CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Siti Nurhaliza Sumbang RM20 Ribu Kepada Tabung Wira Lahad Datu

14-3-2013 05:11 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 47460| Komen: 283

Description: Selain itu, Siti juga salah seorang askar Wataniah. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus Siti lakukan sebagai tanda prihatin kepada wira-wira negara kita,”
Siti Nurhaliza Sumbang RM20 Ribu Kepada Tabung Wira Lahad Datu



Diva popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, hari ini menyumbang RM20,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu, Media Prima Berhad sebagai tanda keprihatinannya kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban.

Jelas Siti, beliau terpanggil untuk menghulurkan bantuan kerana dapat merasakan keperitan yang dihadapi oleh ahli keluarga anggota keselamatan terbabit. Sebagai insan seni dia menganggap pemberiannya itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang harus dilaksanakan.

“Daripada jumlah RM20,000 ribu itu, RM10,000 adalah sumbangan daripada Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd dan RM10,000 lagi daripada SimplySiti Sdn Bhd. Siti rasa terpanggil untuk menderma kerana Siti ingin menghargai jasa anggota keselamatan kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan keamanan negara. Siti juga anak anggota polis, jadi Siti dapat merasakan keperitan yang dialami oleh ahli keluarga anggota keselamatan terbabit.

Selain itu, Siti juga salah seorang askar Wataniah. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus Siti lakukan sebagai tanda prihatin kepada wira-wira negara kita,” ujar Siti yang hadir sendiri ke Sri Pentas untuk menyerahkan cek sumbangan beliau kepada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar pada Selasa.



Sementara itu, Siti juga turut menggesa  rakyat Malaysia agar menghulurkan bantuan kepada Tabung Wira Lahad Datu ini sebagai tanda sokongan kepada perjuangan anggota keselamatan dalam mempertahankan keselamatan negara.

“Harap masyarakat di luar sana boleh menghulurkan bantuan kepada tabung ini. Jika tidak boleh beri sumbangan dalam jumlah yang banyak, sedikit pun tidak mengapa. Kalau bukan dalam wang ringgit, mereka juga boleh berdoa agar setiap anggota keselamatan yang bertugas berada dalam keadaan selamat,” ujar Siti lagi.

Mengulas tentang tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah, Siti memberitahu dia berpendapat tindakan mereka itu tidak wajar sama sekali.

“Tidak wajar kalau ada orang yang memperlekehkan perjuangan anggota keselamatan kita di sana. Mereka berjuang untuk negara, jadi kita harus hargai pengorbanan mereka. Sebagai rakyat Malaysia kita harus jadikan insiden ini sebagai satu motivasi untuk lebih cintakan negara.

Kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban, Siti harap mereka tabah. Mereka patut rasa bersyukur kerana ahli keluarga mereka tewas ketika mempertahankan maruah negara,” ujar Siti yang bakal mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban pada Khamis ini.  


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 5-12-2012 11:17 PM
kalau pakai tudung macam gini lagi cun dari sejemput topi tu
Quote anairish 5-12-2012 11:21 PM
ya betul!!
Quote KumbangPolkaDot 6-12-2012 12:32 AM
cmf_blingblings posted on 5-12-2012 11:17 PM
kalau pakai tudung macam gini lagi cun dari sejemput topi tu

kalau pakai tudung camni takleh menari kak
Quote RatuDunia94 6-12-2012 12:55 AM
setuju.. kalau pakai tudung mcm ni lg cun.. manis je.. x payah nk terkeluar jambul2 dah..
Quote pakwetizzaqyah 6-12-2012 12:55 AM
artis tak pakai tudung nk jual tudung??? ibarat orang melayu tk makan babi sibuk nk bisnes jual daging babi??? kah kah kah
Quote hasniey 6-12-2012 01:13 AM
ct pkai tudung cmni nmpak lg comel dr pkai selendang/topi yg nmpk jambul iteww
tp ok lah...buat amal kebajikan,jual pon tudung yg lengkap..
xde la ct tetibe lelong selendang yg selalu dia pkai tu...  
Quote sepitsiput 6-12-2012 01:18 AM
FT lelong trofi, dia pun nak melelong jugak. x nak kalah sejak dulu lagi. tp lelong tropi tak mau (haruslah x mau, usaha keras nak menang semua trofi2 tu)...

apa2pun, tahniahlah, dlm pada nak cari limelight di saat namanya dah suram, masih boleh beramal ya!
Quote hasniey 6-12-2012 01:25 AM
pakwetizzaqyah posted on 6-12-2012 12:55 AM
artis tak pakai tudung nk jual tudung??? ibarat orang melayu tk makan babi sibuk nk bisnes jual dagi ...

alahai...ko ni haters ker?
aku pon xde la suke ct ni, tp perumpaan ko cm xkene lah
org nk buat amal tu...bio je lah,
boleh je di ibarat cm org siam pi jual telekung
Quote perang_saudara 6-12-2012 01:48 AM
akhirnya bertudung litup, tidaklah seperti benazir bhuto lagi....
Quote gekkou 6-12-2012 02:17 AM
sekurang2nya dia beramal
bnda yg baik sokong aje
niat dia x nak kalah ke nk menunjuk ke apa
itu antara dia dengan Allah
lagipun dia lelong tudung..bukan jual bnda x elok

cantik beliau pakai tudung begini

Quote anis01 6-12-2012 02:43 AM
sokong dia berbuat benda baik
ikhlas atau x terpulang pada dia
siapa kita yang nak tentukan
Quote chazey 6-12-2012 02:50 AM
tudung seperti itu bukan ka dilaknat ummah?

tidak labuh enough untuk menutupi buah dada katanya.
Quote manjamama 6-12-2012 03:28 AM
Lawanya Siti pakai tudung mcm tu. kalau pakai terus mcm tu kan Bagus..
Quote kmelankolia 6-12-2012 06:48 AM
kalau ct bertudung kan nampak anggun, tp tudung tu labuhkan tutup ketet tu.
Quote maxim 6-12-2012 07:19 AM
pakwetizzaqyah posted on 6-12-2012 12:55 AM
artis tak pakai tudung nk jual tudung??? ibarat orang melayu tk makan babi sibuk nk bisnes jual dagi ...

komen2 kau ni sumanya negatif...busuk btl hati..agaknye kau kuat makan babi?

Quote mea 6-12-2012 07:27 AM
bleh pun pakai sempurna......
Quote cumel 6-12-2012 07:32 AM
encemnya abg fahrin kat gambar tu..
Quote Hessa 6-12-2012 08:10 AM
yg baik kita sokong, yg sebaliknya kita tegur...
Quote mea 6-12-2012 08:12 AM
   vs   


cantik banget bertudung litup jah...

Lihat semua komen(283)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.233354 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top