CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Atilia Pindah Ke Koh Samui Julai Depan

25-4-2014 11:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32004| Komen: 180

Description: "Jadi Sebab Itulah Saya Perlu Mantapkan Lagi Kemahiran Dan Pengetahun Saya Terhadap Senaman Ini", Katanya Atilia Ketika Ditemui Pada Majlis Koleksi Terbaru Jenama Fesyen Dressing Paula Sempena Mus ...


Selepas impiannya mahu membuka pusat Yoga yang diberi nama 'Yoga One That I Want', tercapai pada pertengahan tahun lalu, kini Atilia Haron, 39, merasakan dia perlu memantapkan lagi kemahiran serta pengetahuannnya terhadap senaman kesihatan itu. Justeru penyanyi kecil sudah membuat keputusan mahu menetap di Koh Samui, Thailand, demi mengikuti krusus senaman tersebut, selama sebulan.

"Pada bulan Julai ini saya akan berpindah ke Koh Samui. Saya akan mengikuti kursus kemahiran yoga di sebuah sekolah di sana selama sebulan. Alhamdulillah keluarga saya benarkan saya berpindah ke sana. Saya teruja. InsyaAllah, raya ke-12 nanti baru saya akan pulang semula ke sini.


"Walaupun sudah lapan tahun saya melibatkan diri dengan senaman ini, tapi saya rasa selagi saya belum dapat sijil kelayakan, saya tak yakin untuk mengajar para pelanggan yang datang di pusat Yoga saya. Paling membimbangkan sekiranya berlaku apa-apa insiden tak diingini misalnya mereka tercedera, saya masih kurang mahir tentang soal itu.

"Jadi sebab itulah saya perlu mantapkan lagi kemahiran dan pengetahun saya terhadap senaman ini", katanya Atilia ketika ditemui pada majlis koleksi terbaru jenama Fesyen Dressing Paula sempena Musim Bungan & Panas 2014, bertempat di Bridge Bar, G Tower, petang semalam.

Sebelum ini pemilik nama sebenar, Raja Putri Atilia binti Raja Haron, ini telah membuka pusat yoga yang terletak di Damansara Perdana. Kini anak kepada penyanyi popular Salamiah Hassan ini boleh berbangga apabila pada 1 Mei ini dia bakal membuka cawangan kedua yang terletak di Shah Alam.

Dalam pada itu, Atilia juga berharap sekembalinya dia ke tanah air nanti, berbekal ilmu yang diperolehi, dia mahu mengubah persepsi sebilangan masyarakat yang mempunyai bertanggapan negatif terhadap senaman yoga.


"Ada yang beranggapan senaman ni diiringi dengan bacaan mantera dan macam-macam lagi andaian. Padahal tidak. Jadi saya nak ubah mentaliti itu. Kerana senaman ini sebenarnya untuk kesihatan badan dan mengeluarkan peluh.

"Selain itu saya gembira dengan sambutan yang mengalakkan daripadaa para pelanggan yang mengikuti kelas di pusat yoga saya. Lebih kurang 70% pelanggan saya adalahh wanita yang bertudung. Paling best, bila ada antara mereka yang berjaya menguruskan badan selepas mengikuti kelas, malam selepas itu mereka turut membawa suami untuk sama-sama mengikuti kelas senaman ini", katanya.

Perkembangan lain, Atilia bakal melancarkan album terbarunya tidak lama lagi.

6

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NHolmes 24-4-2014 08:52 AM
Ingatkan pindah terus. Sebulan jek pun
Quote mamapea 24-4-2014 08:57 AM
ingat pindah sana terus..rupanya sbln jer...
Quote cikatilia 24-4-2014 08:57 AM
apa je matlamat idup sheols eh
yoga?
Quote reenz013 24-4-2014 08:58 AM
sebulan je..igt selamanya
Quote lucky_peace 24-4-2014 09:19 AM
lol, pindah sebulan pon nak g tau umum, itu bukan pindah.. itu ala2 outstation hah...
Quote SyaAnis 24-4-2014 09:27 AM
adeh...

pindah ngan outstesen pun tak reti beza...

saje nak wat citer la tuh...

hihihi...
Quote wookiehoney 24-4-2014 09:30 AM
kalau dia mnetap kat sana terus pun takpe
Quote naina 24-4-2014 09:37 AM
mesti akan ada cerita pasal pelancaran album..tp xdgr pon lagu2 dia kt radio
Quote naina 24-4-2014 09:39 AM
baju tu..dlm gmbr mcm bese2..tp bila tgk depan mata mak oiii ketatnya
mcm telanjang.
Quote martiena 24-4-2014 09:39 AM
sebulan xde la pindah .......
ceh
Quote miminn 24-4-2014 09:41 AM
tak perlu kot cakap pindah. cakap lah pi kursus je. masa degree 4 bulan kat uni tak balik rumah takdak sape pulak kata pindah.
Quote tomet05 24-4-2014 09:41 AM
sebulan jer .. so ape gossipnya ? kui3
Quote ell768 24-4-2014 09:43 AM
lorrrr..sebulan jer...penat tol aku baca..
Quote schababe 24-4-2014 09:44 AM
khennnn...takat sebln jew pun dok sane
Quote edoraixora 24-4-2014 09:47 AM
macam tak kena jer word pindah tu...
cakap je lah berkursus
poyo sgt berpindah katenye
Quote mimirahim 24-4-2014 09:51 AM
lol. pindah mendenye
Quote bottombikini 24-4-2014 09:52 AM
sembang macam nak pindah terus..

siyes tak suke tengok pempuan pakai dress ketat cegitu...
Quote mzzenma 24-4-2014 09:54 AM
Tak sedap langsung nama pusat yoga dia tu..yoga bear lg sedap hehehe
Quote judicata 24-4-2014 09:54 AM
raya ke-12 balik msia? maka puasa & raya di perantauan la ye... semata2 belajar yoga? hmmm.......

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.128870 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top