CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Lebat, Air 6 Loji Bertambah

29-4-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4918| Komen: 8

Description: "Situasi Ini Telah Menyebabkan Sesetengah Kawasan Yang Sepatutnya Dikenakan Catuan Masih Menerima Bekalan Air Di Premis Mereka Namun Situasi Ini Adalah Bersifat Sementara," Katanya Dalam Satu Keny ...

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkata hujan yang kerap ketika ini meningkatkan jumlah air mentah di sungai utama dan membolehkan enam loji rawatan menambah pengeluaran air terawat.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata, keadaan ini membolehkan syarikat itu membekalkan air ke kawasan yang terlibat dengan catuan.

"Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan masih menerima bekalan air di premis mereka namun situasi ini adalah bersifat sementara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata enam kawasan yang menerima bekalan air tambahan ialah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Priscilla mengingatkan pengguna agar berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air serta sentiasa bersedia menghadapi catuan bekalan yang dilaksana mengikut jadual.

Beliau berkata pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan dan dijangka tamat pada 30 April ini, atau suatu tarikh yang akan diputuskan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Orang ramai yang masih keliru dengan pelan catuan bekalan air boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat berhubung kawasan terbabit catuan, jadual catuan harian dan polisi lain berkaitan catuan itu. 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 28-4-2014 11:38 PM
yeeee....ada setengah kawasan orang prominen tidak dicatu.
Quote pakweneelofa 28-4-2014 11:45 PM
catu tetap catu...tk boleh berjimak korang punya pasa...syabas!
Quote roblucci 29-4-2014 12:04 AM
pakweneelofa posted on 28-4-2014 11:45 PM
catu tetap catu...tk boleh berjimak korang punya pasa...syabas!

kena puasa berjimak dulu
Quote AbukRokok 29-4-2014 01:03 AM
syukurlah ada Syabas
Quote underground 29-4-2014 01:47 AM
nape plak x bole bjimak?

sbb tak bole mandi hadas/wajib?

ko tau tak, kalo takde air utk mandi hadas, bole bertayamum aje utk solat?

“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)


aku jumpe satu thread berguna kalo masih ada yg jahil. nak tahu details, FAQ, sila rujuk ustaz bertauliah berdekatan anda. Wallahualam.

rujuk => http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2405.0
Quote totokreturn 29-4-2014 02:24 AM
Jangan risau, lepas nih kena catu lagi alasan pump rosak plak....
Quote MissNigga 29-4-2014 06:48 AM
tak reti nak ngurus air..ni ler hasilnya
Quote shysari 29-4-2014 07:17 AM
Jadual catuan pun tak boleh pakai punya..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045796 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top