CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH370 Terkini : Isteri Pramugara Tuduh Kerajaan Malaysia Menipu?

23-4-2014 03:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 51177| Komen: 250

Description: Selepas Lebih 40 Hari Kehilangan Pesawat Mh370, Isteri Kepada Pramugara Hazrin Mohamed Hasnan Atau Lebih Dikenali Dengan Nama Rain, Maizura Othaman Hari Ini Sekali Lagi Meluahkan Perasaannya Secara Te ...




Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram.

Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.



“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya.

Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang.

Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang.

Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas.

Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini.

“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan.

Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian.

“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah.

“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya.

Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya.

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat.

Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi.

Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 23-4-2014 01:44 PM
Sape yg hijack tu
Quote Psychedelia 23-4-2014 01:45 PM
Ya.. mungkin ada kaitan dgn kedatangan Obama ke bumi Malaysia hujung minggu ni...
Quote noor2 23-4-2014 01:47 PM
ni yang hat dulu tu kan....?

tula...dulu kita baca beliau redha....tp dalam hati tuhan yang lebih tahu...tak pela..luahkan rasa hati yang terpendam sebenarnya...biarla...

siapa kita nak judge beliau.....
Quote aechae 23-4-2014 01:48 PM
ni bkn adik ipar forumer cni ke?? sape ntah nama x ingat
Quote atira 23-4-2014 01:48 PM
obama datang.. mh370 pon muncul

kene la beramai2 beratur blakang si senah utk sembah berhala nanti
Quote crossfire 23-4-2014 01:50 PM
atira posted on 23-4-2014 01:48 PM
obama datang.. mh370 pon muncul

kene la beramai2 beratur blakang si senah utk sembah berhala n ...

abam keross rasa ada can lah dgn minah nie...... apa pun tak boleh
Quote kiutkiut 23-4-2014 01:51 PM
hati seorang isteri.. mmg hati nak tengok bukti..
jasad ke.. serpihan pesawat ke..
tunjukkan lah kepada kami apa yg tersirat Ya Allah..
Quote batmana 23-4-2014 01:52 PM
leuren moret kata US tembak MH370

[youtube]uuWyLgIv1kg[/youtube]

pstu skrip berjalan cm biasa..

Quote crossfire 23-4-2014 01:52 PM
noor2 posted on 23-4-2014 01:47 PM
ni yang hat dulu tu kan....?

tula...dulu kita baca beliau redha....tp dalam hati tuhan yang lebih ...

tak redhalah tu noor...
ustaz kazim kata kalau si isteri redha dan suami redha, pahalanya amat besar...
jika benar suaminya terkorban...cari lain sebagai ganti---abam keross sudi...
Quote kegimaru 23-4-2014 01:53 PM
bertabah lah dik,suami mu MIA
Quote NIXAR 23-4-2014 01:53 PM
kang percaya kena hijack kuasa besar kang kena suruh sembah berhala pulak bang @crossfire            
Quote bidacool 23-4-2014 01:54 PM
kesian kt isteri ini.... sudah la pregnant, anak tak henti2 tanya mana ayah tak balik...... so nak melepaskan beban stress tu, cari je orang utk di salahkan.....

sabar ya......
Quote cmf_Strawberry 23-4-2014 01:56 PM
Masa berry tengok interview dgn waris di TV Alhijrah selepas perjumpaan tu memang pelik sangat, apa yang waris katakan berbeza dgn apa yg tv laporkan.  Berry rasa kalau pun kerajaan tak boleh nak pulangkan balik penumpang, juz come out clean dan beritahu apa yang sbenarnya berlaku walaupun sedikit. Yelah, faham ada yang tak boleh dihebahkan.. tapi janganla sembunyikan semua..
Quote atira 23-4-2014 01:57 PM
crossfire posted on 23-4-2014 01:50 PM
abam keross rasa ada can lah dgn minah nie...... apa pun tak boleh

skarang ni musim abg keros mengawan ye
Quote jerukkedondong 23-4-2014 01:57 PM
hensem giler si Rain...
Quote crossfire 23-4-2014 01:58 PM
NIXAR posted on 23-4-2014 01:53 PM
kang percaya kena hijack kuasa besar kang kena suruh sembah berhala pulak bang @crossfire            ...

frankly abam @NIXAR ..
kes nie abam keross BINGUNG..

Quote crossfire 23-4-2014 01:59 PM
atira posted on 23-4-2014 01:57 PM
skarang ni musim abg keros mengawan ye

musim hujan paham2 lah VIMAX tu ada lagi tu pun baca kat harakah.

Quote naina 23-4-2014 02:00 PM
knp nk bg sijil mati dan kewangan cepat2??
belum jumpa bukti apa2 pon
satelit ritu pon ragu2
mcm nk cepat2 tutup kes je
sape2 pon hangin dan sedih

bodo najib
Quote chickenwing 23-4-2014 02:00 PM
doa la banyak2 kak semoga Allah tunjukkan...tuduh2 pun wat tambah sakit hati je...kang nanti ada waris yg dah redho jadik x redho plak....

Lihat semua komen(250)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.174138 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top