CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencerobohan Haiwan Ternakan Sebab Kemalangan Di Lpt

6-5-2014 01:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8900| Komen: 30

Description: Dungun: Pencerobohan Haiwan Ternakan Dan Binatang Liar Ke Kawasan Lebuh Raya Sehingga Menyebabkan Kemalangan Bukan Perkara Baru.


                    
DUNGUN: Pencerobohan haiwan ternakan dan binatang liar ke kawasan lebuh raya sehingga menyebabkan kemalangan bukan perkara baru.

Kebimbangan sama, kini dikongsi pengguna Lebuh raya Pantai Timur yang turut tidak terlepas daripada ancaman haiwan berkeliaran.

Malah pengguna juga sering dikejutkan haiwan liar seperti babi hutan melintas terutamanya pada waktu malam.

Tinjauan Astro AWANI mendapati antara kawasan paling bahaya adalah di antara KM333 hingga KM340 dari kedua-dua arah berhampiran Dungun,Terengganu.

Keadaan bertambah buruk kerana pagar lebuh raya di musnahkan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus membuka ruang bagi haiwan menceroboh lebuh raya berkenaan.

Beberapa bangkai lembu yang dirempuh kenderaan menjadi bukti agar masalah ini diambil serius pihak bertanggungjawab.

Pada Sabtu, Kamariah Ismail maut manakala adiknya Che Ana Ismail, parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bersama lima ahli keluarga lain merempuh seekor lembu sebelum terbalik di KM337.

Manakala pada Rabu lalu, Noriza Mohd nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terlanggar babi hutan yang melintas di KM340 lebuhraya terbabit kira-kira jam 9 pagi.            

7

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 5-5-2014 02:59 PM
haiwan kan penduduk asal situ
Quote NIXAR 5-5-2014 03:00 PM
tuan2 lembu ni la spesis potong pagar tu. spesis ni membahayakan org ramai. lembu dgn babi hutan tu bukan tau apa.
Quote the_killer 5-5-2014 03:03 PM
NIXAR posted on 5-5-2014 03:00 PM
tuan2 lembu ni la spesis potong pagar tu. spesis ni membahayakan org ramai. lembu dgn babi hutan tu  ...

bagaimana pulak dengan Pontianak? Keta Woksuweigon Kuning? Hantu kebaya merah? langusir? Pocong? Hantu Tumpang?

adakah polis tak salahkan makhluk ni? kenapa perlu salahkan haiwan...polis ni rasis ka?
Quote scorpionkiki 5-5-2014 03:04 PM
Dungun dah termasuk DLM lebuhraya pantai Timur ker?
Quote namirulmukminin 5-5-2014 03:04 PM
Tuan lembu tu, bila dah lembu kena langgar haram taknak ngaku lembu dia... sebab taknak bayar gantirugi..
Quote NIXAR 5-5-2014 03:04 PM
the_killer posted on 5-5-2014 03:03 PM
bagaimana pulak dengan Pontianak? Keta Woksuweigon Kuning? Hantu kebaya merah? langusir? Pocong? H ...

tiada lg akta menyalahkan hantu tp sy pasti ada akta menyalahkan tuan2 lembu
Quote the_killer 5-5-2014 03:05 PM
NIXAR posted on 5-5-2014 03:04 PM
tiada lg akta menyalahkan hantu tp sy pasti ada akta menyalahkan tuan2 lembu

ini tidak adil....jika malaysia negara islam...konsep keadilan kena ada...biar semua kena...sama rata
Quote palmolive 5-5-2014 03:06 PM
aduhai..macam2
Quote batmana 5-5-2014 03:07 PM
cmne..
rata2 memecut, aku lalu mlm2.
kete dh mcm litar lumba
mklumla jln kt dungun tu sunyi

kalu dh bawa cm babi, mmgla akan langgar babi gamaknye..
mecut, tak igt ..tk tgk keadaan jln..
Quote maja07 5-5-2014 03:10 PM
namirulmukminin posted on 5-5-2014 03:04 PM
Tuan lembu tu, bila dah lembu kena langgar haram taknak ngaku lembu dia... sebab taknak bayar gantir ...

Dia pun spesis sama kot..
Quote NIXAR 5-5-2014 03:11 PM
the_killer posted on 5-5-2014 03:05 PM
ini tidak adil....jika malaysia negara islam...konsep keadilan kena ada...biar semua kena...sama r ...

itu hewan teda otak, gimana mau hukum
Quote the_killer 5-5-2014 03:13 PM
NIXAR posted on 5-5-2014 03:11 PM
itu hewan teda otak, gimana mau hukum

kalo hewan takda otak...mcmmana dia ley hidup?
Quote cfa 5-5-2014 03:13 PM
NIXAR posted on 5-5-2014 03:00 PM
tuan2 lembu ni la spesis potong pagar tu. spesis ni membahayakan org ramai. lembu dgn babi hutan tu  ...

tak paham, naper nak potong pagar? apa untungnya bagi lembu masuk highway? bukannya ada rumput tengah jalan tuh..?
Quote mak_wa95 5-5-2014 03:13 PM
Tuan yang bela lembu memang otak lembu..kecuali kak ijat sebab dia bela lembu dalam kondo...
Quote NIXAR 5-5-2014 03:16 PM
the_killer posted on 5-5-2014 03:13 PM
kalo hewan takda otak...mcmmana dia ley hidup?

ops silap.....teda akai
Quote NIXAR 5-5-2014 03:17 PM
cfa posted on 5-5-2014 03:13 PM
tak paham, naper nak potong pagar? apa untungnya bagi lembu masuk highway? bukannya ada rumput ten ...

tepi2 heway tu kan ada rumput juga. kira nak luaskan kawasan ragut la kot

Quote the_killer 5-5-2014 03:17 PM
NIXAR posted on 5-5-2014 03:16 PM
ops silap.....teda akai

hantu pon ada akai tak>?
Quote nebulagazer 5-5-2014 03:35 PM
Same je...sama baghal cam lombunya
Quote crossfire 5-5-2014 03:38 PM
NIXAR posted on 5-5-2014 03:00 PM
tuan2 lembu ni la spesis potong pagar tu. spesis ni membahayakan org ramai. lembu dgn babi hutan tu  ...

nyawa melayang disebabkan kebodohan orang lain orang Mat Said. Dulu orang Nan, tapi skang dah kurang.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.201095 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top