Description: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin Hari Ini Menuntut Siasatan Dilakukan Terhadap Seorang Pemilik Akaun Facebook Yang Mengejek Azan Umat Islam.Menteri Belia Dan Sukan Itu Menulis Dalam Twitter Dengan ...
SEGERA: KJ Tuntut Siasatan Hina Azan Dalam Facebook
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.
Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan. “Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.
mbhcsf posted on 15-5-2014 02:14 AM
u see? sapa yg banyak buat provokasi ?
Sekali pandang mmg ye. Dua kali pandang... macam pandai pulak golongan ni tentang perkataan2 dlm azan. Lebih2 lg bila nampak mcm dia tau maksud perkataan2 dan tau mana nak ganti dgn nama2 org. Tp tak dinafikan mmg saya kenal sorang dua cina bukan Islam yg pandai bahasa Arab dan agama Islam.
ini wira keyboard bodoh jerk ni..... sembang kat media sosial pompang2... bila org siasat.. kena tangkap... tiba2 muka kesian.. saya tak bermaksud.... tersilap gurauan... , mohon maaf atau paling bodoh.... fb saya kena hack