CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Adegan Intim Bersama Sharnaaz Dalam 'Bkatc' Keterlaluan

24-4-2014 11:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40080| Komen: 243

Description: Mengimbas Sedikit Pengalaman Sepanjang Pengambaran, Nelydia Berkata Ada Satu Babak Yang Membuatkan Dia Berasa Segan Dengan Diri Sendiri. Misalnya Babak Dia Perlu Bercakap Dengan Bayi Di Dalam Perutnya ...



Walaupun ada dikalangan anda yang tidak berapa mengikuti drama fenomena 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' (BKATC), tapi setidak-tidaknya anda pasti tahu atau pernah terbaca laporan media mengenai kontroversi gambar sedutan babak-babak intim dua teraju utamanya iaitu Nelydia Senrose yang memengang watak Mastura dan Sharnaaz Ahmad yang menghidupkan watak Jebat.

Menurut heroinnya, Nelydia, mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan. Namun sebagai pelakon, mereka bersikap profesional dan hanya mahu memberikan lakonan yang terbaik. Selain, memenuhi tuntutan watak sepertimana yang tertulis dalam novel asalnya.


"Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel. Kami dah berikan lakonan yang terbaik", katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam tadi.

Sejak bermula episod pertama lagi, Sharnaaz kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis dan intim Jebat dan Mastura. Ditambah pula dengan kapsyen penuh makna dan memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yang sebenar. Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yang ditunjukan pada gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yang menyukainya.

Tak kurang juga komen negatif peminat yang menganggap adegan mereka itu keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon dan pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja 'menayangkan' momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

Tambah Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yang diadaptasi dari novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton.


Nelydia akui sedih kerana bakal meninggalkan watak Mastura.

Mengimbas sedikit pengalaman sepanjang pengambaran, Nelydia berkata ada satu babak yang membuatkan dia berasa segan dengan diri sendiri. Misalnya babak dia perlu bercakap dengan bayi di dalam perutnya.

"Babak masa saya mengandung dan bercakap dengan bayi saya sendiri, itu babak paling buat saya rasa segan dengan diri sendiri. Babak tu pun banyak kali take. Saya memang tak tahu kenapa saya rasa sangat jangal dan malu nak lakonkan babak tu. Cara saya atasi perasaan segan itu dengan cara saya gelak puas-puas dulu lepas tu baru saya masuk set sebagai Mastura.

"Selain tu babak yang paling akan menjadi ingatan saya ilaha babak-babak nostalgia yang sanagt dekat dengan pembaca-pembaca novel bagi drama ini seperti babak masuk hospital dan babak terjun kolam", katanya.

'BKATC' mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris bernama Jebat lakonan Sharnaaz, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang semakin baik. Jebat jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Matura lakonan Nelydia selepas tekad berhijrah mendalami agama Islam. Pelbagai konflik terjadi yang menjadi halangan percintaan mereka.

Diarahkan oleh Jamal Khan, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Iqram Dinzly, datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.

Sebanyak 60 episod, ia telah disiarkan sejak 9 Disember 2013.


1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 23-4-2014 08:59 AM
tak yah sedih nak leave watak mastura..leh je bermesra mcm mastura even bukan dlm drama..kalo dah suka
Quote Shahreen74 23-4-2014 09:07 AM
klu gitu romantiknyer.. sebagai manusia biasa mmg Qi patut jeles lah.. nasib baik la Qi tu pun pelakon.. leh la faham kan.. klu org biasa2nih.. yg x faham mmg perang besar leh clash laaaa....  
Quote famri7 23-4-2014 09:08 AM
Sedih x boleh berpeluk meramas sakan.? Yang soranh lagi puting keras..yang nih gigeh meramas..
Quote girlfriday 23-4-2014 09:09 AM
sedih dah tak dapat nak bersoft porn lagi ke?
drama melayu nowadays..jijik je
Quote ainie_1008 23-4-2014 09:13 AM
mmg tak tgk pon. tgk skali je. gedik gila mastura smpikan trus aku blacklist cter nie. malu nak tgk dgn fmily.
Quote tomet05 23-4-2014 09:17 AM
er .. abis la kena lahar cite nih
Quote azman888 23-4-2014 09:18 AM
azie.dz posted on 23-4-2014 08:59 AM
tak yah sedih nak leave watak mastura..leh je bermesra mcm mastura even bukan dlm drama..kalo dah su ...

gatal kerang dah nely nih.... mmg sesuai la sharnaz tolong garu dgn terung...
Quote azie.dz 23-4-2014 09:20 AM
azman888 posted on 23-4-2014 09:18 AM
gatal kerang dah nely nih.... mmg sesuai la sharnaz tolong garu dgn terung...

err err...

no komen
Quote schababe 23-4-2014 09:26 AM
hahaha..sedihhhh sgt la
pasni xleh nak gesel2 lagik
Quote cantleyi 23-4-2014 09:32 AM
tahniah sebab berjaya menghidupkan watak mastura

setuju ngan kata2 @azie.dz kalu da suka ngan empunya diri

teruskan niat baik..
Quote katakau 23-4-2014 09:33 AM
crite nie ngan projek memikat suami telah di banned oleh family iols..rs geli geliman nengok..
Quote manehnya 23-4-2014 09:39 AM
mmg over, semalam aku tgok pun naik bulu roma...

laki aku dok ckap "jgn nagis.. jgn nagis..."

lerrr... aku kata makalau adiputra yg jd jebat aku dh lama dah nges
Quote edoraixora 23-4-2014 09:42 AM
pasni mesti terindu2 aksi intim bersama....
Quote tara_tara 23-4-2014 09:42 AM
X tengok pun. Over kot nely dalam cite ni. Patutpun si qi tu jeles. Tapi yelah menghayati watak nak buat macam mana.
Quote faraRosales 23-4-2014 09:43 AM
cite nih dah abis ek?

okay la... hope pasni xde la org meroyan lg.. nak nely ngn nanaz.. hahaha.. bkn ape.. peminat ni cm x phm bahase plak.. kalo la dorg ada ap2 kompom akan jd.. ni xde pape.. jgn la pakse2..

kan kan?

pape pon good job utk mereka bdua... wpun aku x tgk.. tp tau dorg mmg plakon hebat
Quote NHolmes 23-4-2014 09:44 AM
Shanaz over sangat berlakon romantik
Quote sheetRock 23-4-2014 09:50 AM
wuah....wpun soft porn..

menangis2 aku tgk citer nih semalam...
Quote cikatilia 23-4-2014 09:52 AM
keterlaluan tapi professional

Quote nuralisa 23-4-2014 09:57 AM
apa jadi last cite ni?

Lihat semua komen(243)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068340 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top