CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Penyokong Jdt Buat Hal Lagi

6-5-2014 12:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37758| Komen: 363

Description: Johor Bahru: Kekecohan Dicetuskan Segelintir Penyokong Tuan Rumah Menyebabkan Kira-Kira 100 Penyokong Dan Juga Pemain Pahang Tidak Dapat Keluar Dari Stadium Tan Sri Hassan Yunus Sebaik Perlawanan Sepa ...
Johor Bahru: Kekecohan dicetuskan segelintir penyokong tuan rumah menyebabkan kira-kira 100 penyokong dan juga pemain Pahang tidak dapat keluar dari Stadium Tan Sri Hassan Yunus sebaik perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang, di sini berakhir sebentar tadi.


Tindakan provokasi segelintir penyokong termasuk menghambur kata-kata kesat menyebabkan situasi bertukar tegang dan memaksa pasukan keselamatan daripada Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan mengambil langkah berjaga-jaga.Sehingga 12.20 tengah malam tadi, penyokong masih enggan bersurai walaupun dinasihatkan pihak keselamatan.

Kekecohan dipercayai berpunca daripada insiden kekasaran ke atas pasukan JDT sewaktu Liga Super di Kuantan sebelum ini.

Sebahagian penyokong JDT yg masih enggan beredar dari perkarangan stadium.



Pihak polis dilihat menemui wakil penyokong tempatan, seorang lelaki awal 40-an yang sebelum itu lantang bersuara termasuk menuntut pemain Pahang menuntut maaf di atas apa yang terjadi dan pertemuan tertutup antara lelaki itu serta wakil pemain Pahang diaturkan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintendan Abd Samad Salleh.

Sewaktu wakil Elephant Army yang memperkenalkan diri sebagai Angah memohon maaf daripada rakyat dan penyokong Johor selain berjanji tidak akan berlaku kekasaran terhadap penyokong Johor, keadaan tiba kecoh apabila polis mula menangkap orang ramai yang sejak tadi berkumpul.

Bagaimanapun, Abd Samad berkata, pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada terdapat sebarang tangkapan.

Sejurus selepas semua penyokong JDT bersurai, pemain serta penyokong Pahang dilihat meninggalkan stadium.

Pahang membawa pulang bekal kelebihan jaringan di tempat lawan apabila mengikat JDT 1-1 di sini, dalam saingan malam tadi.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote secretservice 6-5-2014 07:03 AM
@peYno mana ko ek  
Quote highcastle 6-5-2014 07:04 AM
Sebagai warga Johor, aku mmg rasa malu lah perangai caprut camni.. Harap @peYno dapat memberi sepatah dua kata bagi memeriahkan lagi majlis sambil diserikan acara tabur garam.............
Quote akuMNdia 6-5-2014 07:07 AM
esok2 bila Pahang plak balas apa yg diorg buat ni tau plak diorg kecoh...
Quote secretservice 6-5-2014 07:07 AM
highcastle posted on 6-5-2014 07:04 AM
Sebagai warga Johor, aku mmg rasa malu lah perangai caprut camni.. Harap @peYno dapat memberi sepata ...

terbaik la ko ni
Quote GhostWalking 6-5-2014 07:13 AM
Hooligan kerrrrr.koser
Quote famri7 6-5-2014 07:14 AM
Ummah sakai akhiryna dpt murasai separuh akhir..jakun dan overexcited berpisah tiada...it runs in the blood.
Quote hanakikan 6-5-2014 07:18 AM
Aku ingatkan jdt kalah semalam sbb baca kat fb semalam bising2 pasal pengadil.
Quote CiliPadiSedap 6-5-2014 07:20 AM
hooligans wat roadblock kt stadium.
Quote kecimpret 6-5-2014 07:34 AM
Kakak tu lupa tabur garam semlm
Quote kentel 6-5-2014 07:35 AM
kelakar la malaysia ni...politik gaduh, main bola pun gadoh...blerghhhh
Quote redz85 6-5-2014 07:36 AM
betul jugak peyno tulis.. die hard fans since 2013.. baru kenal bola sepak
Quote peYno 6-5-2014 07:37 AM
highcastle posted on 6-5-2014 07:04 AM
Sebagai warga Johor, aku mmg rasa malu lah perangai caprut camni.. Harap @peYno dapat memberi sepata ...

peyno dapat bayangkan kembang2 hidung jawa johor tu. menuntut org mintak maaf kan dia.... Ya Rabbi... hina nya lagak sebegitu... peyno tak kutuk pon dah tak terkata lagi
Quote pelukis.plan 6-5-2014 07:37 AM
akuMNdia posted on 6-5-2014 07:07 AM
esok2 bila Pahang plak balas apa yg diorg buat ni tau plak diorg kecoh...

esok2 bila pahang balas balik jadi mcm perak
kena denda bagai
siap penyokong tak boleh masuk stadium dah

johor buat tak apa
fam semua takut kena tumbuk

Quote peYno 6-5-2014 07:38 AM
peYno posted on 6-5-2014 07:37 AM
peyno dapat bayangkan kembang2 hidung jawa johor tu. menuntut org mintak maaf kan dia.... Ya Rabbi ...

peyno marah sgt ni

jdt jaket pasti jadi trending kata caprut
Quote hawaq 6-5-2014 07:46 AM
Ada tumbuk2 dalam terowong tak?
Quote peYno 6-5-2014 07:46 AM
kentel posted on 6-5-2014 07:35 AM
kelakar la malaysia ni...politik gaduh, main bola pun gadoh...blerghhhh

dulu gaduh2 gak.. tapi takde la camni set2 indon dna johor baru nak kenal bola ... siap suruh org mintak maaf tuuuu..... alahaii
Quote peYno 6-5-2014 07:49 AM
hawaq posted on 6-5-2014 07:46 AM
Ada tumbuk2 dalam terowong tak?

kali ni edisi ngada2...

jawa johor jdt kata
"u kena mintak maaf kat i... klu tak i tak relakan"
Quote gaara_X 6-5-2014 07:51 AM
wait kat pahang ler lepas nie......
Quote atira 6-5-2014 07:55 AM
semakin hari semakin caprut

Lihat semua komen(363)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.127832 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top