CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Atuk ,69 Dicekup Bersama Gadis 16 Tahun !

24-4-2014 11:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12195| Komen: 41

Description: “Gadis Itu Mendakwa Terabai Selepas Kedua-Dua Ibu Bapanya Bercerai Dan Menerima Pelawaan Warga Emas Terbabit. Lelaki Warga Emas Itu Memahami Tinggal Sebumbung Dengan Bukan Mahram Walaupun Individu Be ...

Gambar hiasan


Melaka: Tindakan seorang lelaki warga emas menjadikan gadis berusia 16 tahun sebagai cucu angkatnya mengundang padah apabila dicekup kerana tinggal sebumbung dengan gadis itu di sebuah rumah di Kampung Jawa, di sini.

Dalam serbuan jam 1.30 tengah hari kelmarin, lelaki berusia 69 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas didapati berkurung bersama remaja perempuan berkenaan di rumah sewa setinggan berhampiran Sungai Melaka.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIM Rahimin Bani (gambar) berkata, berdasarkan aduan sepasukan anggotanya pergi melakukan siasatan dan sejurus tiba seorang lelaki warga emas keluar dari rumah itu.

Katanya, apabila memperkenalkan diri, anggotanya masuk untuk melakukan pemeriksaan dan menemui gadis itu sedang duduk di satu bahagian di dalam rumah terbabit.

“Soal siasat mendapati gadis itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan hanya memberitahu sebagai cucu angkatnya. Gadis itu mendiami rumah berkenaan sejak seminggu lalu tetapi bukan sepanjang masa dan hanya datang untuk bermalam atau mencuci pakaian,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, berdasarkan siasatan remaja terbabit mengenali warga emas yang tinggal bersendirian itu ketika mereka bertemu berhampiran kawasan air pancut di tepi Sungai Melaka.

Katanya, warga emas itu menawarkan gadis berkenaan tempat perlindungan dan mahu menjadikannya sebagai cucu angkat.

“Gadis itu mendakwa terabai selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai dan menerima pelawaan warga emas terbabit. Lelaki warga emas itu memahami tinggal sebumbung dengan bukan mahram walaupun individu berkenaan masih muda boleh mendatangkan syak serta menjuruskan kepada perbuatan maksiat,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-4-2014 05:05 AM
adakah atuk 69 tahun itu juga membuat aksi 69 ?
Quote kakikuDibibirmu 24-4-2014 05:06 AM
melaka darul kampung jawa
Quote pakweneelofa 24-4-2014 08:13 AM
ilmu baik datuk no... msti manhood dia tk kecik macam kawan tu
Quote haryatie 24-4-2014 08:21 AM
betul ker dia tolong kerana simpati..
bersangka baik je la..
tp xde cara yg menghalalkan matlamat...

Quote fifie_olin 24-4-2014 08:39 AM
mampu bgn lg ke
Quote abas8888 24-4-2014 09:07 AM
kalau simpati hantar le ke rumah perlindungan wanita...ni dok simpan macam nak buat lauk jer..
Quote shamsadis 24-4-2014 09:19 AM
dulu2 boleh la...zaman sekarang atuk pun pakai semak pong so...tak bleh
Quote MegiTomyam 24-4-2014 09:37 AM
Pandai atuk cari pucuk muda.
Quote dee_dee 24-4-2014 09:41 AM
sok kabar apa ni?
Quote tongkatwaran75 24-4-2014 09:48 AM
haryatie posted on 24-4-2014 08:21 AM
betul ker dia tolong kerana simpati..
bersangka baik je la..
tp xde cara yg menghalalkan matlamat. ...

tapi ada org tua-tua miang kekdg saja salam sambil pegang2 anak dara org...
lebih-lebih yg ada nama & pangkat...

bila org sindir mesra, `haram tu dato'..'.
dia pun jwb, `dorang nih mcm anak-anak aku jer...'
boleh gitu plak...
Quote mjla 24-4-2014 09:51 AM
Mula simpati...

Pastu jd cam somi isteri...
Quote rospinki 24-4-2014 09:53 AM
Jumpa lak kt kawasan air pancut lalu menjurus utk menjadi cucu angkat..rentetan sinopsis sebuah epilogue
Quote gaara_X 24-4-2014 10:48 AM
geram dok tengok lelama....hehehehe..tengah ranum katakan
Quote tongkatwaran75 24-4-2014 12:21 PM
bila lelaki perempuan tinggal berdua...
di tgh-tghnya adalah setan & nafsu...
Quote Marapetaka999 24-4-2014 05:07 PM
ish... xbaik kata bkn2.. mungkin ya atau x..kita pn xpasti betoi ka x... tp yg pasti yg dok kata tu dpt dosa free ja... pandai2 jatuh hukum sndiri.. kucing la,lauk la,sotong la...hahaha poeeeeeeennn la hangpa
Quote solstice 24-4-2014 05:17 PM
Mmmm atuk tu yg offer...
Baekk punya plan ye atuk
Nape x offer mna2 mat rempit?
Quote solstice 24-4-2014 05:20 PM
mjla posted on 24-4-2014 09:51 AM
Mula simpati...

Pastu jd cam somi isteri...

Mungkin atuk tu mngharapkan akan timbul bibit2 cinta ala2 pilem ombak rindu @ LYMA
Baek punya plan
Quote kucen_miang 24-4-2014 05:32 PM
atuk tu rindu kasih sayang cucu..bersangka baik


pertemuan mereka di air pancut.
Quote rosasa 24-4-2014 09:32 PM
Fuhhhhhhh

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.074356 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top