CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Budak Sekolah Agama Bergaduh Sampai Mati

30-4-2014 05:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27120| Komen: 163

Description: Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar Berkata, Sebelum Kejadian, Mangsa Dikatakan Telah Menuduh Rakannya Itu Mencuri Alat Permainannya Sebelum Tercetus Pergaduhan Antara Mereka.

Gambar hiasan



Pelajar sekolah agama mati dalam pergaduhan

KUALA LUMPUR 30 April - Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

``Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri,'' katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital.

Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

``Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat,'' katanya.

1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atai 30-4-2014 03:58 PM
Kurang didikan agama..pengaruh rakan sebaya..dapat dah 2 markah ni..
Quote prettymanja 30-4-2014 03:59 PM
mkin blajo agama, mkin samseng lak bdak2 nie
Quote ladyxez 30-4-2014 04:01 PM
Tumbuk tiga kali je .... ada sakit lain kot
Quote Qissya2014 30-4-2014 04:02 PM
samsengnya budak2 zmn skrg
Quote satriastendet 30-4-2014 04:04 PM
boleh apply hukum hudud x?
Quote annehuda 30-4-2014 04:05 PM
budak2 zaman skrang ni barannye lain mcm je.
Quote asermullen 30-4-2014 04:08 PM
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.


pengaruh takken ni.. bagi combo terus k.o.
Quote mamasaffiya 30-4-2014 04:11 PM
kuat sgt ke tumbuknya?
Quote Modngengade 30-4-2014 04:13 PM
prettymanja posted on 30-4-2014 03:59 PM
mkin blajo agama, mkin samseng lak bdak2 nie

parent hantar anak2 yg perangai mcm setan ke sekolah agama dgn harapan anak tersebut boleh berubah menjadi manusia...
tetapi, realiti nya, budak setan tersebut membawa budaya setannya ke sekolah agama tersebut...
tak heran, byk jer budak2 sekolah agama yg perangai mcm lahanat

Quote rosasa 30-4-2014 04:16 PM
15 tahun dah jadi penyangak
Quote Vellfire 30-4-2014 04:17 PM
ladyxez posted on 30-4-2014 04:01 PM
Tumbuk tiga kali je .... ada sakit lain kot

tumbuk dgn sepuas hatilah tu.... ... x fikir masa depan langsung!
Quote ctaz 30-4-2014 04:22 PM
`Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri,'' katanya ketika dihubungi Bernama.

yg meninggal tu mulakan dulu.....
yg tumbuk 3 kali tu mempertahankan diri.....
Quote norim 30-4-2014 04:26 PM
Murid2 yg belajar di SMKA Rawang ni... selalunya budak2 cerdik. Bukan budak2 yg terbuang atau yg nakal2. Antara sekolah yg cemerlang di Selangor.
Quote crossfire 30-4-2014 04:27 PM
ladyxez posted on 30-4-2014 04:01 PM
Tumbuk tiga kali je .... ada sakit lain kot

memanglah 3 kali, tapi kalau 3 kilo penombok, anjing german serpad pun boleh mati, 302 kerana membunuh , boleh bebas kalau tanpa niat, dah tumbuk mestilah ada niat...

Last edited by crossfire on 30-4-2014 04:28 PM

Quote Bedah.Cun 30-4-2014 04:34 PM
Pusat pembuangan sampah2 msyrkt kecil, sekolah2 agama
Quote jengkoil 30-4-2014 04:38 PM
crossfire posted on 30-4-2014 04:27 PM
memanglah 3 kali, tapi kalau 3 kilo penombok, anjing german serpad pun boleh mati, 302 kerana memb ...

Abe kerop...ni mesti jatuh under membunuh tanpa niat...pastu bawah umo...juvanan..sekolah Henry gurney sajork...
Quote akusukaq 30-4-2014 04:40 PM
crossfire posted on 30-4-2014 04:27 PM
memanglah 3 kali, tapi kalau 3 kilo penombok, anjing german serpad pun boleh mati, 302 kerana memb ...

Kesian kat ibu bapa budak budak ni ingatkan hantar kat situ jadi anak soleh tapi jadi anak setan bawak musibah
Quote Modngengade 30-4-2014 04:41 PM
norim posted on 30-4-2014 04:26 PM
Murid2 yg belajar di SMKA Rawang ni... selalunya budak2 cerdik. Bukan budak2 yg terbuang atau yg nak ...

betul ker uoul?

setahu ioul sekolah agama yg terbilang adalah SMAP Labu, SMAP Kajang (select budak 5A UPSR) , dan KISAS (select budak straight A  masa PMR)...
kalau kat ganu  IMTIAZ..mmg terbaik budak2 dier
yg lain2 tu suam2 kuku jah....

Last edited by Modngengade on 30-4-2014 04:43 PM

Quote sayawifenikmie 30-4-2014 04:42 PM

.. amboi .. sampai kanun keseksaan 302 ....  dah katanya mangsa yang pukul dulu .. self defense  la tu .... dah cukup umur ke masuk bawah kanun keseksaan ...?

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073252 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top