CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nasi Lemak Bergetah

23-4-2014 02:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13948| Komen: 99

Description: “Nasib Baik Dia Cuba Memuntahkan Balik Apa Yang Ditelannya, Ketika Itu Saya Terkejut Kerana Ternampak Getah Gelang Yang Berwarna Sama Seperti Sambal Nasi Lemak Selepas Dimuntahkan,” Katanya Kepada S ...
GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cemas selepas tertelan getah gelang ketika menikmati sarapan nasi lemak.
        
Ibu kanak-kanak berkenaan, Suhaida Zakaria, 36, berkata, nasi lemak itu dibeli di sebuah kedai makan di sini.
        
Menurutnya, dia terkejut kerana anaknya seperti tercekik sesuatu ketika sedang makan di kedai yang sama.
        
“Saya ingatkan anak saya tertelan ikan bilis tapi dia gelengkan kepalanya sedangkan pada masa itu mukanya sudah merah, saya memintanya untuk mengorek kembali apa yang dimakannya.
        
“Nasib baik dia cuba memuntahkan balik apa yang ditelannya, ketika itu saya terkejut kerana ternampak getah gelang yang berwarna sama seperti sambal nasi lemak selepas dimuntahkan,” katanya kepada Sinar Harian.
        
Suhaida yang berasal dari Teluk Kumbar itu juga memberitahu dia terkejut kerana terdapat satu lagi getah gelang dijumpai pada sambal nasi lemak dalam bungkusan makanan anaknya itu.
        
Akibat tidak berpuas hati, Suhaida bertindak memanggil pemilik kedai makan berkenaan.
        
Katanya, bagaimanapun dia kecewa kerana pemilik berkenaan memberitahu nasi lemak terbabit bukan dimasak olehnya kerana dia hanya menjual sahaja.
        
“Mereka kata tidak boleh buat apa-apa melainkan dia akan memaklumkan sahaja kepada tukang masak nasi lemak terbabit.
        
“Pada saya ini memang amat mengecewakan, selepas ini kalau boleh saya nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati menikmati makanan luar daripada rumah kita.
        
"Saya sendiri tidak menjangka kejadian sebegini berlaku kepada saya, jika getah terbabit dapat dijumpai sebelum makan, saya sendiri akan berhati-hati tapi akibatnya anak saya sendiri tertelan kerana warnanya menjadi sama seperti sambal,” katanya.


Nasi lemak yang dimakan anak Suhaida terdapat getah gelang.

6

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 23-4-2014 11:23 AM

Nasi lemak yang dimakan anak Suhaida terdapat getah gelang.
Quote niceghost2005 23-4-2014 11:34 AM
tongkatwaran75 posted on 23-4-2014 11:23 AM
Nasi lemak yang dimakan anak Suhaida terdapat getah gelang.

Tong,

Anak dier tu..............buter ke per??

Quote fifie_olin 23-4-2014 11:36 AM
mlm td hubby aku tgh mkn laksa tejmpa rmbt...pjg plak tu ...terus aku soh buang...
terus banned la...
Quote krustykrab 23-4-2014 11:36 AM
budak 8 taun...makan mana la dia perasan....kdg sambil makan sambil tgk tv
Quote MegiTomyam 23-4-2014 11:37 AM
Lapar sangat kot.
Quote tongkatwaran75 23-4-2014 11:37 AM
niceghost2005 posted on 23-4-2014 11:34 AM
Tong,

Anak dier tu..............buter ke per??


bukan buta tapi lapar sgt...
emaknya tak masak sarapan...
Quote Suchi 23-4-2014 11:41 AM
krustykrab posted on 23-4-2014 11:36 AM
budak 8 taun...makan mana la dia perasan....kdg sambil makan sambil tgk tv

dok aihh
la nih mkn sambil men game kat tab

Quote whadda 23-4-2014 11:41 AM
color pon akan2 sama ngan sambal mane la budak tu prasan...
Quote jofizo 23-4-2014 11:42 AM
aku ingat nasik lemak cik leha yg spesel tuh.... memang bergetah...........
Quote ice_sky92 23-4-2014 11:43 AM
Yang ni tak la seteruk plaster yg dh digunakan tu. Wekkk
Quote dragger 23-4-2014 11:51 AM
"nasi lemak" bergetah
Quote yusra 23-4-2014 11:53 AM
mungkin dia ingat bawang kot...kan ada potong bulat camtuh
Quote genchi 23-4-2014 11:58 AM
camna tercekik ni?? sah bdak tu mkn telan aje huhuh

adoii...beselah kalo nk cpt tu terjtoh getah tuh msok kene smbl

dibungkus... orang msk byk2 what to espek??
Quote annehuda 23-4-2014 12:00 PM
aku order makan ade kedai tu masak mee bandung ngan telur sebiji pecah tak habeh. cengkerang die elok je dlm mee bandung aku. ngapelah time tu aku tak terfikir nk call metro kan?
Quote sapp73 23-4-2014 12:03 PM
dah serupa nasi lemak sambal sotong rendam hat liat tu..bahaya ni...tu sebabnya orang tua marah sambil makan sambil buat kerja lain, takut terlepas pandang benda benda macam nilah
Quote chupachups 23-4-2014 12:16 PM
adui...kena cuci otak nie..baca tajuk terus pikir bukan2...
Quote dino 23-4-2014 12:18 PM
penang darul getah
Quote puterikhaleeda 23-4-2014 12:21 PM
annehuda posted on 23-4-2014 12:00 PM
aku order makan ade kedai tu masak mee bandung ngan telur sebiji pecah tak habeh. cengkerang die elo ...

ahahhahahha tu laa kalau tak glemer ko

Quote MissNigga 23-4-2014 12:24 PM
masa mengunyah .. tak rasa ker apa yang dikunyah tu cam kenyal... liat .... tak kan main telan jer kowt

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.086172 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top