CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jep Sepahtu: 'Orang Nak Jatuhkan Saya

24-4-2014 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9725| Komen: 30

Description: Menurut Jep, Tuduhan Yang Dilemparkan Terhadap Dirinya Itu Terlalu Berat Malah Menganggap Ia Sebagai Satu Fitnah Sekali Gus Membuatkan Dia Terasa Seolah-Olah Ada Konspirasi Yang Mahu Menjatuhkan Dirin ...
“SAYA takkan maki peminat. Paling tak saya akan beritahunya secara baik. Tapi kalau sampai ada tuduhan yang kata saya memaki orang tersebut itu dah jadi satu fitnah,” kata Jep Sepahtu yang melahirkan rasa kecewa tentang dakwaan dirinya memaki peminat ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Mac lalu.

Menurut Jep, tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu terlalu berat malah menganggap ia sebagai satu fitnah sekali gus membuatkan dia terasa seolah-olah ada konspirasi yang mahu menjatuhkan dirinya.

“Kalau cerita negatif saya masih lagi boleh terima tapi janganlah sampai ia mengaibkan saya. Saya terkilan kerana perkara sebegini dah berlarutan sejak saya dalam Maharaja Lawak lagi. Ada sahaja cerita negatif tentang saya,” katanya selepas program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.  

Dalam pada itu, pelawak yang berasal dari Kulai, Johor ini menegaskan, tuduhan yang disebarkan menerusi kiriman surat di ruangan gosip di sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) itu secara terang-terangan bermotif untuk memburukkan dan menjatuhkan namanya.

“Kalau berfikir secara logik, takkan saya nak buat macam itu bila ada peminat yang ingin ambil gambar? Kita tak tahu siapa yang suka kita dan siapa yang tak suka.




“Sebab saya sedar, orang yang paling penting membuatkan saya berada hingga ke tahap ini adalah peminat dan saya sangat menghormati peminat saya. Mustahil saya buat perkara macam tu!,” tegasnya.

Enggan menunding jari kepada sesiapa, Jep berkata dia sedia memaafkan individu yang tidak bertanggungjawab itu, meskipun imejnya tercalar teruk.

“Saya doakan supaya kepada sesiapa sahaja hentikan perbuatan ini agar tidak berlarutan kerana dikhuatiri akan berbalik kepada diri mereka sendiri.

"Sejujurnya saya dah penat. Tapi saya tak akan mudah mengalah. Mujurlah sehingga hari ini masih ada rakan yang benar-benar menyokong dan memberikan semangat buat saya,” katanya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jefri90 23-4-2014 04:27 PM
ermmm retis pun manusia..btw, mcm dah ada jeeee
Quote ellZack 23-4-2014 04:28 PM
tak habis lagi ke cerita ni... -__-"
Quote iza.moha 23-4-2014 04:28 PM
Klu xde org jatuh kan pun ttp akan jatuh gak...sbb idea lawak zero..
Quote maxim 23-4-2014 04:31 PM
sambung sini je la..isu recycle je kot

http://mforum2.cari.com.my/forum ... ;extra=&page=12
Quote toxicated 23-4-2014 04:35 PM
Bajet shiro yg tulis surat tu ke.
Quote -electrifying- 23-4-2014 05:36 PM
sbr jela jep
Quote JerungHarimau 23-4-2014 05:44 PM
mmg org akn anggap ko 'maki' peminat sbgai benar tejadi... sbb ko mulut x jaga... main sedap balun je...
melawak tu bole... tp jgn modal asik nk pekenakn org.. asik nk merendahkn martabat org je...

plg x gemar die dok suke bahankn rupa paras org....
walhal... die x sedarkn ke tu scra x lgsg memperlekehkn kejadian tuhan.....
Quote Lavender_Violet 23-4-2014 05:45 PM
Bukan dah ada ke thread ni? Thread yg dia maki peminat tu?
Quote CrowneGlory 23-4-2014 05:53 PM
Dulu aku selalu trfikir kalau tgk sesetgh retis... Ada ke org minat dorg ni... Sekrg lps ada fb & insta baru aku tau ada gak dorg ni peminat walaupun ada yg sendu tahap kubur (bukan jep la tapi) ... Punya la hadap dgn retis sampai ada yg sanggup amik gmbr dgn retis sampai kena tengking ...
x heran pun kalau betul dlm kes jep ni agaknya memaksa sgt org tu ..
Quote kakikuDibibirmu 23-4-2014 06:15 PM
@jepp            
Quote kekbelacan 23-4-2014 07:20 PM
ala kalau jatuh pun ko dah kaya raya. Ada org dok atas pun tak kaya mcm ko. So tak perlu nak butthurt. Lagi pun pusingan nya mcm tu. Ada bakat baru muncul yg lebih bagus peminat pun beralih arah. Adat dunia. Ko je nak kna brsedia zaman kejatuhan so invest yr money wisely
Quote tomet05 23-4-2014 10:23 PM
mesti ada yang jeles la tuh kot ..
Quote pakweneelofa 23-4-2014 10:28 PM
jepp ni elok2 kontrak ngn tv3 je la untuk buletin cinta....itu je yg aku rasa best
Quote ajak_ajak 24-4-2014 10:02 AM
perlu ke bebanyak thread ttg jep?
err..

iols suka tgk jep dlm skul of lawak
ensem dan smart
Quote chickenwing 24-4-2014 10:10 AM
Jep memang best ponnn......sila terima dengan hati terbuka ye kawan2....hihihiii.....
Quote chandrahusin 24-4-2014 10:28 AM
nak berapa lama dok ataih..lama2 jatuh jugak jahh
sedang kan dato' ct pun kena berselfie nak tayang diri sbb rasa dh sejuk beku
Quote kenarikelabu 24-4-2014 11:33 AM
Bukan ni cerita lama ke?? BUkak benang baru lg kah?
Quote rosasa 24-4-2014 11:36 AM
i bet mesti ada sorang forummer yang sentap maut datang pasni meroyan pasal jep
Quote beatgirlX 24-4-2014 12:23 PM
aku memang tak pernah tengok dia berlawak..
so no komen

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057045 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top