KAX, Kini Menjadi BFF Artis Malaysia! Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti kesayangan anda dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya.
Kami sendiri tertanya tanya apakah sebenarnya Kax ini dan melalui apa yang kami tahu, Kax bukan hanya ada satu tetapi lapan variasi yang masing masing mempunyai karakter dan gaya tersendiri. Sesuai untuk menjadi teman kepada sesiapa pun. Ini Nad Zainal bersama Kax bernama Dolly yang kami pasti karakternya sebagai seorang yang nakal dan kelakar namun dalam gayanya yang suka bermain main, tidak bermakna Dolly tidak mahu serius untuk berjaya. Buat Nad Zainal, Dolly memang teman baik yang memahami — lihat sahaja mimik wajah mereka, boleh kelihatan serupa. Heh.
Peachy juga khabarnya satu karakter yang mampu bertegas jika keadaan memerlukan, satu sifat positif yang dikongsi Najwa Latif. Seorang lagi selebriti yang memilih Peachy adalah Qi Razali. Ahli perniagaan dan juga selebriti berjaya seperti Fizo Omar pastinya mahukan Kax seperti Foxy kerana ianya tahu dengan jelas apa yang dimahukan dalam hidup — ciri positif seorang yang mahu berjaya dan anda tidak akan mahu menjadi penghalang kepada keinginan mereka. Bahaya! Jika anda mencari BFF sebagai teman untuk berjaya setiap hari, Foxy yang juga menjadi pilihan Iqram Dinzly, Hanis Zalikha dan Erin Malik ini pasti menjadi pilihan. Kita semua perlukan BFF begini. Tetapi … Di mana kita semua boleh dapatkan patung comel Kax ini kerana maklumat yang berjaya kami temui hanya memberikan laman web rasmi Kax di http://www.kax.com.my/index.php dan ya, kami sendiri masih mencari. Di sana anda boleh mengetahui kesemua lapan karakter Kax yang bakal (sudah?) berada di pasaran kini dan kami juga bakal berusaha mengumpul kesemuanya kerana terlalu comel dan bersifat positif untuk dilepaskan sebagai BFF. Sebentar, apa yang kami jumpa juga sebenarnya agak mengejutkan. Ada beberapa edisi khas Kax sudah mula dijual di laman web eBay dengan harga yang sangat eksklusif. Boleh menangis mahu pecahkan tabung untuk beli. Sila maklumkan kepada kami jika jumpa yang lebih murah. Kax yang mana akan menjadi pilihan anda untuk bergelar teman baik atau BFF sepanjang masa? |
leezzaliza posted on 24-4-2014 05:55 AM
Celah mane yg best nye patung bodoh ni... Bole ckp2 ke...?? Bole kongsi pendapat, masalah ke yg gigi ...
ira_229 posted on 24-4-2014 06:23 AM
boleh record suara lepas tu pantulkn semula suara tu..harga lebeh kurang $150.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061041 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.