CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tldm Nafi Agenda Asing

29-4-2014 01:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4148| Komen: 1

Description: “Keupayaan Tldm Menggerakkan Aset Dalam Operasi Ini Di Samping Pelaksanaan Operasi Berkala Yang Lain, Membuktikan Kemampuan Tinggi Dimiliki Tldm Serta Warganya.
TLDM nafi agenda asing


KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menafikan dakwaan bahawa negara-negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 mempunyai agenda tersendiri.

Kata beliau, setiap penat lelah kesemua petugas yang dikerahkan dalam misi itu menghulurkan bantuan atas dasar hubungan baik dengan Malaysia.

“Itu hanya spekulasi, saya bersama kerajaan mengatakan bahawa tiada apa yang berlaku, kita yakin mereka lakukan yang terbaik dalam operasi pencarian.

“Jadi kita perlu berbangga dengan apa yang telah kita laksanakan dalam operasi SAR, kita sudah buat yang terbaik,” katanya ketika sesi wawancara bersama media sempena sambutan ulang tahun TLDM ke-80, di sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, kemampuan TLDM dalam beberapa operasi termasuk pencarian pesawat MH370 terbukti dengan menghantar aset-aset yang disertai pasukan petugas.


“Keupayaan TLDM menggerakkan aset dalam operasi ini di samping pelaksanaan operasi berkala yang lain, membuktikan kemampuan tinggi dimiliki TLDM serta warganya.

“TLDM terlibat sejak 8 Mac. Operasi kini tertumpu di Lautan Hindi bagi mengesan kotak hitam pesawat,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata TLDM perlu ada penambahan aset yang lebih berteknologi dalam menghadapi insiden seumpama ini.

“Kita perlukan aset berteknologi tinggi, itu yang kami mahukan.

Tambahnya, ia sangat diperlukan memandangkan kebanyakan insiden termasuk pencerobohan khususnya melibatkan laluan laut.

“Kita dalam masa yang sama telah majukan perancangan untuk penambahan aset kerana kawasan maritim kita luas, dua kali ganda daripada kawasan darat.

“Apa-apa sekalipun yang berlaku ia akan melalui laluan laut,” katanya.


Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=796841&extra=&page=1
5

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mirae7729 29-4-2014 02:26 PM
Serius ku katakan...ini akan menyebabkan kuasa luar dpt melihat kelemahan kita..ada kapal selam..tp xble nk selam.jet pejuang pn tahun bile..kereta kebal??bpe biji je ade..klu kte singaporn tu jahatla..sekejap je.bajet billion2..tp ape yg nmpk?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042526 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top