CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Taylor Swift Kecewakan 4,000 Peminat Indonesia

23-5-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21498| Komen: 22

Description: Walaupun Tiket Yang Dijual Mulai Mac Lalu, Menyaksikan Sambutan Hangat Daripada Peminat, Namun Konsert Red Tour, Taylor Swift Di Jakarta Terpaksa Dibatalkan.



WALAUPUN tiket yang dijual mulai Mac lalu, menyaksikan sambutan hangat daripada peminat, namun konsert Red Tour, Taylor Swift di Jakarta terpaksa dibatalkan.

Malah, pembatalan ini menyebabkan hampir 4,000 peminat yang juga pemegang tiket Bronze dan Silver terpaksa menelan kekecewaan.

Konsert yang dijadualkan bakal berlangsung pada 4 Jun ini, dibatalkan akibat kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Selaku promoter yang bertanggungjawab dalam konsert ini, PT Digital Makmur Sejahtera (DMS) turut meminta maaf di atas kekhilafan mereka.

Menurut wakil syarikat berkenaan, Emil Iskandar, pihak mereka memohon maaf di atas segala kesulitan itu dan bertindak untuk mengembalikan semula wang pembelian tiket sebelum ini.

"Kami mohon maaf kerana telah mengecewakan ribuan peminat. Kami sangat memahami kekecewaan mereka yang telah bersusah payah datang ke kiosk untuk mendapatkan tiket.

"Malah, pemulangan wang akan dilakukan secara berperingkat secara keseluruhan. Kami mencari solusinya, ternyata gagal dapatkan tiket Bronze dan Silver.

"Secara keseluruhannya, ada 449 tiket Silver dan 619 Bronze yang perlu dikembalikan 100 peratus," katanya.

Pun begitu, sehingga kini, Swift masih belum meluahkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.


Konsert di Malaysia diteruskan!

Konsert jelajah ini turut melibatkan beberapa negara lain termasuk Manila, Bangkok, Singapura dan juga Malaysia.

Walaupun gagal menghiburkan peminat di Jakarta, namun peluang untuk peminat di negara ini untuk menonton persembahan Swift masih terbuka luas.

Bukan sahaja di dada akhbar, malah di kaca televisyen juga, promosi dan iklan sedang giat dijalankan.

Bakal menemui peminat pada 11 Jun ini di Stadium Putra Bukit Jalil, ramai di kalangan peminat sudah tidak sabar untuk turut serta di konsert julung kali diadakan di ibu kota ini.

Pemenang anugerah Grammy ini mengambil keputusan untuk membawa konsert jelajah tersebut ke Asia Tenggara selepas mendapat permintaan tinggi daripada peminat.
Malah, sebelum ini Swift mengakui teruja untuk beraksi buat kali pertamanya di Malaysia menerusi konsert yang dibawakan oleh, PR Worldwide dan AEG Live.


Punca perpisahan Braff?

Walaupun sibuk dengan persediaan untuk konsert jelajahnya, namun pemilik nama sebenar, Taylor Alison Swift, ini tidak terlepas dari kontroversi mengenai kehidupan peribadinya.

Malah pelantun lagu, Love Story, ini dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta yang baharu setelah kecewa dengan Harry Styles.

Bukan orang lain, jejaka yang dikaitkan dengan Swift adalah orang yang terdekat iaitu rakan kepada bekas kekasihnya.

Ada khabar angin mendakwa, Zach Braff pernah mengunjungi kediaman Swift dan menghabiskan masa bersama di sana.

Namun, Swift pantas menafikan perkara itu dan memberitahu ianya hanyalah tuduhan tidak berasas.

"Buat masa ini, saya tiada masa untuk semua itu. Malah, Braff juga tidak pernah datang ke rumah saya.

"Tak pernah walau sekalipun! Namun, kami pernah mengambil foto bersama ketika mengunjungi satu majlis hiburan.

"Namun, pertemuan itu hanya berakhir di situ. Tidak pernah saya mengajaknya ke rumah atau kami keluar bersama," katanya lagi.

Selain Styles, Swift juga pernah mempunyai hubungan cinta bersama beberapa selebriti iaitu John Mayer dan Joe Jonas.

Manakala Braff pula pernah bercinta selama lima tahun bersama Taylor Bagler, namun berpisah pada Mac lalu.

Malah, Swift juga turut dikatakan punca keretakan hubungan mereka berdua sehingga diakhiri perpisahan.


Persahabatan paling lama

Umum tahu, hubungan persahabatan Swift dan Selena Gomez masih terjalin dengan baik meskipun pernah dikatakan berantakan.

Menurut Swift, hubungan merak juga seperti pasangan bercinta apabila turut berdepan dengan masalah dan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Namun, akui Swift, persahabatan mereka adalah sesuatu yang sangat istimewa kerana mampu bertahan lama.

"Ini adalah persahabatan yang paling lama dibina. Saya kenal dia dan dia kenal siapa saya.

"Ramai orang luar yang tidak kenal kami dan cuba untuk menjatuhkan kami antara satu sama lain, namun kami sedar, ianya tidak akan mengubah apa-apa.

"Hubungan ini melalui banyak perubahan dan kami masih bertahan. Malah, ada kalanya saya rasa, saya tidak perlukan lelaki kerana dia (Gomez) sudah berikan saya segalanya," katanya lagi.

9

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
49

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 22-5-2014 01:59 PM
dia syok kat gomez kah??
macam sesuatu je hubungan diorang.. smpai tak perlukan lelaki. hamboi..hamboi..hamboiiiiiii..
Quote ogata 22-5-2014 04:56 PM
I tak dapat tengok concert tu... I harap concert turn batal
Quote cik_penguin 23-5-2014 08:57 AM
Haa... tak perlukan lelaki....? Apa yg Gomez bagi tu
Quote miminn 23-5-2014 09:20 AM
gaduh dengan selena pasal ituhari selena get back dengan justin bieber. ni diorang dah break balik, baik lah semula dengan selena.
Quote fly_in_d_sky 23-5-2014 03:43 PM
tiket dah jual ke?

Quote elamor 23-5-2014 09:30 PM
tajuk mcm TS yg bersalah
Quote chazey 24-5-2014 07:58 AM
Taylor Swift takleh hidup tanpa lelaki dengan Zach Braff la pula? Who's next? Tom Cruise?
Quote chazey 24-5-2014 08:00 AM
fly_in_d_sky posted on 23-5-2014 03:43 PM
tiket dah jual ke?

Tiket konsert di Malaysia ka?

Bukan lagi sudah jual, sudah sold out pun sejak bulan April lagi.
Quote fly_in_d_sky 25-5-2014 12:03 AM
chazey posted on 24-5-2014 08:00 AM
Tiket konsert di Malaysia ka?

Bukan lagi sudah jual, sudah sold out pun sejak bulan April lagi. ...

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote manjalara_01 25-5-2014 12:59 PM
makton posted on 22-5-2014 01:59 PM
dia syok kat gomez kah??
macam sesuatu je hubungan diorang.. smpai tak perlukan lelaki. hamboi..ham ...

xde ape yg pelik la..

lain org lain pengalaman..
kalau x bf taylor swift semua spesis terbaik ala2..taylor lautner
confirm die x kan buat statement mcm tu...
tp dh love life die..more bitter than sweet...
so ade la nada kkecewaan kat situ..tuptup terkluar gomez
pulak bile cerita psl ni...
Quote manjalara_01 25-5-2014 01:06 PM
elamor posted on 23-5-2014 09:30 PM
tajuk mcm TS yg bersalah

tu la psl..
sbb tu manja terus terjun sini..

tajuk kata > ts salah
artikel kata> pihak penganjur salah
pihak penganjur kata> teknikal bersalah

so sape yg bersalah sebenarnye ni? Justin Bieber?  
Quote beatgirlX 27-5-2014 02:48 PM
skang peluang nak rebut tiket dgn dgr radio..huwaaaa..............
Quote elamor 27-5-2014 08:35 PM
concert kat bangkok kena cancel

image.jpg

image.jpg Last edited by elamor on 27-5-2014 08:38 PM

Quote beatgirlX 28-5-2014 05:02 PM
confirm tak nanti kat Malaysia jadi super crowded dgn fans dari asia??
Quote elamor 28-5-2014 06:35 PM
beatgirlX posted on 28-5-2014 05:02 PM
confirm tak nanti kat Malaysia jadi super crowded dgn fans dari asia??

fans dari negara lain dtg tgk kat stadium putra?
Quote beatgirlX 29-5-2014 09:27 AM
elamor posted on 28-5-2014 06:35 PM
fans dari negara lain dtg tgk kat stadium putra?

rasanya kot sebab kat indon ngan bangkok da cancelled..tapi tiket da sold out kan kat sini?
Quote elamor 29-5-2014 09:51 AM
beatgirlX posted on 29-5-2014 09:27 AM
rasanya kot sebab kat indon ngan bangkok da cancelled..tapi tiket da sold out kan kat sini?

concert kat indon xcancel kan..

dorg tambah 1 lagi show kat sg ganti yg bangkok tuh. 9hb & 12hb.

dia da pnah dtg sg kot sblom ni -.-
Quote beatgirlX 29-5-2014 11:07 AM
elamor posted on 29-5-2014 09:51 AM
concert kat indon xcancel kan..

dorg tambah 1 lagi show kat sg ganti yg bangkok tuh. 9hb & 12h ...

tak jadi cancel ke?
ari tu dgr radio masalah teknikal...
cam tu ok la..
tak sabar nak tunggu dia dgt..hahaha
macam la aku gi concert dia..but do hope dpt jmpa la..kekeke
perasan sungguh...
Quote elamor 29-5-2014 11:15 AM
beatgirlX posted on 29-5-2014 11:07 AM
tak jadi cancel ke?
ari tu dgr radio masalah teknikal...
cam tu ok la..

dorg kena pulangkan tiket jer.. tapi concert xbatal

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.122569 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top