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN.


KUALA LUMPUR 20 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita di Teluk Kemang semalam, Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Abdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.

“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.

“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jelasnya lagi, tawaran yang dibuat Mohamad terlalu sedikit berbanding keperluan keseluruhan Selangor yang memerlukan sejumlah 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.

“Ia ibarat pemberian 10 sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.

“Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin KEADILAN bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Teluk Kemang.


14

Bagus

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 21-4-2014 09:10 AM
hahahaha..betul jugak kata khalid berahim...terkena ko nogori oi..betingkek2 la lain kali guno palo otak tu..hihih
Quote clepetpro88 21-4-2014 10:14 AM
orang dah nak bagi tu ambik jelah.. dia tak sebut harga pun .. ape punya stended la .. sikit2 tolak balik. dey.. saya mau tolong lain hari lu bayar lahh.. cincai kira ..
Quote popjack 21-4-2014 11:26 AM
koh koh koh tajuk lawak
Quote sidewinder 21-4-2014 11:39 AM
bkn ke N9 pun ada masalah air gak ke skrang ni ? drpd dia bg kat negeri lain baik bg kat rakyat negeri dia sendiri....ni kira nak jd hero la ni kkeekekek..... kalu pahang yg offer logik gak la sbb pahang resources dia byk
Quote munchkin 21-4-2014 11:53 AM
kat mana ada sekolah air ni?
Quote gede-bab 23-4-2014 10:38 AM
bagi air percuma tapi kena catu= rakyat marah

jual air mahal tapi tak kena catu= pun rakyat marah

lebih baik ikut saranan exco selangor...guna air hujan...
Quote bangcak 23-4-2014 11:22 AM
dulu sorang mb pernah cakap besar
"sapa tak menyokong, takkan dpt rumah"
hampir2  hilang jawatan dia akibat bongkak.

hari ni sorang lagi dah mula riak.

mungkin 2mb nih la yg bakal diganti kot??
Quote plainjane 23-4-2014 01:51 PM
idup TSKI!
Quote BelovedTaeyeon 23-4-2014 03:05 PM
Syukur alhamdulillah.

Bermacam2 cara Kerajaan Selangor di ganggu, tohmah etc.

Tapi tak laku

Spin la kot mana pun

Allah SWT Maha Berkuasa.
Quote devilito2 25-4-2014 08:21 AM
TSKI hero rakyat Selangor...
Quote princessjay 25-4-2014 01:22 PM
sy xfaham.. if pembelian air tu boleh selesaikan krisis air, nape xcuba.. or kerajaan selangor ade alternatif yg lain? susah tau hidup dlm catuan air ni.. klu bujang xpe lg.. klu yg berkeluarga seksa..nk2 ank2 3,4 org.. my fren cite die mandi satu baldi je sehari..gosok gigi gune air mineral.. dh la umah sewa die duduk ber 7..
Quote jijah 25-4-2014 09:41 PM
Hero Selangor...MIMPI LA......

1. Catuan air bermula 27 februari - 30 April ----> 23 April baru nak start beli pam2 air. Tapi pam2 air tu hanye akan sampai malaysia beberapa bulan. Sepatutnye Khalid Ibrahim tahu status air ni sebelum catuan air bermula mungkin sekitar bulan 1 pun paling lewat..kalau la Khalid ni, bertindak awal, by bulan 4 dah selesai krisis air, dah tak perlula risau musim kemarau akan datang.

2. 14 april umumkan penurunan gaji exco Selangor. 23 April umumkan pembelian pam2 air. Hishh..takkan dah takde duit...konon declare duit selangor banyak..setakat 10 juta beli pam, apalah sangat..patutnye keputusan beli pam2 ni, patutnye awal2 lagi..bukan start catuan air yg ke-4.

Quote lima_kupang 26-4-2014 05:55 AM
betoi jugak ckp pok cik nie.... baik cari altenatif lain yg lg murah dan dapat sumber air yg lg banyak kn....
Quote HantuKakLimah 29-4-2014 07:35 PM
dulu air pree.......skrg tiada AIR..

Selangor akan Jahanam bwh PR...
Quote Al-Patih 7-6-2014 04:50 AM
ARTIKAL BERKAITAN - siapo kono skolah neh


Paras air Empangan Gemencheh kritikal
Zefry Dahalan   June 5, 2014

SEREMBAN: Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan untuk 45 hari lagi sebelum mencapai paras minimum. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata paras air Empangan Gemencheh kini kritikal kerana tiada hujan di kawasan tadahan air. Mohamad juga berkata dua anak sungai yang membekalkan air ke Empangan Gemencheh kini sudah kering.
“Walaubagaimanapaun setakat ini tiada cadangan mengadakan catuan air kerana keadaan masih lagi terkawal. “Namun saya harap pengguna menggunakan bekalan air dengan berhemah. “Sekiranya tiada bekalan air dalam tempoh 14 hari, paras empangan akan menyusut tapi kita tetap akan memastikan pengguna mendapat bekalan air secara berterusan,” katanya. Empangan Gemencheh membekalkan 28.4 juta liter air sehari kepada 15,000 pengguna di daerah Tampin dan Rembau.
http://www.freemalaysiatoday.com/
Quote BelovedTaeyeon 7-6-2014 06:46 AM

Quote bangcak 7-6-2014 07:50 AM
“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan"
jom tanya warga nogori sombilan, setuju tak cadangan mb selangor tu
@Anak_Nogori


Quote yipun_78 12-6-2014 12:50 PM


kat Selangor pon x semua merasa air free pon
Quote Defcon2 27-6-2014 11:43 AM
bangcak posted on 7-6-2014 07:50 AM
jom tanya warga nogori sombilan, setuju tak cadangan mb selangor tu
@Anak_Nogori

Muehehehehe... tak terjawab abang Anak Nogori. Kelu tak terkata...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.286106 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top